Showing posts with label nuffnang. Show all posts
Showing posts with label nuffnang. Show all posts

0 Kenapa anda perlu jatuh cinta pada Blackberry Playbook?

Salam semua, kali ni aku nak cerita banyak tentang Blackberry Playbook. Bagi korang semua meleleh dengar, jatuh cinta dan terus teruja nak memiliki Blackberry Playbook. Kalau nak tulis panjang-panjang pun, bukannya korang nak baca semua. Ye dak? So, aku spesifikkan terus apa yang Blackberry Playbook boleh buat korang jatuh cinta. Antara yang cambest tentang Blackberry Playbook ni ialah :



1 – Multitasking yang menakjubkan! Korang boleh guna serentak hampir semua aplikasi yang ada tanpa jammed or hang! Dengan kekuatan 1Ghz Dual Core dan  1GB RAM, ini merupakan satu tablet yang sangat bagus untuk kerja dan bergembira!

2 – Kamera yang power! Diperkuatkan dengan kamera depan 3MP dan belakang 5MP, korang sure boleh rakam saat indah dengan cantik sekali sebab boleh rakam video HD. Nak web cam dengan awek dan pakwe pun boleh nampak jerawat tau!

Terima kasih fazrol untuk gambar bermakna sepanjang program.

3 – Skrin yang menawan. First time aku rasa yang aku betul jatuh cinta dengan screen dia. Smart kot! HD! LCD 7inch dengan pixel 1024x600 pulak tu. Wajiblah clear. Kalau korang tengok video dalam BB Playbook, sure mata tak kelip-kelip!

4 - Ciri-ciri keselamatan yang bagus. Bagi aku, BB Playbook ni sesuai untuk semua golongan sebab yang bekerja dan bekerjaya pun bagus untuk gunakan Tablet ni. Ada fungsi Blackberry Bridge yang korang boleh connect Blackberry Phone korang dengan BB Playbook ni. Nak check email, schedule dan banyak lagi kerja boleh korang gunakan serentak dengan tablet ni. Once korang dah disconnect dengan BB korang, dia akan automatik closed semua application yang yang important seperti emails dan lain-lain lagi.

Terima kasih afrayuri untuk gambar teruja ini.

Disamping tu, Maxis ada sediakan beberapa aplikasi Maxis yang cambest kalau korang subscribe dan beli Blackberry Playbook dari Maxis. Antaranya ialah :


Finder 301 - Aplikasi terbaik untuk mencari dan berkongsi tempat paling menarik berdekatan anda! Mudah dan cepat!

Language Translator - Lebih 70 bahasa untuk anda pelajari.

Currency Converter - Cara paling mudah dan tepat untuk anda membuat dan mengira mata wang asing.

Formula 1 - untuk yang gilakan Formula 1, anda boleh ketahui tarikh dan litar perlumbaan, keputusan perlumbaan, kedudukan pelumba dan banyak lagi mengenai Formula 1.

Masa aku ke Blakcberry Playbook Workshop hari tu, aku cuba main game Need for Speed tau! Aku cakap, awesome gila lah grafik dia! Terjegil bijik mata aku jap. Punyalah cantik paparan skrin dia. Sound system dia pun bagus. Kalau takar bilik korang tu, tak yah nak guna extra speaker pun dah cukup kuat.


Maxis juga ada memperkenalkan plan jimat-jimat untuk anda memiliki Blackberry Playbook ini! Lihat dibawah untuk harga yang memang berpatutan :


Boleh layari Maxis untuk keterangan lanjut.


untuk bukan pengguna BIS 


Seperti yang saya ceritakan dalam entry Maxis Blackberry Playbook Workshop (klik untuk tetingkap baru) tempoh hari, saya telah kongsikan bagaimana terujanya saya menghadiri program berkenaan! Berkenalan dan mencuba gadget terbaru ini merupakan pengalaman bersama Nuffnang dan Maxis yang saya tidak akan lupakan sama sekali.


