Showing posts with label al-fatihah. Show all posts
Showing posts with label al-fatihah. Show all posts

7 M Rajoli meninggal dunia : Al-Fatihah buat beliau dan keluarga.

Salam semua. So, ini cerita industri filem negara yang terbaru. M Rajoli pergi meninggalkan dunia seni tanah air. Aku baru sampai dari Shah Alam terus in laptop kat bilik sebab aku rasa seriau semacam kat bilik yg dah lama ditinggalkan. Tup-tup baca metro, terbaca entri M Rajoli meninggal dunia. Bawah ni aku copy berita dari Metro untuk anda baca. Buat keluarga M Rajoli, banyakkan bersabar. Dugaan Syawal yang nyata besar bebannya. Al-Fatihah~

 
KUALA LUMPUR: Pelawak dan pelakon terkenal M. Rajoli meninggal dunia di Hospital Ampang di sini, pada pukul 10.55 malam ini akibat penyakit kelenjar kanser otak. Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Harun Salim Bachik berkata, Allahyarham dirawat di hospital itu sejak tengah malam semalam setelah mengalami komplikasi penyakit itu.

"Allahyarham meninggal akibat penyakit lamanya itu dan dijangka akan disembahyang dan dikebumi di Keramat petang esok," katanya di sini hari ini. Beliau berkata hampir keseluruhan anggota keluarga Allahyarham berada bersamanya sebelum Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya.

Harun berkata, pemergian Allahyarham adalah kehilangan besar kepada industri perfileman negara kerana Allahyarham adalah 'bintang yang sentiasa menyinar'. M Rajoli atau nama penuhnya Mohd Rajoli @ Mohd Rajab Mohamed, 64, menghidap penyakit kelenjar kanser otak sejak 2007 dan dirawat di Hospital Kuala Lumpur. Beliau dimasukkan ke HKL pada 10 Oktober 2007 dan dibedah pada keesokannya apabila doktor mendapati komplikasi penyakit di otaknya.

dalam kenangan

Selepas tiga minggu berada di Unit Neurologi, HKL, beliau dipindahkan ke Hospital Ampang pada 1 November 2007 untuk menjalani rawatan susulan kimoterapi dan fisioterapi sebelum dimasukkan ke HKL semula untuk rawatan radioterapi kerana keadaan jantungnya yang lemah. Allahyarham terkenal dengan lakonan versatilnya dan pernah membintangi pelbagai drama dan filem antaranya Congkak dan Lembing Awang Pulang ke Dayang.-Bernama 

Antara drama dan filem lakonan beliau ialah :

2009
:
  Lembing Awang Pulang Ke Dayang - (Pelakon Pembantu)
2009
:
  Skrip 7707 - (Pelakon Pembantu)
2008
:
  Brainscan: Aku Dan Topi Ajaib - (Pelakon Pembantu)
2008
:
  Histeria - (Pelakon Pembantu)
2008
:
  Congkak - (Pelakon Utama)
2007
:
  Impak Maksima - (Pelakon Pembantu)
2007
:
  Cinta Yang Satu - (Pelakon Pembantu)
2006
:
  Misi 1511 - (Pelakon Pembantu)
2006
:
  Cicakman - (Pelakon Pembantu)
2006
:
  Diva Popular - (Pelakon Pembantu)
2006
:
  Man Laksa - (Pelakon Pembantu)
2006
:
  Persona Non Grata - (Pelakon Pembantu)
2006
:
  Main-Main Cinta - (Pelakon Pembantu)
2006
:
  Castello - (Pelakon Pembantu)
2005
:
  Lady Boss - (Pelakon Pembantu)
2005
:
  Cinta Fotokopi - (Pelakon Pembantu)
2004
:
  Bintang Hati - (Pelakon Pembantu)
2004
:
  Bisikan Remaja - (Pelakon Pembantu)
2003
:
  Lang Buana - (Artis Jemputan)
2003
:
  MX3 - (Pelakon Tambahan)
2003
:
  Mr. Cinderella 2 - (Pelakon Pembantu)
2003
:
  Diari Romeo - (Pelakon Pembantu)
2003
:
  Gila-gila Pengantin - (Pelakon Pembantu)
2002
:
  Mr. Cinderella - (Pelakon Pembantu)
2002
:
  Idola - (Pelakon Tambahan)
2000
:
  Anaknya Sazali - (Pelakon Utama)
1999
:
  Puteri Impian 2 - (Artis Jemputan)
1998
:
  Badai Mentera - (Pelakon Pembantu)
1993
:
  Perempuan,isteri dan.....? - (Pelakon Tambahan)
1989
:
  Awang Spanar - (Pelakon Pembantu)
1989
:
  Oh Fatimah - (Pelakon Pembantu)
1986
:
  Kembara Seniman Jalanan - (Pelakon Pembantu)
1986
:
  Bujang Lapok Kembali Daa - (Pelakon Pembantu)
1984
:
  Tujuh Biang Keladi - (Pelakon Tambahan)
1984
:
  Azura - (Pelakon Pembantu)
1983
:
  Darah Satria - (Pelakon Pembantu)
1983
:
  Mekanik - (Pelakon Pembantu)

