Showing posts with label hot. Show all posts
Showing posts with label hot. Show all posts

13 Tutorial naikkan traffik, google ranking dan search untuk blogspot.

Whoa. Salam semua. Ini merupakan entry yang tergendala lama. Ada masalah time aku nak update entry ni. Aku tergerak nak buat satu tutorial menaikkan Page Rank. Kalau korang nak blog korang beramah mesra dan selalu bergurau senda dengan google search atau yang seumpama, korang mesti letak code ni dalam html. Aku dah cuba dan menjadi. So far, aku dah cuba memasangkan code ni dekat 12 buah blog. Hak3. So, aku harap korang pun sama-sama dapat naikkan Page Rank masing-masing.


Page Rank menurut Dahlia Journal Page Rank (PR) ialah ialah satu syarat/terma yang digunakan oleh pihak Google bagi menentukan kepentingan atau populariti sesebuah halaman web atau blog. Semakin tinggi nilai PR maka semakin tinggilah ranking/kedudukan sesebuah web atau blog tersebut di dalam Google. Pihak Google biasanya membuat kemaskini bagi sesebuah PR laman web atau blog setiap 3 atau 4 bulan sekali.  Faham? Aku ni tak reti nak explain lebih detail sebab apa yang aku faham bukan korang senang faham.hahahaha

Masa aku pasang ni dulu, aku jumpa entri tutorial ni kat blog Puan Cantik iaitu blog www.rarcandyfloss.com. Aku cuba dan berjaya. So, aku nak korang pun cuba dan berjaya. Mungkin yang membaca blog aku tak kenal siapa Kak Rara kan? So, aku dah apply sikit kat sini ilmu yang dia ajar pada semua dengan olahan aku sikit! So, mari mencuba!

Langkah pertama - 1
Log in www.blogger.com dan pergi dashboard. Kemudian click pada Layout > Edit HTML. Tick "expand widget template".

Langkah kedua - 2
Gunakan CTRL+F dan search

<title><data:blog.pageTitle/></title>

Langkah ketiga - 3 
Tukar code diatas dengan code ini 

<b:if cond='data:blog.pageType == &quot;index&quot;'>
<title><data:blog.title/></title>
<b:else/>
<title><data:blog.pageName/> | <data:blog.title/></title>
</b:if>


Langkah keempat - 4
Klik save. Lepas tu, boleh klik pada mana-mana entri korang dan lihat bahawa tajuk korang kini berada didepan. Bukan dibelakang lagi!

Ok, now, boleh tengok contoh kat bah ni iaitu sebelum dan selepas memasang code ini! Terima kasih kepada cik Amalinutt sebab bagi pinjam blog untuk di godek!

Sebelum

kalau sebelum, tajuk blog didepan, baru tajuk entry di belakang!!!


Selepas


selepas letak code tu, tajuk korang akan berada di depan dan diikuti oleh nama blog!!!


Kesimpulannya, kalau korang nak main dengan SEO atau search engine, mestilah korang nak tajuk entri korang dijumpai kan? SO, kalau letak code ni, orang akan jumpa korangnye entry dulu baru jumpa nama blog. Kira, nama entry la dulu keluar. Code ni untuk mesrakan korang dengan SEO dan SERP.

Selamat mencuba, tak berjaya boleh email aku. Nanti aku godekkan!

0 Perbualan Ariel Peterpan, Luna Maya, Cut Tari dan Bunga Cinta Lestari di Facebook.

Whoa. Salam semua. Kalau sebelum ni, keyword skandal seks Ariel Peterpan telah memberikan impak keywords paling hebat pernah aku alami iaitu melebihi 500 sehari, kita tengok pulak perbualan ni beri impak berapa kat aku nye blog ciput ni. Hak3. So, tadi aku jalan-jalan kat alam maya ni, aku jumpa perbualan ini. Aku tak pasti dah ada orang post entri pasal ni ke belum. Tapi aku bukan ambil dari blog sesape ye. Baca bawah ni!

klik untuk besarkan ye.


But then aku rasa perbualan ni penipuan semata-mata. Aku gelak-gelak tengok pic ni tau! Hahahahaha, Nampak, aku gelak lagi. Aku rasa ada yang edit-edit perbualan ni. Biasa la, dunia dah maju kan? So, apa-apa mungkin terjadi. Dan cerita skandal seks Ariel ni pun macam dah suram sikit. Mungkin disebabkan siasatan yang terlalu lama.

Aku dengar la si Ariel ni baik dengan banduan dalam penjara, mintak gitar la sebab nak karang lagu, Luna Maya siap pose time nak pergi melawat Ariel dan banyak lagi. Korang rasa betul ke rakaman seks tu? Atau hanya cubaan menjatuhkan si Ariel ni? 


Motifnya, kalau nak jatuhkan si Ariel ni, dia tak ngetop pun time ni. Kan? So, korang semua boleh buat kesimpulan sendiri. Andai betul, biarlah pihak berkuasa jalankan hukuman, tak jalan hukuman dunia, akhirat pasti kan! Hahahahaha. Selamat Malam semua. Tiba-tiba aku nak layan tv. Kat UiTM, susah sangat nak nonton tv pak!!!bahahahah. Bye-bye.

p/s : insyaallah, esok aku bagi tips Meta Tag. Cara nak naikkan blog kita semua ye!

Mari langgan entri terbaru cepit!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Share

Widgets