5 Kapal Rachel Corrie enggan ubah haluan ke pelabuhan Israel

Whoa. Salam semua. Saya membawakan lagi berita dari Jerusalem. Berita terkini, Kapal Rachel Corrie enggan mengubah haluan ke Pelabuhan Israel. Sama-sama kita berdoa agar mereka ini selamat sampai ke semenanjung Gaza! amin~

Rentetan rencana Kapal Rachel Corrie :

Jam 12:49 tengah hari waktu Malaysia:
Kapal Rachel Corrie di jangka tiba ke Gaza pada pukul 2 petang.

Jam 1:49 petang waktu Malaysia :
Israel membuat kenyataan bahawa pihaknya masih belum menahan Kapal Rachel Corrie yang sudah memasuki perairan Israel sejak perairan itu dikawal oleh Israel 3 tahun lalu.

Jam 2:35 petang waktu Malaysia :
Kapal perang Israel mengekori rapat Kapal Rachel Corrie. Saat ini, kapal Rachel Corrie semakin mendekati semenanjung Gaza yang jauhnya hanya beberapa kilometer lagi. Petikan dari Berita Harian “Terdapat dua kapal perang mengekori rapat dan sebuah bot kecil," kata seorang akvitis, Greta Berlin dari ibu pejabat Badan Pembebasan Gaza, di Cyprus memetik maklumat daripada penumpang kapal berkenaan.

Jam 2:51 petang waktu Malaysia :
Kapal Rachel Corrie enggan mengubah haluan ke Pelabuhan Israel iaitu pelabuhan Asdod. Menurut seorang anggota tentera Israel, kapal Rachel Corrie itu enggan ke pelabuhan Asdod memandangkan wujudnya sekatan untuk memasuki Semenanjung Gaza.

Terkini waktu Malaysia :
Kapal Rachel Corrie dipintas oleh kapal laut Israel di 35 batu nautika menghampiri Semenanjung Gaza.


Jam 9:19 waktu Malaysia : 
Kapal Rachel Corrie sudah ditawan. Sama-sama kita doakan mereka semua selamat!

Persoalan utama, apa motif tentera Israel ni sebenarnya? Adakah dengan memberi bantuan kemanusiaan terhadap Palestin merupakan satu dosa dan mengganggu mereka. Ketika ini saya masih mencari dan bertwitter tentang Kapal Rachel Corrie untuk menikuti laporan terkini! Segala maklumat akan saya update secepatnya!


p/s : Berita terkini boleh dibaca melalui http://www.worldbulletin.net/news_detail.php?id=59513

isi perut Kapal Rachel Corrie

5 komentar:

en.pj0wl said...

..Mudah-mudahan dipermudahkan segala urusan..mudah-mudahan mereka selamat.

nadirah_nor said...

sianlahh
haaiiih moga selamat sumenya

intanurulfateha (◡‿◡✿) said...

.smoge sumenye slamat!

Anonymous said...

http://malaysia.youthsays.com/hafizulhakim/summerbreak

kak ina kl said...

semuga semuanya selamat..good luck for mr misai ek

Post a Comment

yeah!

nak tinggalkan comment ke???

tunggu reply aku tau!!!

Mari langgan entri terbaru cepit!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Share

Widgets