Showing posts with label sendiri. Show all posts
Showing posts with label sendiri. Show all posts

4 Kerana itu aku masih mampu untuk rasa bahagia walaupun kadang-kadang duduk dalam derita.

Salam semua. Sedia maklum, yang blog aku ni bukan hanya blog info atau gosip artis berbikini mahupun blog SEO semata. Aku pernah cakap yang blog ni juga merupakan blog personal dimana tak satu, dua atau tiga mesti akan ada enti personal untuk aku catat dan terjemah.

******************************************************************


Aku rasa yang minggu sebelum ni dan minggu-minggu akan datang takkan sama dah. Totally change. Betul cakap orang keliling, sampai bila kau nak macam tu. Sampai bila kau perlu tunggu andai itu yang pasti kau tak mampu miliki. Mungkin entri ni ada banyak ayat bunga-bunga. Maklumla, aku gemar dengan penulisan novel. Kira, aku pun sebenarnya sudah punya beberapa helaian catatan yang aku rasa seakan novel. Asbab, penuh drama dan babak yang aku sendiri tak pernah jangka, dunia realitis sudah jadi saksi untuk semua itu.


Kata orang, kita hidup ni kena betul-betul merancang, tapi bukan ke kalau kita membiarkan kehidupan ini terjadi dengan sendirinya lebih mengujakan. Maksud aku dari segi keadaan kehidupan itu berlaku. Benda-benda yang kita tak jangka. Bukan itu yang lebih bererti dan indah? Aku akui, aku terlalu merancang kehidupan ni. Sampai satu tahap, aku tak mampu dah nak rancang. Cuma kini aku ikut je aliran yg entah kemana bawa aku ke akhirnya nanti.

Dalam diam, aku bukan tak peduli dengan sekeliling. Cuma barangkali, aku lebih suka memerhati. Sebab aku memerhati bukan memerhati kosong. Sebab kalau aku tak memerhati, ayat aku laju je meluncur sampai nanti ada hati yang mati. Baik aku diam, beri ekspresi dan bereksperimentasi! Nice kan? Sudah la, aku penat dengan kehidupan akhir-akhir ni. Banyak sangat benda-benda mengujakan berlaku depan mata sampai aku terkebil tak terkata! Layu tak bersuara...

p/s : barangkali asbab aku terlalu sunyi belakangan ini. :)

9 Kurang entri, aku tak menghilang lagi.

Salam semua. Ramai jugak sahabat dan readers yang tertanya-tanya aku kemana? Menghilang? Ada masalah ke sampai tak update blog? Kenapa senyap je cuti ni? Kenapa jarang online facebook. Kenapa itu. Kenapa ini. Terima kasih sebab concern. Lately ni, aku malas nak update blog sebab aku tengah memikirkan untuk buat niche blog. Mungkin 1, 2 atau 3 niche sahaja. Aku baca post-post Ariffshah dulu. Dia ada cakap apa bagusnya buat blog yang ada satu atau 2 atau 3 tema penceritaan yang utama.


Kan bagus. Boleh fokus betul-betul kat area penulisan sebegitu rupa. Tak perlu nak kecamukkan idea dan blog. Sebab readers pening nanti. Itu pendapat aku. Cuti kali ni memang aku diam sikit. Diam dari dunia online. Lebih banyak memerhati orang sekeliling di internet. Membaca, memerhati dan memahami. 

Cuti kali ni jugak aku lebih manfaatkan untuk memahami blog. Banyak e-book tentang blog, niche, script, xhtml dan banyak la. Susah nak faham sebab aku berdiskusi sendiri. Tak de teman yang betul-betul minat blog. :( So, aku cuba absorb apa yang aku boleh faham. So far aku dah boleh betul-betul explain dan faham basic blogging. Semua dah dalam tangan. Alhamdulillah. 

Aku nak try buat template betul-betul aku buat sendiri. Bukan ambil yang sedia ada dan renovate. Nak master benda-benda macam ni. Baru senang. Tak perlu nak mengharap kat orang lain untuk membantu sebab kadang-kadang, orang akan naik menyampah kalau kita selalu minta pertolongan. Usaha kena ada.


