Showing posts with label UiTM Shah Alam. Show all posts
Showing posts with label UiTM Shah Alam. Show all posts

1 Roadshow Yes 4G UiTM Shah Alam | Boradband Yes 4G

Salam semua. Setelah lama tidak mengupdate entri, hari ni keluar pula cerita Roadshow YES 4G di UiTM Shah Alam petang ni jam 5 di Dataran Cendekia. Dengar katanya ada Ana Raffali dan Pesawat yang akan membuat persembahan semasa acara ini berlangsung. Jangan lepaskan peluang datang ye.


Selain itu, ada juga tawaran menarik untuk anda membeli broadband YES 4G ni. So, freekan petang Jumaat ini dan datang menyaksikan Ana Raffali sambil membeli broadband baru anda. Boleh klik halaman muka Yes4G di Facebook [klik ini untuk halaman muka Yes 4G]

package promosi berganda yang ditawarkan


"Pesanan khidmat masyarakat Yes 4G ini dibawakan oleh hakimfaridzul.com untuk kebaikan kita bersama"

6 OPKIM - Operasi Khidmat Masyarakat di Rantau Panjang

Salam semua. Since beberapa hari without entries aku sebenarnya berada di Rantau Panjang untuk follow Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM)  anjuran Kelab Fasilitator UiTM Shah Alam. Bermula dari 28 Julai hingga 2 Ogos di Taman Rantau Mas, Rantau Panjang, Kelantan Darul Naim. Sesiapa yang berkawan dengan aku di Facebook dan follow aku di Twitter memang tahu apa aktiviti aku sepanjang disana. So, meh aku cerita serba sikit apa yang aku buat kat sana. 


Perjalanan ke sana menaiki bus UiTM tu memang lah tersangat lama! Nearly 11 jam macam tu! Aku siap cakap yang punggung aku ni dah cramp! Kebas! Sebab lama sangat berjalan. Paling geram kalau stop kat perhentian area Merapoh dan makan mahal menggila! Semangkuk mee sup biasa dan tawar RM 5! Terjegil bijik mata aku ni! Sampai sana dah maghrib, so urusetia terus agih-agihkan kami kepada keluarga angkat! Satu family terima dalam 4-8 orang anak angkat. Bergantung pada kemampuan. So, ini keluarga angkat saya! 


sebelah kiri baju oren, itu abah aku! Dalam family ni, aku yang paling bongsu! :D

Sehari hilang macam tu je. Esok paginya, ada gotong royong. Aku punya group diassign untuk bersihkan kawasan surau dan sekitar. Tapi memandangkan dah bersih. Aku join group lain untuk buat gotong royong! Aku bersihkan area longkang taman tu je.



gambar ni time die orang jumpa belut kat longkang!

Petang tu pulak bergotong royong untuk buat kenduri sekampung! Makan untuk ramai-ramai orang dan malam tu juga ada ceramah dari pihak polis tentang keselamatan. Tapi aku rasa ceramah tu tak ubah macam ceramah politik! Bernanah telinga tunggu lama-lama. Tapi tu diluar kawalan pihak urusetia. So, layan je lah sampai habis. 

Kalau nak cerita perjalanan program seminggu ni dalam satu entri, memang korang semua penat scroll kebawah je lah. Biar aku cerita kasi ringkas, tepat, padat dan mutakhir. Sepanjang kat sana, kita orang buat aktiviti kemasyarakatan. Contohnya sukan rakyat, sembelih lembu, makan durian beramai-ramai, berbuka puasa beramai-ramai, adakan forum perdana hal ehwal islam, ke sekolah memberi kesedaran tentang pentingnya ilmu dan sebagainya.



Kira kita orang ni konon-kononya melakukan amal-jariah dan berkhidmat untuk masyarakat lah. :) Mulia kan? hahahahaha. Paling best kalau dah jalan-jalan kat sekitar pekan Rantau Panjang! Macam-maca aku borong. Ye la, nak beli jersi ORI mana aku mampu, fake pun fake lah! kekekeke. Aku ada shout sesiapa yang nak kirim, tapi aku shout salah timing kot time tu, so x de respond. Atau korang ni memang jenis pakai barang ori je beb? 

Aku ada gak ambik peluang ni untuk berjalan-jalan sekitar kawasan Rantau Panjang ni. Kita orang berjalan ke Empangan Lubok Stol Rantau Panjang. Cantik kawasan sini. Empangan ni untuk tujuanpertanian. Bukan yang besar gajah dok  buat empangan hidroelektrik tuh. :)


time ni tengah lawan siapa baling batu paling jauh. mestilah aku menang, apa guna tangan, lengan besar... :) keh keh keh

Kalau nak cerita pengalaman sebenar apa yang aku lalui disana, aku continue kat entry yang akan datang. Sebab aku just nak bagi gambaran ringkas ape aku buat sepanjang seminggu disana. :)

 yang kiri sekali tu, adik angkat kami! baru form 5. badan besar macam *%#&#%!

muka teruja habis!

p/s : rindu nak usha-usha blog kawan-kawan. Tu yang tak dapat nak tulis banyak-banyak. heh!

