Showing posts with label new delhi. Show all posts
Showing posts with label new delhi. Show all posts

3 Sukan Komanwel - 2 Emas Sudah dijangka.

Teruskan membaca kalau anda rasa anda sudi membaca karya sukan daripada pengulas sukan  tidak ternama :


Salam. Ni sambungan lagi kepada entri terdahulu berkaitan review aku tentang atlet kita di Sukan Komanwel New Delhi, India. So far pingat yang atlet dah ada ialah 5 emas, 5 perak dan 5 gangsa kalau tak silap aku. Malam tadi aku menyaksikan bagaimana kehebatan Datuk Nicol Ann David menumpaskan Jenny Duncalf dengan straight set! Hebat! Ke kiri ke kanan semua dapat diambil! Dan dalam masa 37 minit or 38 minit emas confirm milik Malaysia! Itu kisah skuasy!


Acara team event campuran badminton memberikan juga pingat emas untuk Malaysia selepas kemenangan 3-1 keatas pasukan tuan rumah India! Ternyata, tiada masalah untuk memungkinkan Malaysia menyapu semua emas yang dipertandingkan bagi acara badminton! hebat! Datuk Lee Chong Wei saja je main-main pada set pertama! Main-main pun still menang 21-18 aku rasa. Then set kedua sekejap je!

Kekalahan Wong Mew Choo juga aku tak sangka! Boleh makan kot Sania Nehwal tu! Tapi Sania ni hebat jugak! Perlawanan malam tadi antara Mew Choo dan Sania Nehwal nampak seimbang! Masing-masing ada kelebihan tersendiri! Untuk pengetahuan juga, Sania ni baru je kalahkan Mew Choo dalam pertembungan final Grand Prix India. So, Mew Choo dan 2 kali kalah kat tangan Sania. Harap, acara perseorangan, dia boleh menang!


Gila la aku! Semua nama aku hafal! So, semalam aku memang habiskan masa tengok sukan Komanwel dari petang hingga ke tengah malam! Aku tengok bagaiman Siti kasidah kecundang dalam acara angkat berat 69kg kebawah. Kekalahan satu-satunya perenang negara yang masuk peringkat akhir, kehebatan team hoki lelaki membaham Scotland 2-0 dan macam-macam lagi! Tak lepas peluang gak aku tengok team Malaysia menang acara basikal gandingan Azizul Hasni, Josiah dan Rizal Tisin! 

p/s : amacam? aku boleh jadi pengulas sukan tak?hak3

1 Kutipan pingat Sukan Komanwel India 2010 (01)

Salam semua. Nak cakap sedih pun ye, gembira pun ye! Ye la, Chef De Mission cakap sukan kali ni kita aim 10 pingat emas je! Oh, sikit betul! Tapi nak aim banyak-banyak pun tak guna, nanti orang cakap kita mendongak langit! Poyo nak aim beratus-ratus pingat emas, tapi hampeh bawak 2, 3 ketul balik Malaysia!


So, setakat tengah hari tadi, Malaysia tempat ke 4 dengan 1 emas menerusi acara angkat berat 56kg! Kejayaan sama di Komanwel Melbourne! Tahniah! Hari ni, sasarannya 1 lagi emas menerusi Rizal Tisin! So, kita tunggu dan lihat!


Acara lain yang menampakkan kilauan emas ialah dari Squasy - Datuk Nicol, Bandminton - Datuk Lee Chong Wei, KK & TBH! Selain tu, lawn bowl, bowling, Azizul Hasni, memanah, Gimnastik dan lain-lain lagi. So, harap-harap lepas la 10 emas sasaran tu! Adios!

p/s : liputan dari saya ini akan menjadi bersiri!nantikan update seterusnya!

Mari langgan entri terbaru cepit!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Share

Widgets