Showing posts with label india culture. Show all posts
Showing posts with label india culture. Show all posts

10 Blogging itu luas, setiap orang ada cara masing-masing la!

Whoa. Salam semua. Mungkin kali ni entri ada sedikit berbaur marah, kecewa dan juga mungkin geram dengan sikap segelintir blogger yang rata-rata suka kondem cara penyampaian entri orang lain. Manusia itu pelbagai, ye, dan kepelbagaian itulah yang membuatkan manusia itu punya perasaan, firasat dan pemikiran yang berbeza! Berbeza sehingga membuatkan orang yang ilmunya lebih tinggi, dianggap hina!


Come on la, hidup berblogging ni kenalah ada identity dan cara yang tersendiri. Kenapa kalau kita boleh mendapatkan income melalui blog dengan hanya menulis dan melakukan aktiviti yang kita suka, kita dianggap bodoh dan tolol. Sedangkan kalau kita nak income lebih, mestilah kita kena kerja keras, traffik yang utama! Dan untuk traffik yang tinggi, sudah tentu kita perlu menggunakan teknik tertentu seperti SEO, Keywords dan sebagainya.

Cuba bayangkan yang anda seorang pekerja di sebuah syarikat. Kalau nak dibayar gaji tinggi menggunung, bos sayang korang, dapat kelebihan dan sebagainya, adakah dengan cara korang duduk goyang kaki? Tak buat kerja dan bergosip sepanjang masa! Tidakkan? Begitulah juga dengan blogging. Effort mesti ada! Ingat apa, buat blog, terus duit masuk berjuta-juta? Fikirlah.


Perkongsian oleh blogger berpengalaman dan tinggi ilmu bloggingnya seperti Ariff, DenaiHati, Kujie2, AzmanIshak, DahliaJournal, Eyriqazz dan ramai lagi, mereka selalu berkongsi tips-tips menaikkan page rank, traffik dan sebagainya yang aku rasa bagus sebab dia orang tak nak maju sorang-sorang. Mereka berkongsi! Untuk kebaikan semua. Yang baik itu, biarlah ia disebarkan kan?

Ni tak, sibuk dok mengutuk blogger-blogger famous dan berpengalaman cakap pasal SEO, pagerank, alexa dan sebagainya. Mereka kan berkongsi. Cuba la appreciate ilmu tu! Kalau korang tak nak ilmu tu, just ignore je!!! Ni tak, korang yang mengutuk tu, sibuk jugak masuk blog dia orang. Kan? Dah kata tak suka, tak yah masuk, ni masuk, baca, lepas tu ngutuk! Ni namanya bahalul!


Aku tak nak cakap banyak la sebab aku bukannya golongan blogger berpengalaman. Aku baru je dalam dunia blogging ni. Cuma, aku kerap jumpa entry-entry mengutuk dan kondem entri blogger yang berkongsi ilmu blogging! Apalah, jadi manusia tu, kenalah tambah ilmu sentiasa. Ilmu biar banyak bro! Baru kita boleh pandai dan bijak. Dah ada platform percuma untuk mendapatkan rezeki halal, apa salahnya mengoptimumkan peluang itu? 

p/s : kalau kau tak sibuk pasal income, pasal la blog kau letak Nuffnang???

**aku terasa betul kau tunjuk aku blog tadi tu! Lantak kau la!

0 India : Upacara perkahwinan, emas yang utama!

Whoa. Salam semua. So, pagi tadi jam 3, aku selamat sampai disini. Kalau tak awal sikit sebab flight delay dan sebagai-bagainya masalah. So, aku tak tau nak cerita pengalaman aku macam mana di India. Aku just tulis je bila aku teringat! So, aku nak cerita tentang upacara perkahwinan di India ni ye. Hebat! Yang utama ialah emas! Sila lihat gambar di bawah!


So, nampak gambar diatas? Itu adalah pengantin perempuan ye. Tengok kat dada perempuan tu, eh2, jangan tengok benda-benda lain ye. Aku nak cakap sila lihat emas pada perempuan tu ye! Semua itu adalah emas betul! Original! Berat? Haih, jangan cerita ye. Perkahwinan di India, even kau muslim, memang emas yang utama! Nak tahu jumlah semua emas tu?

Total barang kemas yang dipakai melebihi RM 120, 000 ye! Sebab, jumlah emas bergantung kepada status pendidikan si suami. Suami dia ni mechanical engineer! So, mybe jumlah nye dalam macam ni. Huhuhuhu. Dan emas ni dari pihak pengantin perempuan ye. Bukan dari pihak lelaki!


So, atas ni time malam berinai! Awesome kan? Berat gila weyh sari mari ni. Kesian aku tengok pengantin! Dah la panas, lilit-lilit bagai. Then siap beremas-emas, bling-bling, manik-manik..eh, berat tu. Hak, nanti aku upload video upacara malam berinai ye. Aku kurang kesihatan la.

Sebab aku kurang kesihatan ialah, muka aku gatal gila. Aku ada resdung dan muka aku sangat teruk sebab air kat sana kotor, udara berdebu dan tahap kebersihan sangat teruk. Aku bersin teruk! Sampai nak tercabut hidung dan mata aku!hak3. Enjoy gambar kat bawah ni ye! :





Mari langgan entri terbaru cepit!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Share

Widgets