1 Video Ribut Melanda Bazar Ramadhan Jasin Melaka.

Tergempar apabila bazar Ramadhan di Jasin, Melaka dikatakan telah dilanda ribut dan puting beliung yang telah mengorbankan 3 nyawa semalam. Al-fatihah untuk mereka semua. Dibawah ialah rangkaian video yang sempat dirakan oleh beberapa saksi kejadian. Kebesaran Allah yang tiada tandingannya. Sekelip mata semuanya musnah~




Video 1


Video 2


Petikan berita Utusan Malaysia :

3 maut, 18 cedera dipukul ribut
JASIN 13 Ogos – Tiga terbunuh manakala 18 lagi peniaga cedera dalam kejadian ribut taufan di Bazar Ramadan Stadium Jasin di sini, pada hari kedua umat Islam berpuasa hari ini.

Kejadian pada pukul 4.45 petang itu berlaku ketika semua mangsa sedang sibuk membuat persiapan untuk memulakan perniagaan. Dua peniaga yang maut ialah seorang peniaga cendol, Abdul Omar, 73, dan pembantu peniaga murtabak, Mahadi Muhammad, 39. Kedua-dua mereka cedera di kepala setelah dipercayai terkena objek keras ketika kejadian tersebut. Sementara itu, seorang pengunjung yang terbunuh ialah Muhamad Wahab, 49, dari Kampung Rim. Saksi kejadian yang juga peniaga tebu, Izil Mazan, 61, berkata, sebelum kejadian langit gelap dengan disertai hujan renyai-renyai.

“Ketika itu kira-kira 50 peniaga di situ sedang sibuk dengan persiapan untuk memulakan perniagaan.
“Tiba-tiba sahaja kami dilanda ribut sekuat-kuatnya sehingga payung, khemah dan meja diterbangkan angin dalam sekelip mata,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Tambahnya, dalam keadaan cemas itu, dia sempat melihat sebuah khemah terbang setinggi tiang lampu dah hanya mampu melaungkan Allah berkali-kali. Menurutnya, ribut yang berlarutan kira-kira tiga minit itu menerbangkan semua peralatan berniaga miliknya dalam sekelip mata.

Anak salah seorang peniaga yang maut, Latip Abdul, 49, berkata, dia mendapat panggilan daripada seorang rakan tentang kejadian itu di tempat bapanya berniaga. “Saya seperti hendak pengsan apabila diberitahu kejadian ribut itu telah mengorbankan bapa dan terkejut melihat keadaan bazar Ramadan yang seperti dilanda taufan,” katanya.

Sementara itu, tinjauan juga mendapati, kawasan bazar Ramadan itu musnah sama sekali dengan pelbagai makanan bertaburan di atas jalan seperti baru dilanda taufan. Selain itu, pelbagai peralatan niaga seperti, payung, kerusi, meja, periuk, bekas-bekas makanan, wang siling dan wang kertas juga bertaburan.
Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Supritendan Che Suza Che Hitam ketika dihubungi hari ini mengesahkan dua kematian manakala 18 lagi cedera dalam kejadian tersebut.


Mari langgan entri terbaru cepit!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Share

Widgets