Showing posts with label bloggers. Show all posts
Showing posts with label bloggers. Show all posts

1 #OctTwtFest - TweetUp besar-besaran untuk pengguna twitter

Korang ada twitter? Kalau ada mesti tahu #OctTwtFest kan. Pada yang tidak tahu, disini saya akan menerangkan secara ringkas apa itu #OctTwtFest.

Apakah twtup (disebut sebagai tweet-up)? Twtup adalah meet-up/gathering bagi orang-orang yang dihubungkan melalui Twitter. Idea twtup adalah untuk bertemu dengan orang-orang baru dan bertemu kawan-kawan baru di seluruh Malaysia. OctTwtFest adalah kesinambungan Oct23rdTwtup yang telah diadakan pada 23 Okt 2010. Oleh kerana mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada tweeps (penduduk Twitter), kami telah memutuskan untuk membuat ini sebagai acara tahunan.




Disini disertakan sedikit perkara mengenai #OctTwtFest.

  1. #OctTwtFest adalah satu perayaan di mana kita berusaha untuk mengumpulkan semua orang yang memiliki Twitter di satu tempat. Anggaran 2000 orang! Ya 2000!
  2. Persembahan secara langsung oleh tweeps dan selebriti tempatan, karaoke, movie, game, bazar dan banyak lagi.
  3. Shuttle bus akan disediakan dari KTM / Komuter Shah Alam Station ke DiGi HQ dari jam 3pm hingga pukul 6pm dan 11pm hingga 12am. Ruang letak kereta yang cukup disediakan bagi mereka yang memandu. Koordinat GPS: 3,0689098253134692,
  4. Anda tidak mempunyai smartphone untuk tweet? Jangan risau. Terdapat 5 PC yang akan disediakan untuk anda pada hari tersebut.
  5. WiFi percuma yang disediakan oleh @DiGi_Telco boleh digunakan semasa event tersebut.
  6. Bilik solat disediakan untuk umat Islam. 
  7. Terdapat beg cenderahati dan cabutan bertuah untuk dimenangi. Hadiah utama iaitu telefon pintar, tablet dan banyak lagi! 
  8. Kemasukan ke #OctTwtFest adalah PERCUMA!
  9. Tiada kod pakaian tetapi anda semua boleh membeli t-shirt rasmi #OctTwtFest dari @ZiccoTees
  10. Semua orang boleh menyertai, tetapi jika anda mahu menunjukkan sokongan anda dengan melakukan RSVP, anda boleh berbuat demikian di RSPV #OctTwtFest


 OctTwtFest akan diadakan di:

DiGi Telecommunications Sdn Bhd,
Lot 10, Jalan Delima 1 / 1
Subang Hi-Tech Industrial Park
40000, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
GPS: 3,0689098253134692, 101,56967639923096
 
22 Oktober 2011
3pm - 12am


Untuk maklumat lanjut, follow @OctTwtFest atau pergi ke #OctTwtFest official website 

Nampak menarik kan? Apa lagi, jom beramai-ramai ke #OctTwtFest. Jangan lepaskan peluang untuk berjumpa dengan kawan-kawan twitter anda !


0 Kenapa anda perlu jatuh cinta pada Blackberry Playbook?

Salam semua, kali ni aku nak cerita banyak tentang Blackberry Playbook. Bagi korang semua meleleh dengar, jatuh cinta dan terus teruja nak memiliki Blackberry Playbook. Kalau nak tulis panjang-panjang pun, bukannya korang nak baca semua. Ye dak? So, aku spesifikkan terus apa yang Blackberry Playbook boleh buat korang jatuh cinta. Antara yang cambest tentang Blackberry Playbook ni ialah :



1 – Multitasking yang menakjubkan! Korang boleh guna serentak hampir semua aplikasi yang ada tanpa jammed or hang! Dengan kekuatan 1Ghz Dual Core dan  1GB RAM, ini merupakan satu tablet yang sangat bagus untuk kerja dan bergembira!

2 – Kamera yang power! Diperkuatkan dengan kamera depan 3MP dan belakang 5MP, korang sure boleh rakam saat indah dengan cantik sekali sebab boleh rakam video HD. Nak web cam dengan awek dan pakwe pun boleh nampak jerawat tau!