So, aku tak rajin update blog bukan sebab ada yang ganggu atau ada yang membuatkan aku untuk kurangkan entri. tapi lebih kepada aku tumpukan pada pembelajaran dan pemaham tentang blog. :) Nak jugak jadi master!

p/s : mudah-mudahan semua yang aku belajar dan faham ni betul dan berguna untuk aku dan korang semua!

1 Walaupun mereka bukan berkongsi derita yang serupa

Ok, ini memang kes nak lepaskan tension! Sangat! Kepayahan membaca nota hitam putih kotak kecik-kecik tulisan rapat-rapat! buku Contract, Tort dan Criminal Law! Lemah badan aku! Mata pun dah stok juling-juling air! Penat! Banyak kena telaah sampai aku rasa aku nak give up dan cakap kat diri sendiri esok tolong la lulus! Itu dah cukup bagi aku! Memang betul, kaki aku ni tak layak nak jejak fakulti undang-undang untuk degree nanti sebab foundation pun aku dah tak tahan.

Lusa dah menjengah usia aku ke-19! Aku bingung. Terfikir, apa yang aku pernah buktikan sepanjang 19 tahun hidup ni. Apa yang aku korbankan untuk hidup. Apa yang aku rasa. Aku akui, memang hidup aku rahsia. Tanyalah, sesiapa yang rapat dengan aku pun tak pernah tahu apa hidup dan perjalanan usia 19 tahun aku ni. Kalau tahu pun, simple dan permukaan sahaja. Mungkin QM tahu dasar dan isinya. Kepayahan dan kesakitan yang aku rasa kadang-kadang aku dah tak mampu tanggung untuk seterusnya.

Tapi tu la, Allah sayang. Dia bagi pinjam lagi nyawa ni untuk rasa umur 19 tahun! Untuk rasa adanya kawan dan sahabat yang perlu aku ingat dan hargai! Sahabat dan rakan yang selalu ada dengan aku walaupun mereka bukan berkongsi cerita yang sama. Walaupun mereka bukan berkongsi derita yang serupa. Janji mereka sentiasa ada, itu dah cukup buat aku hargai mereka setinggi-tinggi alam! Cukup buat aku ingat mereka sampai akhirnya.

p/s : maaf, tiada ilmu didalam entri ini, emosi dan keadaan menguasai diri. kalaulah...

0 Jangan salahkan orang kurang siuman kalau mereka menjengkelkan!

Whoa. Salam semua. Ye, beberapa hari tak berupdate sebab balik ke kampung. Indah! Makan durian, rambutan dan seangkatan dengannya sampaikan nasi dah jeling-jeling manja je. Celik mata bangun pagi je dah terkangkang kopek durian. Tengah hari sikit sibuk memanjat pokok petik rambutan. Malam, ayah balik bawak manggis! Sehat dengan buah-buahan.

Tapi itu bukan apa yang aku nak tulis sebab aku nak tulis satu pengalaman yang aku nak ingat sampai mati. Pengalaman berbual mesra sambil ketawa ceria melayan karenah orang kurang siuman. Ye, ni cerita semalam. Entry ini bukan nak menghina mereka tapi cuma ingin berkongsi pengalaman berharga ibarat emas dan permata.

Masa aku on the way balik rumah naik bus, aku duduk sebelah sorang lelaki dalam umur 30an lebih. Mula-mula aku tak la suspek apa sebab dia act biasa macam orang lain. Tiba-tiba dia tanya aku, dari mana. Aku jawab dari KL nak balik rumah. Dia gelak-gelak. Aku relax je la. Dalam hati aku dah cakap, pahal la pulak dia ni.



Aku tanya la kenapa gelak. Dia cakap sebab aku pergi KL. Eh, apa kena ni? Then aku tanya lagi, kau ni dari mana? Dia jawab dari KL gak. Apa lagi aku pun saje je gelak lebih-lebih! Dia tanya kenapa aku gelak then aku cakap aku gelak sebab dia pun dari KL. Hahahahaha.

Aku layan la kepala otak dia ni dari cerita baju kenapa kena pakai kat badan bukan kat kaki, cerita kenapa nama jalan raya ialah jalan raya dan macam-macam benda merepek sampai tiba-tiba dia jerit kuat-kuat! Aku tersentap la! Dia tanya aku bus ni nak pergi mana? Aku cakap la bas ni nak balik Banting. Then dia jerit lagi marah-marah aku!!!! Hahahahaha. Aku cuak, aku tanya pahal. Dia cakap sebab aku dia dah terlepas bas nak ke KL. WTF!!!

