Showing posts with label lelaki. Show all posts
Showing posts with label lelaki. Show all posts

16 Ujian melihat anda gay atau lelaki macho! (untuk lelaki sahaja)

Salam semua. Aku terjumpa gambar ni kat pictures kawan aku. So, aku teruja nak kongsi kepercayaan karut marut ni. Ujian jari untuk tentukan lelaki itu GAY ATAU MACHO MAN. LOL. Saja, sebagai selingan entri. Asyik nak serius je, bosan gak kan? So, yang lelaki, boleh la cuba ujian "bodoh" ni. Yang perempuan, jeling-jeling la jari lelaki korang tu! Ekekekeke. Selamat mencuba!

ini ujiannya! Sila amati jari anda! LOL

Apakah keputusannya? Percaya atau tidak? Anda sendiri tentukan! Hahahahaha

0 Perlu ada pada setiap lelaki.

Whoa. Salam semua. Ok, hari ni aku nak kongsi sikit-sikt tips untuk jejaka di luar sana. Jejaki pun boleh baca, supaya korang boleh usha pakwe-pakwe kat luar sana, ada sikap ini atau tidak!hak3. Ok, ini bukan jiwang tapi sekadar pendapat yang hendak dikongsi melalui pembacaan.

Aku rasa, ada beberapa perkara yang perlu ada pada lelaki. Antaranya ialah :

  • Maskulin 
Nak cerita pasal maskulin ini bagi aku ialah seorang lelaki yang dilihat dapat melindungi wanita. Means, kelakian dia cukup untuk menampakkan dia seorang lelaki dan juga wanita di sampingnya rasa selamat untuk bersama. Ada?

  • Aura sensual
Eh2, tak yah nak pikir bukan-bukan sebab aku nak cakap pasal aura sensual ni ye. Pemahaman aku melalui pembacaan, aku rasa aura sensual ni ialah aura yang membuatkan perempuan untuk melekat dengan seseorang lelaki tu. Setiap perempuan punyai berbeza kehendak aura sensual. So, pernah tengok pakwe muka macam nak pecah rumah tapi, makwe, pergh! cun melecun! Maknanya, lelaki tu punya aura sensual yang memikat wanita tersebut!



*sekadar hiasan*
  • Peramah
Mesra dengan semua orang! Tapi bukan keterlaluan. Kadang-kadang wanita benci lelaki yang control macho ni. Peramah merupakan kunci asas yang menggambarkan lelaki itu mampu tarik perhatian dengan cara yang betul. Tapi kalau dah terlebih peramah, orang meluat gak. So, biar peramah tu "yang sedang, sedang saja!)hak3

  • Berpenampilan menarik
Bagi aku tak semestinya kacak itu menjadi ukuran untuk kelihatan menarik di hadapan wanita. Andai kata kamu pandai menyesuaikan diri di setiap tempat, berpewatakan menarik dan bijak bergaya. Ya, anda mampu untuk menarik minat kaum wanita. Sekarang  ni, ramai wanita prefer seorang lelaki yang pandai menjaga kebersihan dan penampilan dirinya!

  • Berdikari
Ramai wanita nakkan seorang lelaki yang boleh apa sahaja. Means, mereka boleh menyelesaikan masalaha dan memberikan idea yang bagus untuk membantu. Lelaki perlu berdikari. Sebab sepatutnya, wanita yang bergantung dengan lelaki, bukan lelaki bergantung dengan wanita.

*sekadar hiasan*

So, amacam? Ada pada anda? Kalau ada tingkatkan ia! Pupuk semua sikap diatas ini. Ini hanya pandangan aku yang merepek dan kelaut semata-mata. Aku pun bukannlah lelaki yang didambakan wanita.Hak3. 

p/s : soalan di formspring semakin merepek! otak kering? ok je, banyakkan membaca dan anda akan ada idea yang bernas untuk mengupdate entri! Selamat hari isnin semua!

19 Skandal Ariel Peterpan : video bersama LELAKI juga ada!

Whoa. Jangan tersedak membaca tajuk diatas. Bukan setakat perempuan habis disapu, malahan lelaki juga turut di sapu bersama. Petikan m-star tentang 4 video bersama lelaki. Klik ini untuk membaca! Difahamkan, daripada 32 video klip panas itu, 4 daripadanya merupakan aksi ranjang bersama lelaki!

Tulisan merah dibawah ialah petikan m-star tentang kenyataan pihak polis indonesia. Aku makin bingung plak. Lelaki ke, perempuan selera si Ariel ni??? Pelik, tapi itu zamaz sekarang, lelaki perempuan habis disapu! Polis cakap, dia nak setel dulu tang perempuan dulu!hak3



Ariel Turut Beraksi Lucah Dengan Empat Lelaki?
JAKARTA: Ketika industri hiburan di Indonesia kecoh dengan penahanan Ariel kerana melakukan adegan porno dengan dua artis secara berasingan, bekas penyanyi Peterpan itu rupa-rupanya turut melakukan aksi serupa dengan lelaki.
Ketua Penerangan Awam, Ibu Pejabat Polis Jakarta, Marwoto Soeta mengaku menemui sejumlah pita yang merakamkan aksi Ariel dengan golongan berkenaan.
Namun Morwoto menjelaskan, setakat ini pihak penyelidik akan memberi tumpuan kepada tiga video porno penyanyi itu yang didakwa dilakukannya bersama model Luna Maya dan artis Cut Tari.
“Setakat ini pihak kami telah menemui 32 buah video yang mana empat daripadanya adalah aksi dia dengan laki-laki,” katanya kepada portol inilah.com semalam.
Laman portal itu turut menerima maklumat selain gambar-gambar Ariel dengan wanita, penyanyi itu turut merakamkan gambarnya dengan beberapa lelaki yang belum dikenalpasti identitinya.
Semalam, pihak polis Jakarta mengesahkan video porno yang tersebar dan diperkatakan umum ketika ini adalah milik Ariel dan dia akan didakwa selepas beberapa pemeriksaan forensik dijalankan.
Selepas ditahan polis pada Selasa lalu, Ariel di tempatkan di sebuah penjara sementara menanti hasil pemeriksaan ke atasnya selesai.
Selain Ariel, Luna Maya dan Cut Tari turut dipanggil polis untuk membantu siasatan kerana mereka juga dikatakan terlibat “berlakon” dalam aksi di ranjang itu.