Terima kasih fazrol untuk gambar bermakna sepanjang program.

3 – Skrin yang menawan. First time aku rasa yang aku betul jatuh cinta dengan screen dia. Smart kot! HD! LCD 7inch dengan pixel 1024x600 pulak tu. Wajiblah clear. Kalau korang tengok video dalam BB Playbook, sure mata tak kelip-kelip!

4 - Ciri-ciri keselamatan yang bagus. Bagi aku, BB Playbook ni sesuai untuk semua golongan sebab yang bekerja dan bekerjaya pun bagus untuk gunakan Tablet ni. Ada fungsi Blackberry Bridge yang korang boleh connect Blackberry Phone korang dengan BB Playbook ni. Nak check email, schedule dan banyak lagi kerja boleh korang gunakan serentak dengan tablet ni. Once korang dah disconnect dengan BB korang, dia akan automatik closed semua application yang yang important seperti emails dan lain-lain lagi.

Terima kasih afrayuri untuk gambar teruja ini.

Disamping tu, Maxis ada sediakan beberapa aplikasi Maxis yang cambest kalau korang subscribe dan beli Blackberry Playbook dari Maxis. Antaranya ialah :


Finder 301 - Aplikasi terbaik untuk mencari dan berkongsi tempat paling menarik berdekatan anda! Mudah dan cepat!

Language Translator - Lebih 70 bahasa untuk anda pelajari.

Currency Converter - Cara paling mudah dan tepat untuk anda membuat dan mengira mata wang asing.

Formula 1 - untuk yang gilakan Formula 1, anda boleh ketahui tarikh dan litar perlumbaan, keputusan perlumbaan, kedudukan pelumba dan banyak lagi mengenai Formula 1.

Masa aku ke Blakcberry Playbook Workshop hari tu, aku cuba main game Need for Speed tau! Aku cakap, awesome gila lah grafik dia! Terjegil bijik mata aku jap. Punyalah cantik paparan skrin dia. Sound system dia pun bagus. Kalau takar bilik korang tu, tak yah nak guna extra speaker pun dah cukup kuat.


Maxis juga ada memperkenalkan plan jimat-jimat untuk anda memiliki Blackberry Playbook ini! Lihat dibawah untuk harga yang memang berpatutan :


Boleh layari Maxis untuk keterangan lanjut.


untuk bukan pengguna BIS 


Seperti yang saya ceritakan dalam entry Maxis Blackberry Playbook Workshop (klik untuk tetingkap baru) tempoh hari, saya telah kongsikan bagaimana terujanya saya menghadiri program berkenaan! Berkenalan dan mencuba gadget terbaru ini merupakan pengalaman bersama Nuffnang dan Maxis yang saya tidak akan lupakan sama sekali.


Exclusive ye kawan-kawan.

table mate yang gila kentang!




punyalah gigih main lumba kereta!

Dimana saya? Ini semua bloggers!


sekitar majlis pelancaran Blackberry Playbook di KLCC


Mari aku listkan sikit spesifikasi Blackberry Playbook untuk korang fikir-fikir sama ada ia merupakan satu gadget yang berpatutan untuk dimiliki atau tidak. 

 - OS - Blackberry Tablet OS
 - Size - 130 x 193 x 10mm
 - Screen - 7inch LCD, 1024 x 600, WSVGA, capacitive multi-touch gesture support
 - Connectivity - WiFi dan Bluetooth
 - Didatangi dengan 16GB, 32GB dan 64GB memori dalaman terbina.
 - Full Adobe®  & Flash®
 - BBM™ using BlackBerry®

 - Bridge™
 - 7 hingga 9 jam batteri.

 - Lain dari yang lain.


Khidmat pesanan Blackberry Playbook ini dibawakan oleh saya; hakimfaridzul untuk anda dengan kerjasama Nuffnang Malaysia, Maxis MY dan Blackberry Malaysia.

p/s : feeling-feeling sponsored post! wakakakaka

3 Workshop Blackberry Playbook di Kuala Lumpur Covention Center.

Hi. Salam semua. So, ni latest aktiviti aku hadir Sabtu lepas. Maxis Blackberry Workshop kat KLCC. Tak sangka pun dapat invitation, but then rezeki kan? So, aku terpilih and join event tu. Gambar dibawah menceritakan perjalanan aktiviti disana. :)








Bagi pendapat aku sendiri, aku lebih jatuh cinta sama ini Playbook berbanding I-pad. Bukan sebab loyalty pada Blackberry. Tapi lebih kepada fungsi dan bagusnya gadget ini. Kalau nak tau ape yang betul-betul best pasal gadget ni. Tunggu next review aku tentang Blackberry Playbook ni!