Exclusive ye kawan-kawan.

table mate yang gila kentang!




punyalah gigih main lumba kereta!

Dimana saya? Ini semua bloggers!


sekitar majlis pelancaran Blackberry Playbook di KLCC


Mari aku listkan sikit spesifikasi Blackberry Playbook untuk korang fikir-fikir sama ada ia merupakan satu gadget yang berpatutan untuk dimiliki atau tidak. 

 - OS - Blackberry Tablet OS
 - Size - 130 x 193 x 10mm
 - Screen - 7inch LCD, 1024 x 600, WSVGA, capacitive multi-touch gesture support
 - Connectivity - WiFi dan Bluetooth
 - Didatangi dengan 16GB, 32GB dan 64GB memori dalaman terbina.
 - Full Adobe®  & Flash®
 - BBM™ using BlackBerry®

 - Bridge™
 - 7 hingga 9 jam batteri.

 - Lain dari yang lain.


Khidmat pesanan Blackberry Playbook ini dibawakan oleh saya; hakimfaridzul untuk anda dengan kerjasama Nuffnang Malaysia, Maxis MY dan Blackberry Malaysia.

p/s : feeling-feeling sponsored post! wakakakaka

3 Workshop Blackberry Playbook di Kuala Lumpur Covention Center.

Hi. Salam semua. So, ni latest aktiviti aku hadir Sabtu lepas. Maxis Blackberry Workshop kat KLCC. Tak sangka pun dapat invitation, but then rezeki kan? So, aku terpilih and join event tu. Gambar dibawah menceritakan perjalanan aktiviti disana. :)








Bagi pendapat aku sendiri, aku lebih jatuh cinta sama ini Playbook berbanding I-pad. Bukan sebab loyalty pada Blackberry. Tapi lebih kepada fungsi dan bagusnya gadget ini. Kalau nak tau ape yang betul-betul best pasal gadget ni. Tunggu next review aku tentang Blackberry Playbook ni!

Best sesekali dapat jumpa blogger ni. Ye la, passion kita sama. Lagi-lagi kalau dapat semeja dengan yang gila-gila macam aku punya table mate kan? Thanx to http://www.afrayuri.com , http://www.fazrol.com dan http://www.yeongboon.blogspot.com untuk workshop yang gila-gila punya! 

p/s : alhamdulillah, aku antara yang bertuah menang Bluetooth Headset Jabra hari tu. Insyaallah next rezeki ialah Blackberry Playbook! :)

2 Part 2 - Nuffnang Sharing Session at Frames. Intipati perjumpaan!

Ingat lagi entry ini. Entri yang punyalah basi. Tapi masih aku ada hati nak sambung mengenangkan ada ilmu, idea, pengetahuan dan informasi yang aku nak kongsi sepanjang aku makan-makan dan berbual-bual di Nuffnang Sharing Session di Frames tempoh hari.

Ringkasnya, teycindy ada kongsi banyak tips dengan kami semua. Paling untung siapa yang duduk meja depan dia atau sebelah dengan dia! Dia sangat peramah! Gila-gila jugak! Banyak perkongsiaan yang aku kira menarik untuk aku cerita kat korang supaya korang semua jadi top blogger juga satu hari nanti macam mereka tu! Siap boleh declare diri sebagai fulltime blogger lagik! Pergh!


Antara perkara penting ialah (sila catat untuk tujuan rujukan)LOL:

  • Identiti blogger dan blog. Tak nak cakap panjang sebab aku kira blogger lebih mudah dikenali melalui identiti yang dia orang berjaya cipta berbanding blogger kosong macam aku ni yang tahu tulis itu ini tanpa ada identiti (aku masih samar-samar). Contoh : kalau cakap Hanis Zalikha orang akan terbayang entri yang memang sempoi but nice dikarang dan hidup entri tu! Kalau orang cakap ZackZukhairi, orang akan teringat video kartun beserta lagu menyayat hati! OMG (oh menari gila)!
  • Kualiti dan isi. Kalau nak readers melekat dengan korang, pastikan apa yang cuba di tayang sebagai tajuk setimpal dengan isi. Jujurnya, blog aku pun bukan lah penuh dengan kualiti, memang jauh sekali nak ada isi dan facts! Tapi, aku cuba untuk ke arah itu supaya readers tak tertipu dengan entri kita! Lama-lama readers bosan dan blah je dari blog kau! Kan dah sikit visitor! Contoh : kalau tajuk cakap "income blog RM1000", tapi kau tulis dalam tu rupanya kau hanya pasang impian dan angan-angan untuk itu. So, nanti readers akan cakap :hek elehhhhh~~~~ faham?
  • Template kasi cun. Nak tarik readers ni, macam nak tarik pelanggan masuk ke kedai makan! Ada ke orang nak masuk kedai makan yang penuh lalat, kerusi lintang pukang, sampah sana sini, kedai bau busuk? Korang pun tak nak! Macam tu lah persepsi readers jugak! Kalau blog korang menari templatenya, sure-sure readers tu akan rindu nak masuk lagi blog kau! Sebab dia kata, "eh, cantiknya blog dia" Tak pun, "eh, gila kentang la dia punya header! Setuju?
kredit kepada michleong.blogspot.com

3 ni dah cukup buat masa ni. Maaf, bukan aku tak nak berkongsi banyak. Cuma kekangan masa menghantui aku saat ini! Terkejar-kejar assignment, test dan banyak lagi benda... Ni kira aku curi masa sikit nak up entri ni. Takut langsung terlupa! Ada lagi yang aku nak kongsi! Tunggu ye! :)


2 Nuffnang Sharing Session di Frames Cafe, Sunway Pyramid (Lot OB.K4N, Oasis Boulevard)

Salam semua. Ada sesiapa esok yang join Nuffnang Sharing Session di Frames Cafe, Sunway Pyramid (Lot OB.K4N, Oasis Boulevard)??? Kalau ada boleh tolong comment di entri ini! Boleh kita berjumpa esok. Teruja nak join Nuffnang Sharing Session since dah berapa kali aku terlepas peluang nak join. Jadi, esok sesiapa yang kesana, mari kita berjumpa! :)


Blogger-blogger berpengalaman cakap yang Nuffnang Sharing Session ni bagus. Berkongsi pendapat. Pengalaman dan ilmu. Baik yang lama dan baru, semua orang ada pengalaman masing-masing kan??? Sharing is caring! Ye dak??? Boleh baca entry-entry mereka yang pernah jadi Guest Blogger dan blogger yang attend Nuffnang Sharing Session ni :

6- JMR

Kalau kita nak maju dalam satu-satu perkara memang kita perlu banyak berkorban! Pengorbanan itu akan buat korang semua rasa puas hati dengan apa yang korang kecapi sekarang atau akan datang. Bukan senang nak berjaya dalam satu-satu bidang. Aku cakap pasal arena blogging sekarang ni, blogger-blogger berpengalaman, dia orang tu dah banyak berkorban untuk sampai ke tahap mereka sekarang. Duit, masa, tenaga dan macam-macam lagi. Dan bagi aku, pengorbanan mereka bukan sia-sia! Berbaloi! :)

7 Tiru macam saya dan kita untung sama-sama!

Sticky post 48 hours. Scroll down for new entry....TQ




Sepanjang menggunakan telefon bimbit, perkara utama yang kita cari ialah service bagus dan plan yang memang sehabis jimat! Rata-rata syarikat telekomunikasi memang sehabis baik juga mengaburkan mata anda dengan pelbagai plan menarik, package murah, dan penjimatan yang berbaloi-baloi katanya! Mereka kata sms murah, tapi call mahal. Mereka kata hebat, tapi line  tak dapat-dapat! Hakikatnya,anda telah ditipu sebab mereka bukan Tune Talk! Sebab Tune Talk berikan anda rasa sebenar puasnya menggunakan prepaid!Mari aku canangkan!