Kita nantikan je siasatan terhadap Ariel ni. Nantikan apakah betul atau sekadar super impose atau pelanduk dua serupa. Aku hanya membawakan berita ini kepada anda! Renungkan dan nilai la sendiri! Aku tak faham la. Nak buat seks pun, buat la. Tak yah la rakam-rakam. Haih, nak buat kenangan pulak kan? Dah kantoi baru sibuk nak cover la, itu la, ini la.

Cuba la rasional sikit apa yang nak dibuat tu. Dah rakam video, pandai-pandai la simpan. Ini tak, letak sana sini. Nowdays, ramai orang boleh ambil kesempatan atas kita. Renugkan!

6 I'm sorry. Mungkin ini penyelesaian terbaik dan jangan samakan aku dengan yang lain.

Selamat pagi semua. Sehat? Keadaan badan aku makin panas, selsema makin teruk, start sakit-sakit tekak, kepala memang dah pening dari 3 hari lepas. Itu keadaan fizikal aku. Dulu aku pernah cakap kat diri sendiri yang aku akan berblogging benda-benda yang ilmiah, bukan cerita tentang diri aku yang kerdil ni, bukan cerita perasaan dan juga bukan cerita merepek-repek.

Hakikatnya, aku akur hari ini. Aku rasa aku perlu juga bersuara walaupun aku tahu. Tiada sapa yang mendengar. Ya. Aku gagal lagi. Dan aku rasa kegagalan kali ni lebih besar dan lebih mendalam bagi aku. Kegagalan yang aku rasa, susah untuk aku bangkit kali ni. Kalau dulu, aku boleh terima sebab aku tak cukup kudrat dan bertujuan mencuba.


Kali ni lain. Diluar sana. Ya. Salah aku. Aku tak tahu sampai bila kegagalan ini akan berjaya. Tapi, aku akan cuba. Akan akan cuba untuk lebih berjaya dari hari ini. Aku tau, yang diluar samakan aku dengan yang lain, salahkan aku, benci aku. Tak pe, aku dah fikir tu semua dari awal lagi. Aku rasa aku dah cukup bersedia.

Aku just nak cakap. Aku bukan dayus nak menipu, membiarkan dan menidakkan sesuatu jika aku rasa aku tak boleh tahan melihat ia begitu. Yang faham. Sila faham dan yang tidak faham. Biarkan saja perenggan ini. Bagi aku, jika korang sayang apa-apa sekalipun, korang sanggup lihat ia terseksa? Kecewa? dan derita? Takkan? Begitu juga aku.


Lagi banyak aku cakap, lagi rumit aku rasa aku nak explain. Aku memang betul-betul kecewa dengan diri sendiri. Doakanlah aku berubah suatu hari nanti untuk mejadi seorang yang lebih bersedia dan kuat mentalnya. atau mungkin, aku memang ditakdirkan untuk tidak bercinta. itu, aku akur. doakan aku sehat seperti selalu. Aku perlukan teman di saat ini. Aku lelaki gembeng. Itu aku!

p/s : aku takkan pernah sesali keputusan ini. ini yang terbaik untuk semua. aku bukan pentingkan diri dan aku bukan sama macam orang lain!

14 Kaum Lelaki : Mandul kerana Sauna

Whoa. Salam semua! Hari ni saya tak banyak buat blogwalking sebab sedikit ter-touching dengan contest yang tiada sambutan. Cik Hel tahu perkara ini. Saya pun mesti sedar, blog picisan ni mana la orang nak usha dan masuk contest kan? Tak pe, itu lah dugaan yang akan mengajar kita erti hidup berblogging sebenar! Aih, ayat positive supaya kasi semangat sikit! ahahaha


Petang semalam, masa mengodek-godek code html kat blog ni, saya cuba berehat sebentar sambil makan cekodok yang nenek goreng. Sambil tu, saya baca la buku Rapi keluaran November 2004. Berkurun dan berabad dah buku ni. Ntah dari mana, saya jumpa terus tertarik sebab kulitnya gambar wanita cantik!

Selak punya selak! Jumpa artikel yang mengejutkan sebab entri tu bertajuk "Mandul kerana Sauna". Bukan apa, saya gemar sauna-sauna ni. Peluh banyak-banyak! Syok! Tiap kali datang club house mesti masuk sauna! Duduk perap diri sampai peluh lencun!

Artikel tu cakap, sauna tak elok untuk testis kaum lelaki. Alamak, apakah? Teruskan membaca sebab takut juga kalau saya mandul! ahahahaha. Artikel ni cakap, sauna sekali sekala tak pe, jangan terlalu kerap sebab keadaan yang panas tak elok untuk testis kita! yang perempuan, jangan perasan!heh!


Baiklah, keadaan yang sesuai untuk testis ialah 2-3 darjah kurang dari suhu badan! Kaum lelaki! Sila ambil perhatian! anda mahu keluarga bahagia? Jangan la kerap sauna ye!hehehehe. (terubat hati sebab dapat buffered earning lagi!alhamdulillah)

Mari langgan entri terbaru cepit!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Share

Widgets