Best sesekali dapat jumpa blogger ni. Ye la, passion kita sama. Lagi-lagi kalau dapat semeja dengan yang gila-gila macam aku punya table mate kan? Thanx to http://www.afrayuri.com , http://www.fazrol.com dan http://www.yeongboon.blogspot.com untuk workshop yang gila-gila punya! 

p/s : alhamdulillah, aku antara yang bertuah menang Bluetooth Headset Jabra hari tu. Insyaallah next rezeki ialah Blackberry Playbook! :)

2 Part 2 - Nuffnang Sharing Session at Frames. Intipati perjumpaan!

Ingat lagi entry ini. Entri yang punyalah basi. Tapi masih aku ada hati nak sambung mengenangkan ada ilmu, idea, pengetahuan dan informasi yang aku nak kongsi sepanjang aku makan-makan dan berbual-bual di Nuffnang Sharing Session di Frames tempoh hari.

Ringkasnya, teycindy ada kongsi banyak tips dengan kami semua. Paling untung siapa yang duduk meja depan dia atau sebelah dengan dia! Dia sangat peramah! Gila-gila jugak! Banyak perkongsiaan yang aku kira menarik untuk aku cerita kat korang supaya korang semua jadi top blogger juga satu hari nanti macam mereka tu! Siap boleh declare diri sebagai fulltime blogger lagik! Pergh!


Antara perkara penting ialah (sila catat untuk tujuan rujukan)LOL:

  • Identiti blogger dan blog. Tak nak cakap panjang sebab aku kira blogger lebih mudah dikenali melalui identiti yang dia orang berjaya cipta berbanding blogger kosong macam aku ni yang tahu tulis itu ini tanpa ada identiti (aku masih samar-samar). Contoh : kalau cakap Hanis Zalikha orang akan terbayang entri yang memang sempoi but nice dikarang dan hidup entri tu! Kalau orang cakap ZackZukhairi, orang akan teringat video kartun beserta lagu menyayat hati! OMG (oh menari gila)!
  • Kualiti dan isi. Kalau nak readers melekat dengan korang, pastikan apa yang cuba di tayang sebagai tajuk setimpal dengan isi. Jujurnya, blog aku pun bukan lah penuh dengan kualiti, memang jauh sekali nak ada isi dan facts! Tapi, aku cuba untuk ke arah itu supaya readers tak tertipu dengan entri kita! Lama-lama readers bosan dan blah je dari blog kau! Kan dah sikit visitor! Contoh : kalau tajuk cakap "income blog RM1000", tapi kau tulis dalam tu rupanya kau hanya pasang impian dan angan-angan untuk itu. So, nanti readers akan cakap :hek elehhhhh~~~~ faham?
  • Template kasi cun. Nak tarik readers ni, macam nak tarik pelanggan masuk ke kedai makan! Ada ke orang nak masuk kedai makan yang penuh lalat, kerusi lintang pukang, sampah sana sini, kedai bau busuk? Korang pun tak nak! Macam tu lah persepsi readers jugak! Kalau blog korang menari templatenya, sure-sure readers tu akan rindu nak masuk lagi blog kau! Sebab dia kata, "eh, cantiknya blog dia" Tak pun, "eh, gila kentang la dia punya header! Setuju?
kredit kepada michleong.blogspot.com

3 ni dah cukup buat masa ni. Maaf, bukan aku tak nak berkongsi banyak. Cuma kekangan masa menghantui aku saat ini! Terkejar-kejar assignment, test dan banyak lagi benda... Ni kira aku curi masa sikit nak up entri ni. Takut langsung terlupa! Ada lagi yang aku nak kongsi! Tunggu ye! :)


3 Part 1 - Nuffnang Sharing Session at Frames.

Salam semua! Maaf sangat-sangat sebab lambat update entri ini! Ramai dah tanya macam-macam mengenai Nuffnang Sharing Session tempoh hari! Hari ini baru ada kesempatan untuk buat sedikit update. Aku pecahkan entri Nuffnang Sharing Session ni kepada dua bahagian. Part 1 - hanya gambar untuk tatapan anda. Part 2 - apa yang aku perolehi sepanjang Nuffnang Sharing Session tersebut! Okay? So, ini part 1 punya entri! Hanya gambar semata untuk anda teruja sebelum entri penuh penceritaan selepas ini!

