Showing posts with label Lee Chong Wei. Show all posts
Showing posts with label Lee Chong Wei. Show all posts

2 Jadual | Keputusan Kejohanan Badminton Piala Dunia 2011

Kejohanan Badminton Piala Dunia akan menyingkap tirai mulai hari ni. Malaysia yang masih menantikan kemenangan sulung jaguh badminton negara dalam acara perseorangan, kali ni sekali lagi menyandarkan impian dan harapan kepada Dato Lee Chong Wei yang turun selaku pilihan pertama kejohanan.

Kejohanan Badminton Piala Dunia

"Sebaliknya, Malaysia yang menjadi antara gergasi badminton dunia hanya mampu bermegah dengan pingat perak dan gangsa tatkala gergasi lain seperti China, Indonesia, Denmark dan Korea Selatan sudah mengecapi nikmat memenangi mahkota kejuaraan berprestij itu." Berita Harian - 7 Ogos 2011

Jadual perlawanan boleh dilihat disini. Keputusan semasa wakil negara akan dikemas kini dari masa ke masa. Doakan kejayaan wakil negara di kejohanan tersebut. :)

Keputusan pusingan pertama :

1- Mohd Zakry Abdul LATIF & Thien How HOON - Howard BACH & Tony GUNAWAN
21-17 21-14

2- Hui Ern NG & Hui Lin NG - Anna KOBCEVA & Elena PRUS
21-14 22-20

3- Peng Soon CHAN & Liu Ying GOH - Lino MUNOZ & Cynthia GONZALEZ
21-9 21-5

4- Adam CWALINA & Michal LOGOSZ - Peng Soon & CHAN Khim Wah LIM
21-13 21-19 (KALAH)

5- Eei Hui CHIN & Pei Tty WONG - Jenny WALLWORK & Gabrielle WHITE
21-14 21-12

Keputusan Pusingan kedua : 


1- Chong Wei LEE [1] - Tanongsak SAENSOMBOONSUK
21-15 21-17

2- Chieh Min FANG [10] & Sheng Mu LEE - Mohd Zakry ABDUL LATIF & Thien How HOON 
26-24 21-19 (KALAH)


3- Peng Soon CHAN & Liu Ying GOH - Nathan ROBERTSON [10] & Jenny WALLWORK
21-19 21-19

4- Choong Hann WONG - Yu Hsing HSIEH
21-7 21-9

5- Jien Guo ONG & Sook Chin CHONG - Min Chun LIAO & Hsiao Huan CHEN
21-18 21-16

6- Matsutomo MISAKI [15] & Ayaka TAKAHASHI - Hui Ern NG & Hui Lin NG
21-10 21-11 (KALAH)






6 Datuk Misbun Sidek keluar dari BAM. Lee Chong Wei pun ikut sama (isu)

Salam semua. Isu Datuk Misbun Sidek hendak keluar dari BAM memang jadi isu besar di surat khabar hari ni. Datuk Lee Chong Wei pun akan turut serta keluar? Itu kenyataan yang dibuat oleh Datuk Lee Chong Wei kepada media kerana beranggapan bahawa beliau akan turut serta jurulatihnya itu jika Datuk Misbun betul-betul mahu meninggalkan BAM. Kemana jurulatihnya akan pergi, beliau juga akan turut serta.

Datuk Misbun Sidek dan anak buahnya

Setelah banyak kejayaan yang dirai oleh Datuk Lee Chong Wei di peringkat antarabangsa, beliau amat berhutang budi kepada Datuk Misbun yang telah menjadi jurulatihnya. Kenyataan Datuk Misbun Sidek yang mengatakan ingin keluar dari BAM (Badminton Association of Malaysia) di sebabkan masalah dan konflik yang melanda persatuan itu. Apa konfliknya? 

Apakah yang berlaku sebenarnya? Bukankah Datuk Misbun telah berjaya menaikkan semula arena badminton negara? Telah berjaya melatih anak buahnya Datuk Lee Chong Wei hingga berjaya kini? Adakah disebabkan gaji? Latihan? Atau susunan semula struktur BAM yang baru yang dikatakan tidak disukai oleh Datuk Misbun Sidek?

BAM (Badminton Association of Malaysia)
Aku harap besok atau lusa, semua ini akan terjawab. Rata-rata semua orang menantikan apakah yang sebenarnya terjadi antara BAM - Datuk Misbun. Menjadi tanda tanya sehingga kini! Apa pandangan anda? Wajarkah Datuk Misbun keluar dari BAM? Adakah prospek emas (Datuk Lee Chong Wei) pada temasya Olimpik London akan terkubur begitu sahaja? Fikirkan!

3 Sukan Komanwel - 2 Emas Sudah dijangka.

Teruskan membaca kalau anda rasa anda sudi membaca karya sukan daripada pengulas sukan  tidak ternama :


Salam. Ni sambungan lagi kepada entri terdahulu berkaitan review aku tentang atlet kita di Sukan Komanwel New Delhi, India. So far pingat yang atlet dah ada ialah 5 emas, 5 perak dan 5 gangsa kalau tak silap aku. Malam tadi aku menyaksikan bagaimana kehebatan Datuk Nicol Ann David menumpaskan Jenny Duncalf dengan straight set! Hebat! Ke kiri ke kanan semua dapat diambil! Dan dalam masa 37 minit or 38 minit emas confirm milik Malaysia! Itu kisah skuasy!


Acara team event campuran badminton memberikan juga pingat emas untuk Malaysia selepas kemenangan 3-1 keatas pasukan tuan rumah India! Ternyata, tiada masalah untuk memungkinkan Malaysia menyapu semua emas yang dipertandingkan bagi acara badminton! hebat! Datuk Lee Chong Wei saja je main-main pada set pertama! Main-main pun still menang 21-18 aku rasa. Then set kedua sekejap je!

Kekalahan Wong Mew Choo juga aku tak sangka! Boleh makan kot Sania Nehwal tu! Tapi Sania ni hebat jugak! Perlawanan malam tadi antara Mew Choo dan Sania Nehwal nampak seimbang! Masing-masing ada kelebihan tersendiri! Untuk pengetahuan juga, Sania ni baru je kalahkan Mew Choo dalam pertembungan final Grand Prix India. So, Mew Choo dan 2 kali kalah kat tangan Sania. Harap, acara perseorangan, dia boleh menang!


Gila la aku! Semua nama aku hafal! So, semalam aku memang habiskan masa tengok sukan Komanwel dari petang hingga ke tengah malam! Aku tengok bagaiman Siti kasidah kecundang dalam acara angkat berat 69kg kebawah. Kekalahan satu-satunya perenang negara yang masuk peringkat akhir, kehebatan team hoki lelaki membaham Scotland 2-0 dan macam-macam lagi! Tak lepas peluang gak aku tengok team Malaysia menang acara basikal gandingan Azizul Hasni, Josiah dan Rizal Tisin! 

p/s : amacam? aku boleh jadi pengulas sukan tak?hak3

Mari langgan entri terbaru cepit!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Share

Widgets