16 sen seminit ke apa jua nombor, 5 sen setiap sms ke apa jua nombor dan 5 sen per mb untuk data! Bukan ke sudah lebih dari cukup! Bukan ke sudah betul-betul memuaskan hati anda? Tak puas lagi? Mahukan lebih? Macam mana dengan pertukaran mata ganjaran dengan tiket penerbangan ke destinasi pilihan anda? Mahu?


Kalau dengan syarikat telekomunikasi yang lain, kita dapat redeem voucher KFC, McD, tiket wayang, kredit panggilan, dan sms! Dengan Tune Talk, anda boleh menukarkan mata ganjaran anda kepada tiket penerbangan. Hebat! Lagi banyak anda top-up, lagi jauh anda terbang! Boleh rujuk disini untuk carta mata dan destinasi pilihan anda! Mata ganjaran juga takkan luput sampai bila-bila! Anda juga boleh menukar nombor telefon anda bila-bila masa dengan mudah!

mari kira-kira sekarang!tetapkan destinasi kemana yang anda ingin tuju!

ini sebahagian saja, boleh ke sini untuk lebih lanjut

Tune Talk juga memberikan anda RM 100,000 Personal Accidental Insurance Coverage daripada Etiqa! Hebat kan? Mana nak dapat insurance berharga RM 100,000 dengan hanya menggunakan prepaid??? Nan hado kan???

So far aku guna Tune Talk ni, aku boleh cakap memang superb jimat dan berpatutan. Lagi-lagi student macam aku ni. Kawan ramai, dan bukan semuanya guna syarikat sama untuk telefon dia orang. So, guna Tune Talk ni, jimat sebab flat rate! Setiap masa, semua nombor! Tiada diskriminasi! Coverage line pun bagus sebab Tune Talk follow sekali Celcom punya line! Ceruk mana pun, masih boleh dapat!

"Tiru Macam Saya dan Untung Sama-Sama" dibawakan oleh hakimfaridzul.com

7 Free Screening Movie Ticket from Nuffnang lagi!

Salam. Alahi indahnya cuti kali ni. Hari tu dah dapat invitation dari Perdana Menteri untuk makan malam bersama, kali ni dapat tiket wayang percuma dari Nuffnang! Cerita Skyline yang akan ditayangkan pada 12 November ni dipawagam seluruh negara. Tapi aku dapat tengok time 10 November! Awal tu beb! Kalau dulu aku dapat tiket screening movie untuk cerita The Descent two dan lagi satu yg aku tak dapat pergi tu. 

erk, siap ada tema kau!cat2 muka lagi!

Ramai kawan-kawan aku yang baru berjinak dengan Nuffnang masih bertanya dan kurang pasti kenapa aku boleh dapat tiket tu percuma je. Kunci katanya ialah rajin-rajin tengok website Nuffnang! Yang home page! Kat situ akan dipaparkan segala contest dan berita terkini Nuffnang!

Nak menang? Mudah dan perlukan sedikit luck! Korang kena jadi creative je! just tulis beberapa perkataan yang crative dan menang! Contoh, masa aku nak dapat tiket skyline ni, pihak Nuffnang suruh kita bg jawapan untuk soalan ini : 

“How Would You Defend Earth from Alien Invasion” in not more than 15 words.

Aku bagi jawapan : 



Amacam jawapan aku? Macam orang tak de otak punya jawapan kan? Hahahahaha. Kena jadi creative la. Jawap je apa yang korang rasa korang boleh bagi sehabis kreatif! Apa tunggu lagi, pergi home page Nuffnang dan mula kerja kreatif korang semua. Ada kontest Screening Rapunzel si rambut emas panjang mengurai tu yang menawarkan hadiah perfume Nina Ricci dan Nintendo Wii. 