Antara makanan yang dihidangkan untuk kami semua! Tutup mulut siap-siap takut meleleh air liur! :)






Picture dibawah dari http://orangfondue.blogspot.com





Banyak lagi gambar yang ada, tapi itu aku simpan untuk next post. Tak de gambar dalam entri, bosan pulak rasanya kan??? So, malam ni aku cuba cari masa jugak untuk up entri  ke dua Nuffnang Sharing Session sebab aku tak nak cerita tu basi. Kah kah kah. Jujurnya, Nuffnang perlu adakan aktiviti begini mungkin 2 minggu sekali atau sebulan sekali! Seriously bagus korang join aktiviti sebegini! :)

2 Nuffnang Sharing Session di Frames Cafe, Sunway Pyramid (Lot OB.K4N, Oasis Boulevard)

Salam semua. Ada sesiapa esok yang join Nuffnang Sharing Session di Frames Cafe, Sunway Pyramid (Lot OB.K4N, Oasis Boulevard)??? Kalau ada boleh tolong comment di entri ini! Boleh kita berjumpa esok. Teruja nak join Nuffnang Sharing Session since dah berapa kali aku terlepas peluang nak join. Jadi, esok sesiapa yang kesana, mari kita berjumpa! :)


Blogger-blogger berpengalaman cakap yang Nuffnang Sharing Session ni bagus. Berkongsi pendapat. Pengalaman dan ilmu. Baik yang lama dan baru, semua orang ada pengalaman masing-masing kan??? Sharing is caring! Ye dak??? Boleh baca entry-entry mereka yang pernah jadi Guest Blogger dan blogger yang attend Nuffnang Sharing Session ni :

6- JMR

Kalau kita nak maju dalam satu-satu perkara memang kita perlu banyak berkorban! Pengorbanan itu akan buat korang semua rasa puas hati dengan apa yang korang kecapi sekarang atau akan datang. Bukan senang nak berjaya dalam satu-satu bidang. Aku cakap pasal arena blogging sekarang ni, blogger-blogger berpengalaman, dia orang tu dah banyak berkorban untuk sampai ke tahap mereka sekarang. Duit, masa, tenaga dan macam-macam lagi. Dan bagi aku, pengorbanan mereka bukan sia-sia! Berbaloi! :)

4 Fulamak, dia ada 3 la!!!

Salam semua. So, entri ni aku cuma nak ucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Qiera sebab sudi jadi followers ke-600 blog tak best aku! Hahahahaha. Dia ada 3 blog la! So, korang boleh terjah mana-mana blog dia ni! 2 daripadanya aku tengah usaha nak baca. Yang lagi satu mungkin blog peribadi dia sendiri. So, silakan ke rumah Qiera!

Rumah pertama : 

Rumah kedua dia :


Rumah ketiga yang diprivatekan ialah :


Sekali lagi nak ucap terima kasih sebab sudi follow blog yang jarang update dan tak senonoh ni! Terima kasih daun keladi, ajak la ramai-ramai follow lagi! Hahahahaha. Nantikan update malam nanti cerita tentang Broga Hill!!!

3 Selangor Bloggers : Ping Site terbaru untuk anda.


Salam. Perkhabaran gembira untuk semua. Website baru untuk ada cuba ping! Mudah! Macam Gengblogger je! Jom! Mari ramai-ramai kita ping di http://selangorbloggers.com/ Boleh guna twitter untuk sign in! Simple je web site ni! Ringan!


