Whoa. Salam semua! Tajuk memang tak boleh blah kan? Itu impian aku sekarang ni! Hakikatnya, itu adalah UV untuk seminggu. huhuhu. Blog ciput macam ni nak UV macam tu? Kau gila apa? Lain lah macam Redmummy, Ariffshah, Hamis Jalikha, Eyriqazz, Dahlia Journal, Kak Yan ke, Kak jie ke... Boleh la jugak! Kalaulah UV aku sehari 3 ribu, aku pun pengsan weyh! Hahahaha. Amin, semoga impian menjadi kenyataan!
Pertama sekali aku nak ucap terima kasih kat korang semua yang selalu singgah kat blog hakimfaridzul [dot] com ni. Perkongsian kali ini adalah sebagai satu entri motivasi untuk aku meningkatkan lagi kualiti dan juga kuantiti blog ni. Tak kisah la kuantiti tu traffik, followers dan macam-macam lagi! Kualiti pun perlu ditingkatkan juga!
Jadi, aku ambil semua statistik ni dari Nuffnang. Nak ambil dari google analytics pun boleh, tapi itu untuk performance bulanan kot. Sekali lagi, ini untuk kenangan dan motivasi diri sendiri! Alhamdulillah aku dapat maintain traffik lately.
1- Analytics seminggu dari Nuffnang ialah - 3016 [Unique Visitor] &5738 [Page views ]
* analytics dari Google analytics ialah - 2591 [Unique Visitor] & 4885 [page views]
2 - Referrel terbaik ialah dari Dahlia Journal [ 457 ]
kuasa backlink yang hebat dari DahliaJournal
3- Keyword yang pelbagai dan menarik!
stock keyword kuih raya je kan?tak rugi mencuba!
4 - Top page dan bounce rate!
bounce rate gila tinggi. ni yang kena usaha lebih!
5. Traffik source ada peningkatan!
Ariffshah cakap, bagus kalau kita boleh dapatkan traffik dari search engine lebih dari 50 % dari traffik kita!
Dah la. Aku rasa cukup setakat ini sahaja. Aku bukanlah blogger hebat yang boleh mempersembahkan traffik berjuta seminggu atau berpuluh seminggu. Tapi ini pun dah cukup untuk aku setakat ini. Berblogging ni, kita kena sabar, kutip seberapa banyak ilmu dah apply kat blog kita sedikit demi sedikit. Nescaya, nanti korang dapat tengok hasilnya.
Ambil ilmu dari yang dah berpengalaman. Macam mana dia orang manage blog dia orang, content blog, entri, SEO, dan macam lagi! Bukan dengan cara jahat. Maksud aku, bukan dengan cara mengutu, menghina dan memaki. Pelik la manusia sekarang ni. Pasal blog je pun terus gaduh besar. Itu sahaja. Yang baik kita ambil, yang jahat, jauh-jauhkan la ye~



