Jangan lupa jugak, Nuffnang dah ada baby baru iaitu Chur-Chup! Boleh jana duit jugak! Nantikan post seterusnya tentang Churp-churp dan juga Rapunzel rambut emas panjang mengurai~hiksss

p.s : layan trailer movie Skyline ni jap! Macam best giler! siapa-siapa yang dapat invitation ni sila bagi tau aku.boleh berjumpa nanti!

5 DiGi iPhone 4 Me

Salam semua. Ini adalah contest dari Nuffnang dan Digi yang memang pemurah nak bagi iPhone 4 untuk kita semua. Syaratnya mudah. Cuma perlu submit dan ikuti blog Nuffnang dan completekan task yang diberi. Ikutkan tajuk, kenapa aku nak iPhone 4? Memamng banyak sebabnya! Panas!


Antara sebabnya ialah :
  • Lebih nipis, malah merupakan smartfon paling nipis dalam pasaran
  • Kamera hadapan & belakang (kamera belakang dilengkapi dengan LED flash)
  • Paparan yang lebih jelas, bersih dan cantik
  • Quad band HSPA dengan keupayaan kelajuan sebanyak 7.2 Mbps (Turbo 3G by DiGi Malaysia - 14.4 Mbps)
  • Boleh digunakan dalam network 802.11n WiFi yang lebih laju (macam laptop)
  • 5 megapiksel kamera dan flash
  • Kebolehan merakan video HD (high definition)

Teruja sangat sebab semuanya dah dipertingkatkan keupayaan nya! Lebih hebat dan lebih canggih berbanding dulu! Selain tu, aku memang teruja dengan Apple Store gak! Banyak aplikasi menarik dan hebat mampu kita miliki dan enjoy! Selain tu, ada iPhone, ada style!

Paling penting, aku nak jadi antara orang yang pertama memilik iPhone 4 ni! Lagi-lagi dari Digi! Kena gigih berusaha walaupun ada final! Contest sehingga birthday aku 28th September ni! Best nya! Digi, please, bagi iPhone 4 ni sebagai hadiah birthday aku! Boleh?hehehehe. 


Boleh la selit wishlist birthday aku ialah "hadiah iPhone 4 dari Nuffnang dan Digi sempena bithday ke 19 aku" till then, aku memang teruja habis dengan iPhone 4 ni! Lama idam, bila la mampu miliki~

45 Trafik mencanak, thanx to Dahlia Journal!

Whoa. Salam semua. Actly cuma nak berkongsi perasaan gembira sahaja. Bukan nak menunjuk-nunjuk sebab aku juga blogger kecil-kecilan yang masih belajar apa itu erti blogging sebenarnya. Kalau korang ada masuk blog ni semalam. Korang akan perasan entri Video ribut di bazar Ramadhan Jasin Melaka pada waktu pagi sebelum beralih ke entri Resepi Biskut Semprit pada malam untuk autopublish!

ketika jam 9.30 malam

Trafik semalam adalah yang paling tinggi pernah aku dapat sepanjang blogging. Dengan pageviews mencecah 1000++ dan unique 700++. Gila excited weyh~! Bagi yang UV dan PV ribu-ribu tiap hari, just ignore je ke-excited-an aku ni! Ini semua sebab :


  1. Keyword - Video Ribut Melanda Bazar Ramadhan Jasin Melaka.
  2. Backlink dari Dahlia Journal yang menghala terus ke entri tersebut!
Terima kasih dekat carian google yang menempatkan aku untuk keyword tersebut dikedudukan pertama sebelum diambil alih pula oleh ceritaras dan blog1of4. Hahahaha. Gigih aku ping blog semalam semata-mata nak dapatkan tempat di carian google. Mungkin sebab pagerank aku yang zero! Maklumlah, baru tukar domain.

jam 9.30 malam

Secondly, aku jugak nak ucap terima kasih dekat cikgu dahlia sebab link entri aku kat entri dia tu. Terbaik la! Tak sangka dapat link sebab, masa aku publish entri tu, dia pun baru je publish. Aku rasa sebab time dia check kat carian google, dia nampak blog aku kot. Hahahaha. Terima kasih cikgu sebab bagi saya pengalaman rasa trafik banyak semalam!

walaupun Nuffnang cakap kat situ 186 je dari Dahlia Journal, aku rasa lebih dari itu!