14 Bukti manusia hati busuk macam bangkai!

Salam semua. Syukur, masih ada rasa sabar dan percaya bahawa "berani kerana benar, anonymous kerana dengki". Selama ni memang ramai dah pernah cakap kat aku yang aku perlu la buat comment moderation. Tapi aku ni jenis malas. Bagi aku, pembaca ni biarlah apa mereka nak comment. Sebab itu mungkin pendapat dia. Pendapat yang mungkin berguna pada kita juga satu hari nanti. Tapi, kalau beginilah caranya, lebih baik aku letak comment moderation. Refer gambar di bawah :
 
Terima kasih wahai anonymous yang takut reveal diri anda 
 
Baiklah, aku pernah cakap yang aku memang nak buat entri-entri kuih raya tu dengan ambil dari mana-mana website sebab aku nak tahu betapa bagusnya bermain keywords. Lagi pun, aku juga ada link ke original website which mean aku memang tak claim entri tu sebagai entri aku pun. Dah ada sign "kredit kepada" maksudnya, adalah source dia datang. Kalau kau boleh buat, buatlah. Siapa nak halang? B***h!!!!
 
Seperkara lagi, aku gemar mengulas anonymous kedua tu. Bagus dia. Tu la, comment tu biar bijak orang kata! Jangan comment terkena batang hidung sendiri. Kau masuk blog aku, kau baca blog aku. Kau tu dikira sebagai apa? Readers kan? Pembaca kan? Kenapa la kau sangat bijak cakap diri kau sendiri tu "fucking"? Pelik. Manusia bodoh cuba nak mengutuk orang lain yang hakikatnya, diri sendiri yang hina itu menghina diri sendiri kembali. Astagfirullah, kalaulah anda itu muslim. Syukur, banyak dah pahala! Berlipat kali ganda!
 
 
Sang anonymous, kalau anda tak nak baca blog aku yang assholes dan fucking ni, tak perlu la baca! Keluar. Aku tak jemput kau baca. Kalau kau adalah followers aku, unfollow la aku kembali. kalau kau datang dari facebook, block la account blog aku, kalau kau datang dari google search tutuplah mata kalau nampak link ke blog ini. Senang je. Ini blog aku, aku ada authority ke atasnya. Nak baca, bacalah. Tak nak, just pergi. Insyaallah ada hikmahnya.  
 
p/s : aku nak mencarut gila-gila. Syukur kegembiraan semalam mampu tutup kemarahan ini dan aku memang dah bersedia untuk sang anonymous yang murni hatinya! 
 

10 Blogging itu luas, setiap orang ada cara masing-masing la!

Whoa. Salam semua. Mungkin kali ni entri ada sedikit berbaur marah, kecewa dan juga mungkin geram dengan sikap segelintir blogger yang rata-rata suka kondem cara penyampaian entri orang lain. Manusia itu pelbagai, ye, dan kepelbagaian itulah yang membuatkan manusia itu punya perasaan, firasat dan pemikiran yang berbeza! Berbeza sehingga membuatkan orang yang ilmunya lebih tinggi, dianggap hina!


Come on la, hidup berblogging ni kenalah ada identity dan cara yang tersendiri. Kenapa kalau kita boleh mendapatkan income melalui blog dengan hanya menulis dan melakukan aktiviti yang kita suka, kita dianggap bodoh dan tolol. Sedangkan kalau kita nak income lebih, mestilah kita kena kerja keras, traffik yang utama! Dan untuk traffik yang tinggi, sudah tentu kita perlu menggunakan teknik tertentu seperti SEO, Keywords dan sebagainya.

Cuba bayangkan yang anda seorang pekerja di sebuah syarikat. Kalau nak dibayar gaji tinggi menggunung, bos sayang korang, dapat kelebihan dan sebagainya, adakah dengan cara korang duduk goyang kaki? Tak buat kerja dan bergosip sepanjang masa! Tidakkan? Begitulah juga dengan blogging. Effort mesti ada! Ingat apa, buat blog, terus duit masuk berjuta-juta? Fikirlah.


Perkongsian oleh blogger berpengalaman dan tinggi ilmu bloggingnya seperti Ariff, DenaiHati, Kujie2, AzmanIshak, DahliaJournal, Eyriqazz dan ramai lagi, mereka selalu berkongsi tips-tips menaikkan page rank, traffik dan sebagainya yang aku rasa bagus sebab dia orang tak nak maju sorang-sorang. Mereka berkongsi! Untuk kebaikan semua. Yang baik itu, biarlah ia disebarkan kan?