7 Jadual final exam aku. Kau ada macam ni?

Salam semua, aku tak nak cakap banyak-banyak. Cuma nak bagi gambaran bagaimana tertekannya, terstressnya aku menghadapi final exam kali ni! Sila lihat jadual dibawah :

  • Selasa ( 26-04-2011 ) - Accounting 1
  • Rabu ( 27-04-2011 ) - Multimedia
  • Khamis ( 28-04-2011 ) - Business Math
  • Jumaat ( 29-04-2011 ) - Tamadun Islam dan Asia
  • Sabtu ( 30-04-2011 ) - Malaysian Legal System
  • Selasa ( 10-05-2011 ) - Quality Management
Memang seronok plus teruja lebih sebab jadual final aku macam hareeeeem! Grrrrr! Straight 5 hari berturut-turut tanpa henti. Then jarak 10 hari lepas sengsara, baru jumpa last paper! What the )^&^$&^*(^#$!!!!!! Sabar je la!

**mungkin aku perlukan ini :

Doakan final exam aku berjalan dengan lancar. Lancar selancarnya! Apa yang aku baca, itu yang masuk, yang aku tak baca, tok sah masuk! Boleh? Away from blog for a week mybe! Tweet dan facebook masih on sebab im using BB now... :) add me up my BB pin 267FFC37!

5 Hadapi situasi dengan tenang dan sabar.

Salam semua. Ini short updates dari aku. Memang shot updates! Point form je! Okay? Kalau anda berada sama dengan keadaan saya. Klik la butang like! :)


  • Mengurangkan diri dari online sebab final exam dah berada disimpang (around the corner)
  • Test, assignment, kelas tambahan, kelas  ganti... time ni la nak jalan serentak. Mungkin lecturer merasakan pelajarnya robot!
  • Kalau jadual periksa buat aku jadi separuh waras sebab 5 hari direct 5 paper! Lepas tu selang lagi 10 hari baru last paper! Macam bangang punya jadual! Grrrrrrrr!
  • Tahap kemurungan di aras tertinggi sepanjang minggu sebab otak dah ligat nak cari jalan macam mana nak cover markah disebabkan carry mark cukup-cukup sedap dapat penampar!
  • Dah la...lagi banyak aku tulis, lagi aku tertekan!

Kepada yang sedang dan akan menjawab final exam, all the best! Patahkan kaki anda!(break the leg) Lulus dengan warna yang beterbangan!(pass with flying colours)

11 Amaran dilarang mengesat tahi hidung di dinding tandas!

Salam semua. Pernah dengar amaran dilarang mengesat tahi hidung di dinding tandas? Unik bukan? Kolej korang ada? Aku rasa takdak! Kalau tak pernah, sila baca dan teliti gambar dibawah ini :

 Kolej Perindu 2, tingkat 2, tandas baru!

Zoom in sikit, kasi korang jelas!

Setelah aku teliti beberapa toilet, memang sah-sah ada makhluk yang pengotor dan menjijikkan ni rupanya! Habis dinding toilet penuh tahi hidung! Buwek! Geli la siot! And for your information, bilik mandi pun ada! Cuma, kertas amaran ni just ada kat satu tandas je! Patut orang yang tulis ni photostat banyak-banyak kali lekat kat semua toilet! Hahahahaha

p/s : sambil membuang, sambil berdoa! Relevankah ini semua ditampal????

12 Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC) Gambar - Malam tayangan perdana Hantu Kak Limah Balik Rumah.

(Gambar) Sejak perasmian Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC) hari tu. Memang semua event sejak belakangan ni buat dekat situ! Sehinggakan malam tadi, tayangan perdana Hantu Kak Limah Balik Rumah bersama Naib Canselor Dato' Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar malam semalam pun buat disitu! Merasa gak masuk dewan konvo yang baru menggantikan Dewan Seri Budiman yang dah lama digunakan tu. Cantik! Tersergam indah! Layan dulu gambar Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC) UiTM.

 Bahagian Dalam Dewan Agong Tuanku Canselor 


 Sekitar Dalam Dewan Agong Tuanku Canselor

Muka teruja nak tengok Hantu Kak Limah Balik Rumah!

Aku cuba browse kat internet lebih untuk dapatkan gambar luar, dalam dan depan Bangunan Dewan Agong Tuanku Canselor dan aku jumpa blog pelajar ini yang memang dah round habis satu dewan untuk ambil gambar! Gambar berikut aku kredit kepada http://rjrul.blogspot.com/ Layan gambar yang dia dah tangkap ni :

 Pentas Utama


Pandangan Sisi Dewan

 Bahagian Dalam Dewan

Bahagian Hadapan Dewan

Teruja habis kan dengan dewan baru ni! Bagus Naib Canselor kami ni! Ada juga masa diluangkan untuk bersama-sama pelajar menonton wayang! :) Page beliau pun dah hampir 31 ribu orang like! Beliau ni mudah didekati melalui Facebook! Segala comment, usul dan lain-lain cadangan memang akan segera di pantau dan di ambil tindakan. Syabar Dato'! Berjiwa pelajar! Bak kata Azwan Ali "Kau hado???? UiTM je ada. keh keh keh. Boleh like page beliau untuk berinteraksi! klik [ini]

Mari langgan entri terbaru cepit!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Share

Widgets