Sekali lagi, thanx sangat-sangat kepada yang masuk blog ini untuk resepi-resepi biskut dan carian lain! Sememangnya bermain dengan KeyWord and SEO ni menjamin blog anda terus bernyawa walaupun tiada entri untuk hari tersebu dan seterusnya! Tak silap aku, hari ni pun still ada trafik dari DahliaJournal dan carian tentang entri video ribut tu! Terima kasih! Wasalam!

p/s : kenapa Alexa Rank aku tak berubah sejak minggu lepas ye? Something wrong ke blog aku ni? Help me please.

0 Bintang Nuffnang, satu dah penuh!

Whoa. Salam semua. So, semalam aku ada cakap aku nak update post pasal tips naikkan traffik kan? Aku dah schedule post tu untuk santapan rohani time tengah hari. Hak3. So, pagi ni aku tertanya-tanya, kenapa la bintang Nuffnang aku dah penuh 5 untuk Leaderboard. Apa menatang ni ek? Anyone, bantu saya untuk fahamkan bintang-bintang ni boleh???

bintang-bintang

Aku pernah gak terbaca pasal bintang-bintang ni dulu. Tapi aku dah lupa kat blog siapa. Mungkin DJ, mungkin Kujie2 atau mungkin.... Eh, dah lupa la. So, aku harap korang boleh bantu aku untuk clarify kat aku bintang ni untuk apa ye. Best jugak nak kejar semua 5 bintang kan? Setahu aku, DJ dah penuh semua 3 perkara tu. Siapa lagi dah penuh???

5 Skandal Ariel Peterpan : dominasi keyword minggu lepas

Whoa. Salam semua. Aku pernah jugak bercadang sebelum ni untuk buat sendiri analisis blog kecil ni. Sebab, bagi aku, analisis itu penting untuk kita tengok performance blog kita. Bagi aku, walaupun UV aku sikit dan pageview aku juga sikit, aku tetap nak buat analisis. Ye la, sebagai catatan dan nota supaya aku terus maju dalam blogging ni!hak3

Mungkin ada readers yang cakap, eleh, blog kecik picisan cam tu pun sibuk nak tunjuk analisis.hak3. tak kesah la, ini sebagai catatan aku sendiri yang aku kira aku akan buat untuk setiap bulan. Menilai, sejauh mana aku berblogging ni. Kalau sebelum ni, aku ada cerita sedikit tentang apa itu SEO dan SERP. Walaupun hakikatnya, aku sendiri kurang mahir bab-bab ni.

Ariffshah datang blog aku, dan tinggalkan url tips dia tentang SEO dan SERP ni. Jenuh aku baca. So, dah boleh faham la jugak. So, nak cerita keyword minggu lepas. Aku kira keyword "Skandal Ariel Peterpan" telah memberikan impak yang agak besar kat blog ni. Sampaikan aku ada dapat UV sampai 600++. Alhamdulillah.hak3. Lihat gambar dibawah ye. Statistik carian kat google! :


So, amacam?hak3. Bermain dengan SEO. Pengalaman yang bagus dan berharga aku kira. Korang cuba la try, mana tau dapat kan?? Mesti gembira dan syok sendiri macam aku!hahahahaha. Eh, tak lupa gak kat keyword Azrinaz Mazhar Hakim!dapat la gak traffik dari situ!hak3.bukti :



Macam mana? Ye, sob3. Aku tak hebat pun nak dapat traffik ribu-raban macam blogger-blogger hebat tu. Keyword aku menjadi pun dah kira alhamdulilah! kan??? So, korang semua try la main-main dengan keyword ni. Mesti ada sikit la kena! Good luck! Esok tak de kelas langsung! Heaven!

p/s : 
1) Bandwith broadband menghampiri garisan penamat!
2) Masuklah kontest aku tuh.
3) Happy birthday untuk www.suterablogger.com
4) Aku nak tukar domain la. Amacam?