Gila carut... @*(&%@*......semua keluar! Dari yang binatang sampai yang anggota badan. OMG! Aku tak tahan, aku terus turun walaupun aku belum sampai destinasi. Masa aku nak turun, pemandu bas tu cakap, adik sabar je la. Lain kali jangan layan orang borak-borak kalau dia kurang siuman. Susah jadinya, orang kat belakang tu dari tadi tak turun-turn bas. Fine! Aku layan orang gila berbual-bual! Heaven sampai kena maki gila-gila babeng!


So, aku turun, aku telefon bapak aku suruh datang ambik. Time dah turun orang gila tu boleh plak lambai-lambai tangan! Siot!!! Lepas ni kalau jumpa aku dalam bus ke, keretapi ke, kapal terbang ke, tapi aku buat tak tahu atau malas layan sape-sape tegur means aku trauma ye! Wasalam.

0 Hidup biar sedap, aku tak mampu biar ia sedap lagi.

Percaya pada takdir dan terus pandang kedepan.
Perjalanan hidup masih jauh.
Ini baru sikit.
Banyak lagi menanti.
Sabar.
Tawakkal.

Tiada siapa nak pujuk hati walaupun yang dekat.
Sendiri-sendiri tenang.
Yang jauh, nak sangat rasa dekat.
Yang tak faham, tolong lah fahami.
Yang tak nampak, tolong lah celik.

Tertunduk.
Layu.
Bisu tak berkata.
Luluh semuanya.
Sepi.
Meniti hari bersurai.
Tamat.

0 400 followers angka untuk aku terus maju!

Whoa. Salam semua. Ok, nak tarik nafas dalam-dalam dan lepas dalam keadaan bersyukur. Boleh bayangkan keadaan itu? Pertama sekali aku cukup gembira hari ni. Bukan sebab aku menang loteri Fifa World Cup atau pun berjaya bet siapa menang Wimbledon. Aku nak cakap pasal blog picisan ini lagi! Hak3.

Angka 400. Bukan nak berlagak tapi berkongsi kegembiraan. Alhamdulillah. Mungkin penulisan aku semakin baik ataupun aku hanya syok sendiri yang followers baru mencecah 400. Yang followers dah ribu-ribu atau juta-juta tu, jangan la baca entri ini. Malu je! Hak3. So, nak share happiness ni bersama.


Sebelum ni, aku memang kejar followers, dulu prinsip "i follow u, u follow me". But then, aku realize, kalau macam tu, bukan orang ikhlas follow blog kita. Tak pe, bermula dari nothing kepada yang something. Nak berjaya bukan senang. Bukan sehari kau publish satu entry dan 10000 orang follow. Bukan itu.

Blogging ni luas. Cari ilmu dan gunakan. Bagi aku ilmu blogging tu best! Kau akan realize yang kau berjaya aplikasikan ilmu-ilmu yang kau kutip tu kalau followers kau bertambah dan traffik kau naik dan maintain. Kepuasan blogging ni pelbagai. Abstrak. terpulang kat masing-masing nak olah. Serius, aku sedang mentelaah ilmu blogging secara perlahan.

So, aku nak ucapkan terima kasih kepada semua followers aku, pembaca dan stalker yang selalu menyambut entri aku dengan hati terbuka. Thanx. Korang la semangat aku untuk terus berblogging dan mencari ilmu blogging ni. Sangat-sangat hargai! Ini dia, follower bertuah ke 400! Aida Rasyidah Azman. Selamat menerjah blog beliau! Klik ini.
ini dia followers ke 400th.