Ni tak, sibuk dok mengutuk blogger-blogger famous dan berpengalaman cakap pasal SEO, pagerank, alexa dan sebagainya. Mereka kan berkongsi. Cuba la appreciate ilmu tu! Kalau korang tak nak ilmu tu, just ignore je!!! Ni tak, korang yang mengutuk tu, sibuk jugak masuk blog dia orang. Kan? Dah kata tak suka, tak yah masuk, ni masuk, baca, lepas tu ngutuk! Ni namanya bahalul!


Aku tak nak cakap banyak la sebab aku bukannya golongan blogger berpengalaman. Aku baru je dalam dunia blogging ni. Cuma, aku kerap jumpa entry-entry mengutuk dan kondem entri blogger yang berkongsi ilmu blogging! Apalah, jadi manusia tu, kenalah tambah ilmu sentiasa. Ilmu biar banyak bro! Baru kita boleh pandai dan bijak. Dah ada platform percuma untuk mendapatkan rezeki halal, apa salahnya mengoptimumkan peluang itu? 

p/s : kalau kau tak sibuk pasal income, pasal la blog kau letak Nuffnang???

**aku terasa betul kau tunjuk aku blog tadi tu! Lantak kau la!

12 Tutorial memasang post terkini dan komen terkini di sidebar.

Salam semua. Dah lama rasanya tidak berkongsi sesuatu yang bagus iaitu tutorial untuk memantapkan lagi blog kita bersama!  Mari saya tunjukkan sikit cara nak letak post terbaru korang dekat sidebar blog! Bagus untuk kita sebab boleh tunjuk kat readers 5 entri terbaru kita ni! Senang je nak buat! Mudah! Semudah A, B dan C!

macam kat atas ni, ada entri terbaru dan komentar terbaru!

Cara-cara memasang semua itu seperti dibawah ini :

1. Sila login ke akaun blogger korang .
2.Design > Page Elements > Add a Gadget > pilih Feed.

3.Masukkan url Feed.
Kalau nak buat ruangan entri terbaru, letak url feed macam ni :
http://www.hakimfaridzul.com/feeds/posts/default
* gantikan url blog ( www.hakimfaridzul.com dengan url blog korang sendiri)
4.Sila klik Continue dan Save
********************************************************
Kalau nak buat komen terbaru pulak. sila buat step 1 hingga ke tiga. Tapi, tukarkan url feed dia tu! Sila masukkan url feed begini ye kawan-kawan :
http://www.hakimfaridzul.com/feeds/comments/default
Sila gantikan url blog ( www.hakimfaridzul.com dengan url blog korang sendiri)
4. Klik Continue dan Save

P/s : selamat mencuba! Nanti bagi tau aku kalau berjaya ye! Ini dapat membantu mencantikkan dan juga menyerlahkan blog anda! Tak lupa juga untuk pertambahan page view. Huhuhuhu. Semoga berjaya! Nak apa-apa tutorial, sila tanye ye. Nanti aku try carikkan!
kredit kepada : www.kujie2.com


10 Mari berpindah ke Wordpress.

Whoa. Salam semua. Seperti persoalan yang aku tanye dekat Ariffshah dalam formspring dia, dia cakap suruh aku try guna name.wordpress.com. Rasa dulu macam mana menggunakan wordpress. Biasakan diri dulu. So, sesiapa yang kat luar sana. Jom la, dari blogger kita berpindah ke wordpress. Dengar kata lebih bagus dalam konteks traffik, dan banyak lagi~


Ramai blogger yang berpengalaman suggest wordpress kalau dah ada domain. Kelebihannya? Banyak la. Tapi aku belum rasa lagi. Sebab baru hari ni aku buat account wordpress aku! Biar aku try dulu dan baru boleh bagi tau kat korang semua macam mana rasanya menggunakan wordpress ye! Cikhelena pun dengar kata nak tukar wordpress, tapi dia tunggu sifu dia a.k.a bean moreno!


p/s : teruja, sorry cikhel, biar saya cuba dulu ye!hik3

Mari langgan entri terbaru cepit!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Share

Widgets