11 Buffered earnings bertambah walaupun UV sikit seciput.

Salam semua. Aku just nak ucap alhamdulillah dan syukur sebab selepas dua buffered dah jadi mattered earnings, still rezeki masuk lagi walaupun buffered aku tak la cecah ratus-ratus ringgit! Now ada 2 buffered earnings yang sedang bergerak kat blog picisan ni. Syukur sangat. Ingat, walaupun satu sen, itu tetap rezeki kan???(aku just nak share yang aku gembira, usaha blogger picisan aku ni, terbalas juga tau)hehehehe

Ok la, aku tak pernah nak kongsi tips mahupun petua berblogging ngan korang. Sebab, aku rasa aku masih tak layak nak berbicara tentang petua mahupun tips-tips ni sebab daily UV aku pun 100++ je. Cuma kadang-kadang mencanak tiba-tiba sampai 300++. Cuma seumur aku berblogging, pencapaian terbaik aku ialah 676 UV sehari. Tu pun aku dah bersyukur gila.

So, buat masa ni, biarlah aku kaji dulu pasal Nuffnang ni. Pasal UV ke, pasal traffic ke, aku just ikut petua-petua yang di beri oleh blogger hebat macam DJ, Eyriqazz, darkbatman, joe dan ramai lagi yang traffic dia orang beribu-ribuan. Mahu juga rasa macam tu. Tapi, adatlah, semua bermula dari bawah kan???

Kalau korang nak tips-tips dapatkan buffered, tarik traffic, dan macam-macam lagi ilmu berbloggin, boleh la rujuk kat mereka ni. Berderetan tips dia orang ada untuk anda! Pagi ni saya jadi judge untuk debat intra-asasi undang-undang. Ini adalah outo-post. Bye semua.

1 Best Bits of Project Alpha Season 2

Salam. Aku jenguk-jenguk facebook. Tup-tup keluar instant cash ni. Padahal aku baru je update entri 5 minit lepas. Hak3. Takpe, kali ni nak try nasib! Insyaallah dapat la RM 20 hengget tuh. Apa yang aku nak review pasal Project Alpha 2 ni? Memandangkan aku adalah newbie kat arena blogging ni. So, aku layan je la cerita Project Alpha ni dari awal hingga la dah nak akhir ni.

Best tengok cara dia orang featuring blogger-blogger hebat ni! Kalau dulu aku tengok Abg Nara dan Kak Merah. Aku suka! Ada stail. Kali ni akau pilih Azwan Ali kot. Walaupun aku tahu yang Azwan Ali ni tak kenal aku, aku suka cara dia yang tak kesah orang nak cakap apa!

Kenapa aku begitu minat kat Azwan Ali. Sebab dia sangat tak peduli apa kata orang. Janji dia tunjuk diri dia yang sebenar dan dia tak pernah berpura-pura. Orang nak kata apa pun dia tak kesah! Aku suka tagline dia "dik nun" ngan "ko hado" ahahahaha. Lawak juga kalau layan tengok Project Alpha si Lazer Azwan Ali. Diva sesuatu dunia!hehehehehe

Lagi satu, aku still minat die nye pengacara yang cantik tuh! Awesome beb! Jojo! hehehehe. Bila agaknya aku nak masuk Project Alpha ni ek? Baik lah, akan ku pasang cita-cita setinggi gunung Everest ni mulai sekarang! hak3. Nway, itu je kot review aku pasal Project Alpha ni! Doakan aku terpilih untuk Project Alpha ke berapa ratus nanti ye! Adios!