Aida Rasyidah Azman, pertama sekali maaf sebab ambil gambar ini tanpan memberitahu. Kedua, terima kasih kerana sudi jadi geng cepit! Hak. Thanx a lot. Rajin-rajin  la singgah dan memberikan komentar anda! Sangat dihargai ye! Terima kasih sekali lagi! Ada masa, boleh hang out Shah Alam!hak3. Wasalam.

p/s : alhamdulillah. assigment semakin membuak!hahahaha

5 Skandal Ariel Peterpan : dominasi keyword minggu lepas

Whoa. Salam semua. Aku pernah jugak bercadang sebelum ni untuk buat sendiri analisis blog kecil ni. Sebab, bagi aku, analisis itu penting untuk kita tengok performance blog kita. Bagi aku, walaupun UV aku sikit dan pageview aku juga sikit, aku tetap nak buat analisis. Ye la, sebagai catatan dan nota supaya aku terus maju dalam blogging ni!hak3

Mungkin ada readers yang cakap, eleh, blog kecik picisan cam tu pun sibuk nak tunjuk analisis.hak3. tak kesah la, ini sebagai catatan aku sendiri yang aku kira aku akan buat untuk setiap bulan. Menilai, sejauh mana aku berblogging ni. Kalau sebelum ni, aku ada cerita sedikit tentang apa itu SEO dan SERP. Walaupun hakikatnya, aku sendiri kurang mahir bab-bab ni.

Ariffshah datang blog aku, dan tinggalkan url tips dia tentang SEO dan SERP ni. Jenuh aku baca. So, dah boleh faham la jugak. So, nak cerita keyword minggu lepas. Aku kira keyword "Skandal Ariel Peterpan" telah memberikan impak yang agak besar kat blog ni. Sampaikan aku ada dapat UV sampai 600++. Alhamdulillah.hak3. Lihat gambar dibawah ye. Statistik carian kat google! :


So, amacam?hak3. Bermain dengan SEO. Pengalaman yang bagus dan berharga aku kira. Korang cuba la try, mana tau dapat kan?? Mesti gembira dan syok sendiri macam aku!hahahahaha. Eh, tak lupa gak kat keyword Azrinaz Mazhar Hakim!dapat la gak traffik dari situ!hak3.bukti :



Macam mana? Ye, sob3. Aku tak hebat pun nak dapat traffik ribu-raban macam blogger-blogger hebat tu. Keyword aku menjadi pun dah kira alhamdulilah! kan??? So, korang semua try la main-main dengan keyword ni. Mesti ada sikit la kena! Good luck! Esok tak de kelas langsung! Heaven!

p/s : 
1) Bandwith broadband menghampiri garisan penamat!
2) Masuklah kontest aku tuh.
3) Happy birthday untuk www.suterablogger.com
4) Aku nak tukar domain la. Amacam?

3 Nostalgia : Pangkin bawah pokok jambu batu.

Whoa. Salam semua. Actly, aku dah lama plan dan terfikir untuk buat satu ruangan bertajuk "nostalgia". Entri-entri dibawah kategori nostalgia ni adalah tentang kenangan masa lalu aku. 3 minggu bertangguh sebab aku nak buat tips la, contest dan macam-macam lagi. Hak3. Kalau nak tahu, idea ni muncul time aku ngah mandi dan syampu rambut.hak3. So, buat kali pertama, aku publish entri untuk ruangan nostalgia ni. Enjoy!

Ok, aku teringat lagi pangkin bawah pokok jambu ni. Mungkin ada yang nak tanya, pangkin tu apa kan? So, pangkin tu serupa macam tempat duduk-duduk ataupun pondok untuk lepak-lepak. Pangkin ni, arwah atuk aku yang buat. Indah. Aku suka. Sebab, aku kira aku banyak habiskan masa di pangkin ni time aku kecik-kecik dulu. Seronok.

Masa kecik-kecik, atuk aku suka bawak aku jalan-jalan. Naik moto, ronda-ronda kampung. Ingat lagi, atuk aku perutnya buncit! Selalu aku duduk kat bakul dalam bakul motor tu, aku sandar kat perut atuk! Macam cushion! Comel kan? Balik jalan-jalan, atuk, aku ngan kakak mesti lepak kat pangkin. Pangkin bawah pokok jambu batu. Gelak-gelak, atuk suka bagi teka teki!

aku dengan kakak

Nenek, macam biasala. Apa lagi, buat air, cekodok ke, lempeng ke, apa-apa je la. Sedap! favorite aku lempeng cecah sambal tumis. Sedap. Aku suka. Lepak bawah poko jambu batu tiap-tiap petang. Indah kan? Pokok jambu ni besar jugak! Teduh, redup! Nway, aku ingat lagi, aku pernah jugak kena gigit ngan kerengga sebab dok gatal panjat-panjat pokok jambu batu ni.hak3

