Showing posts with label india. Show all posts
Showing posts with label india. Show all posts

3 Sukan Komanwel - 2 Emas Sudah dijangka.

Teruskan membaca kalau anda rasa anda sudi membaca karya sukan daripada pengulas sukan  tidak ternama :


Salam. Ni sambungan lagi kepada entri terdahulu berkaitan review aku tentang atlet kita di Sukan Komanwel New Delhi, India. So far pingat yang atlet dah ada ialah 5 emas, 5 perak dan 5 gangsa kalau tak silap aku. Malam tadi aku menyaksikan bagaimana kehebatan Datuk Nicol Ann David menumpaskan Jenny Duncalf dengan straight set! Hebat! Ke kiri ke kanan semua dapat diambil! Dan dalam masa 37 minit or 38 minit emas confirm milik Malaysia! Itu kisah skuasy!


Acara team event campuran badminton memberikan juga pingat emas untuk Malaysia selepas kemenangan 3-1 keatas pasukan tuan rumah India! Ternyata, tiada masalah untuk memungkinkan Malaysia menyapu semua emas yang dipertandingkan bagi acara badminton! hebat! Datuk Lee Chong Wei saja je main-main pada set pertama! Main-main pun still menang 21-18 aku rasa. Then set kedua sekejap je!

Kekalahan Wong Mew Choo juga aku tak sangka! Boleh makan kot Sania Nehwal tu! Tapi Sania ni hebat jugak! Perlawanan malam tadi antara Mew Choo dan Sania Nehwal nampak seimbang! Masing-masing ada kelebihan tersendiri! Untuk pengetahuan juga, Sania ni baru je kalahkan Mew Choo dalam pertembungan final Grand Prix India. So, Mew Choo dan 2 kali kalah kat tangan Sania. Harap, acara perseorangan, dia boleh menang!


Gila la aku! Semua nama aku hafal! So, semalam aku memang habiskan masa tengok sukan Komanwel dari petang hingga ke tengah malam! Aku tengok bagaiman Siti kasidah kecundang dalam acara angkat berat 69kg kebawah. Kekalahan satu-satunya perenang negara yang masuk peringkat akhir, kehebatan team hoki lelaki membaham Scotland 2-0 dan macam-macam lagi! Tak lepas peluang gak aku tengok team Malaysia menang acara basikal gandingan Azizul Hasni, Josiah dan Rizal Tisin! 

p/s : amacam? aku boleh jadi pengulas sukan tak?hak3

1 Kutipan pingat Sukan Komanwel India 2010 (01)

Salam semua. Nak cakap sedih pun ye, gembira pun ye! Ye la, Chef De Mission cakap sukan kali ni kita aim 10 pingat emas je! Oh, sikit betul! Tapi nak aim banyak-banyak pun tak guna, nanti orang cakap kita mendongak langit! Poyo nak aim beratus-ratus pingat emas, tapi hampeh bawak 2, 3 ketul balik Malaysia!


So, setakat tengah hari tadi, Malaysia tempat ke 4 dengan 1 emas menerusi acara angkat berat 56kg! Kejayaan sama di Komanwel Melbourne! Tahniah! Hari ni, sasarannya 1 lagi emas menerusi Rizal Tisin! So, kita tunggu dan lihat!


Acara lain yang menampakkan kilauan emas ialah dari Squasy - Datuk Nicol, Bandminton - Datuk Lee Chong Wei, KK & TBH! Selain tu, lawn bowl, bowling, Azizul Hasni, memanah, Gimnastik dan lain-lain lagi. So, harap-harap lepas la 10 emas sasaran tu! Adios!

p/s : liputan dari saya ini akan menjadi bersiri!nantikan update seterusnya!

0 India : Upacara perkahwinan, emas yang utama!

Whoa. Salam semua. So, pagi tadi jam 3, aku selamat sampai disini. Kalau tak awal sikit sebab flight delay dan sebagai-bagainya masalah. So, aku tak tau nak cerita pengalaman aku macam mana di India. Aku just tulis je bila aku teringat! So, aku nak cerita tentang upacara perkahwinan di India ni ye. Hebat! Yang utama ialah emas! Sila lihat gambar di bawah!