Project Alpha is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS.


26 Lelaki bermisai yang berjaya menggoda saya! Kini saya gay!

Whoa! Salam semua. Sila teruskan pembacaan anda jika anda mahu tahu siapa lelaki bermisai yang menggoda hati saya! Ini adalah pembacaan yang berbaur romantik dan cinta! Amaran keras kepada sesiapa yang sudah berumah tangga, beranak pinak, bercucu cicit sebab lelaki bermisai ini juga bakal menggoda anda!Gay itu sama dengan gembira @ happy ye!


Beberapa fakta menarik tentang lelaki bermisai ini! Sila bayangkan dengan sepenuh hati anda. Ikuti penerangan saya tentang lelaki bermisai ini! Saya pasti anda akan teruja dan berdebar-debar!

Fakta menarik 1 : Tiada cholesterol dan lemak berlebihan!
Sudah tentu bayangan anda adalah seorang lelaki yang tough dan bermuscle tanpa lemak berlebih-lebihan di perut mahupun di peha! Lelaki bermisai ini pandai jaga badan tau! Amalkan gaya hidup sehat! Sebab tu, saya pun terpikat!hek3

Fakta menarik 2 : Tiada yang tiruan!
Lelaki bermisai ini bagus! Dia kata semuanya adalah original! Tiada apa-apa yang tiruan tentang dia! Baik pewarna mahupun perasa! Semua nya ori! Ditanggung halal la, siap ada pengesahan halal Malaysia!

Fakta menarik 3 : Lelaki bermisai 20% lebih rendah lemak berbanding yang lain
Selain pandai menjaga badan, lelaki bermisai juga ada cakap yang dia ni lebih bagus dari lelaki-lelaki bermisai di luar sana sebab lelaki bermisai kurang 20% lemak di badan! Sudah tentu pujaan wanita di luar sana mahukan lelaki tanpa perut maju kedepan dan peha lebar ketepi!

Fakta menarik 4 : Lelaki bermisai sudah bertukar wajah lebih kemas dan terurus!
Masa seawal perkenalan saya dengan lelaki misai ni, dia nampak serabut! Tak kemas! Time tu, terpikat sikit-sikit je. Tapi, sejak akhir-akhir ni, lelaki misai dan handsome dah! Berwajah baru! Kemas, teratur, sedap mata memandang!

Fakta menarik 5 : Lelaki bermisai ada band! 4 orang lagi!
Kalau semua nak tahu, lelaki misai ni ada band! Terdiri daripada Encik Original, Encik Sour Cream & Onion, Encik Hot & Spicy serta Encik Flame Grilled BBQ. Mereka ni, aih...tak usah cakap! Sedap sangat! Menjilat jari! hehehehe

Sudah! Cukup 5 fakta menarik tentang lelaki bermisai! Nak tahu lanjut, anda boleh la berkenalan dengan Encik Lelaki Bermisai ni! Dia friendly, sedap pun sedap, lazat disukai ramai! Baiklah, mari saya tunjukkan anda siapa lelaki bermisai itu! Ini dia, lelaki bermisai yang merubah saya menjadi gila dan gay happy!
Ini dia lelaki misai pujaan saya sampaikan tidur pun saya masih berteman lelaki misai. Tak percaya, lihat gambar di bawah!


Teruja lihat saya berkasih sayang dengan lelaki misai???hehehehe, sebenarnya, ini adalah contest dari Mr Potato yang menawarkan hadiah berjumlah RM 1,000 kepada johan! saja try luck, mana tau, dapat RM 1,000!yee ha!!! Cuba la rasa Mr Potato yang baru ni! Lazat berkrim disukai saya! Sekian, terima kasih kepada juru gambar dan rakan sebilik yang tolong gelakkan saya untuk cari idea!hehehehe

Dibawakan khas untuk anda oleh hakimfaridzul, Mr Potato dan mamee~

Mari langgan entri terbaru cepit!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Share

Widgets