Walaupun atuk aku baik sangat-sangat. Aku selalu buli-buli manja atuk aku. Korang tau tempat rokok orang-orang tua tu. Ala, yang dia orang buat rokok sendiri. Guna cengkih, tembakau dan etc. Aku selalu sorokkan bekas rokok atuk aku ni. Pastu, puas atuk aku cari. Kesiannya...hehehehe. Aku bukan apa, cuma tak nak atuk aku merokok. Tu je! Baikkan cucu macam ni?hehehehe

Haih, nak nangis la pulak. Best! Walaupun atuk aku buncit, suka isap rokok tembakau yang kecik tu, aku rindu dengan atuk aku. Rindu sangat. Haih, hidup itu indah kalau setiap saat kita hargainya! pangkin bawah poko jambu batu, always, a big memory for me! Wasalam!

34 Contest : India ada, Malaysia tiada.

(ini entri sticky post, scroll ke bawah untuk entri terbaru) Whoa. Salam semua. Ok, seperti yang dicanang-canangkan. Aku Nak buat kontest memandangkan aku akan ke India bulan Julai ni. Insyaallah. So, aku rasa syarat kontest ni senang je. Sila tengok syarat-syarat di bawah ini dan sila tanya di formspring, kalau ada segala kesulitan ye. 


Syarat :

  1. Anda mestilah geng cepit (followers) blog picisan ini ye.
  2. Sila buat satu entri bertajuk "India ada, Malaysia tiada".
  3. Entri anda mestilah kreatif dan menarik untuk dibaca.
  4. Gunakanlah sebarang gambar untuk mencantikkan entri anda tersebut.
  5. Sila letak gambar di bawah ini dan link kan kepada blog "ini cerita si cepit"
  6. Letakkan link entri anda sebagai comment di entri ini.
  7. Tarikh tutup ialah 3 hari sebelum aku berangkat ke India iaitu 5 Julai. Ditutup awal untuk mendapatkan size t-shirt anda!

Hadiah :

  • Tempat pertama : Ole-ole dari India+t-shirt bernilai RM 100 ringgit!
  • Tempat kedua    : Ole-ole dari India+t-shirt bernilai RM 70 ringgit!
  • Tempat ketiga    : Ole-ole dari India+t-shirt bernilai RM 50 ringgit!

Berminat? So, mula generate idea dan otak anda mulai sekarang untuk membuat entri seperti di atas! Aku amat menghargai penyertaan korang ni! Sayang lebih la! Lagi satu, ole-ole diatas mungkin akan di patri atau di tulis nama blog anda! Bestkan? Join ye! Sebarang pertanyaan sila kemukakan di formspring aku! Wasalam!

12 Bercampur dan ini yang pertama.

Dalam, jauh dari dalam.
Kenapa ia terbit semula.
Rasa lama yang buat aku lena.
Lenyap, tapi datang menyapa.
Matian aku fikir ia hilang.
Mamah dimakan usia.
Lapuk di telan masa.
Tetapi bukan mudah untuk dilupa.

Aku tersungkur.
Acap kali.
Yang hakikatnya ramai ingat aku kuat.
Yang ingat aku hebat, aku bersemangat.
Nyata, bukan semudah ditutur.
Bukan semudah di noktah.
Bukan semudah di matikan hujungya.

Hina, terperosok dan binasa.
Semua dan ratanya.
Ya, aku belum bersedia.
Atau mungkin, aku bukan sesiapa.
Bodoh aku jadi begini.
Hidup ini perlu dilewati.
Hari esok sudah pasti.
Semalam itu janji yang tak pernah aku sangsi.
Takkan pernah aku sesali.

Mengertilah.
Lisan aku hanya bayangan yang tak mampu ditafsir. 
Hakiki, aku lebih mengerti diri ini.
Aku lebih arif menyusun hidup ku sendiri.
Biar ia teratur, elok dan kemas diakhirnya.
Aku benci rasa ini.

Jika memang itu yang tercatat.
Biarkan ia terencana.
Biarkan saja.
Sedia lihat kedepan.
Dakap semalam yang indah.
Indah....

Mari langgan entri terbaru cepit!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Share

Widgets