So, nampak gambar diatas? Itu adalah pengantin perempuan ye. Tengok kat dada perempuan tu, eh2, jangan tengok benda-benda lain ye. Aku nak cakap sila lihat emas pada perempuan tu ye! Semua itu adalah emas betul! Original! Berat? Haih, jangan cerita ye. Perkahwinan di India, even kau muslim, memang emas yang utama! Nak tahu jumlah semua emas tu?

Total barang kemas yang dipakai melebihi RM 120, 000 ye! Sebab, jumlah emas bergantung kepada status pendidikan si suami. Suami dia ni mechanical engineer! So, mybe jumlah nye dalam macam ni. Huhuhuhu. Dan emas ni dari pihak pengantin perempuan ye. Bukan dari pihak lelaki!


So, atas ni time malam berinai! Awesome kan? Berat gila weyh sari mari ni. Kesian aku tengok pengantin! Dah la panas, lilit-lilit bagai. Then siap beremas-emas, bling-bling, manik-manik..eh, berat tu. Hak, nanti aku upload video upacara malam berinai ye. Aku kurang kesihatan la.

Sebab aku kurang kesihatan ialah, muka aku gatal gila. Aku ada resdung dan muka aku sangat teruk sebab air kat sana kotor, udara berdebu dan tahap kebersihan sangat teruk. Aku bersin teruk! Sampai nak tercabut hidung dan mata aku!hak3. Enjoy gambar kat bawah ni ye! :





0 Auto di India, syok tu!!!!

Whoa. Salam semua. So, semalam tak seperti yang dirancang since hujan lebat di sini. Duduk rumah, makan, makan dan makan sampai aku rasa perut aku dah senak dengan rempak ratus.hak3. Yang penting aku suka gila papadom since dia orang yang kat rumah ni buat,so, fresh ye!

Esok aku harap aku dapat la tunggang gajah ataupun shopping barang barang cenderahati untuk korang semua dan pemenang entri aku. Hati gila gelisah sebab aku still tak tau tempat mana ada jual cenderahati ni.hak3.


esok ada blogger gathering kan?aku memang teruja habis sebab ramai blogger famous turun. Nak sangat pergi but then, ye, aku masih jauh.jauh untuk rasa pengalaman bersama blogger-blogger hebat.hak3


nway, hari ni aku dah dapat naik auto.syok habis!siap ada video. Nanti aku update vlog pertama aku ye since aku tak pernah bervlog!!!hak3. Sila la tatap keterujaan aku naik auto tu.muka memang sengih habis la.non-stop smiling!bahahahaha. Nantikan ye.


0 Esok menunggang gajah, cukuplah keadaan sesak hari ini.

Whoa. Salam semua. Waktu kat sini masih pukul 11.30. Padahal kat Malaysia dan hampir pukul 2 pagi. Beza waktu 2 jam setengah. So, nak cerita India ni panas dan ramai orang pun tak best sebab bagi aku, semua dah sedia maklum tentang itu. Ramai umat! Even time kat airport pun aku pelik sebab passenger tak ramai, tetiba kat lobby airport penuh manusia.hak3. Kejutan budaya sikit tadi.

Aku dah nampak auto, dah nampak orang mandi bogel kat sungai, dah nampak bus kecil tapi penuh macma tin sardin, kedai-kedai yang macam nak runtuh tapi sangat sesak dengan manusia dan macam-macam lagi yang mengujakan aku. Cuma aku tak berapa suka keadaan disini.

Antaranya ialah aku tak tahan habuk-habuk dan juga keadaan terlalu berasap which is time kat jalan raya. Haih, time sampai dekat rumah Uncle Usman yang besar gilos ni, aku rasa muka aku dah tebal seinchi dengan minyak plus habuk time on the way ke rumah dia. Rimas aku. Habis gatal muka, susah jugak kalau kulit ni sensitif sangat kan?

So, aku tak mau la cerita banyak-banyak sebab tak de gambar kan? Tak best! Nanti aku update cerita lagi ye. Aku dengar esok aku gi tengok gajah. OMG! Aku teringat time aku camping kat pahang dekat Kuala Gandah, tempat sanctuary gajah.hohohoho. Tunggu je la aku letak gambar aku tertonggeng dengan gajah ye. Hak3. Aku nak tido la sebab badan dan otak aku masih set untuk jam Malaysia. Oh ye, flight tadi 5 jam! Siap delay lagi~hak3.

Mari langgan entri terbaru cepit!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Share

Widgets