Showing posts with label berita. Show all posts
Showing posts with label berita. Show all posts

1 Keputusan Super Siri Terbuka Jepun 2010

Time kat library tadi, bahagian tempat menonton TV sangat bising! Masing-masing teruja tengok match Lee Chong Wei dengan Lin Dan dan pasangan beregu emas negara. Best! Teruja aku! Sambil baca law sambil tengok TV! Hilang gak stress. So, ni dia keputusan pertandingan yang rata-ratanya didominasi China!


BERGU CAMPURAN
Zhang Nan/Zhao Yunlei (Chn) mn *8 Tao Jiaming/Tian Qing (Chn) 21-19, 22-20 [49 minit]

PERSEORANGAN WANITA
Jiang Yanjiao (Chn) mn *2 Wang Xin (Chn) 23-21, 21-18 [36 minit]

PERSEORANGAN LELAKI
*1 Lee Chong Wei (Mas) mn Lin Dan (Chn) 22-20, 16-21, 21-17 [81 minit]

BERGU LELAKI
*1 Koo Kien Keat/Tan Boon Heong (Mas) kk *5 Cai Yun/Fu Haifeng (Chn) 21-18, 14-21, 12-21 [46 minit]

BERGU WANITA
*5 Wang Xiaoli/Yu Yang (Chn) mn *3 Cheng Shu/Zhao Yunlei (Chn) 21-17, 21-6 [32 minit]

7 M Rajoli meninggal dunia : Al-Fatihah buat beliau dan keluarga.

Salam semua. So, ini cerita industri filem negara yang terbaru. M Rajoli pergi meninggalkan dunia seni tanah air. Aku baru sampai dari Shah Alam terus in laptop kat bilik sebab aku rasa seriau semacam kat bilik yg dah lama ditinggalkan. Tup-tup baca metro, terbaca entri M Rajoli meninggal dunia. Bawah ni aku copy berita dari Metro untuk anda baca. Buat keluarga M Rajoli, banyakkan bersabar. Dugaan Syawal yang nyata besar bebannya. Al-Fatihah~

 
KUALA LUMPUR: Pelawak dan pelakon terkenal M. Rajoli meninggal dunia di Hospital Ampang di sini, pada pukul 10.55 malam ini akibat penyakit kelenjar kanser otak. Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Harun Salim Bachik berkata, Allahyarham dirawat di hospital itu sejak tengah malam semalam setelah mengalami komplikasi penyakit itu.

"Allahyarham meninggal akibat penyakit lamanya itu dan dijangka akan disembahyang dan dikebumi di Keramat petang esok," katanya di sini hari ini. Beliau berkata hampir keseluruhan anggota keluarga Allahyarham berada bersamanya sebelum Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya.

Harun berkata, pemergian Allahyarham adalah kehilangan besar kepada industri perfileman negara kerana Allahyarham adalah 'bintang yang sentiasa menyinar'. M Rajoli atau nama penuhnya Mohd Rajoli @ Mohd Rajab Mohamed, 64, menghidap penyakit kelenjar kanser otak sejak 2007 dan dirawat di Hospital Kuala Lumpur. Beliau dimasukkan ke HKL pada 10 Oktober 2007 dan dibedah pada keesokannya apabila doktor mendapati komplikasi penyakit di otaknya.

dalam kenangan

Selepas tiga minggu berada di Unit Neurologi, HKL, beliau dipindahkan ke Hospital Ampang pada 1 November 2007 untuk menjalani rawatan susulan kimoterapi dan fisioterapi sebelum dimasukkan ke HKL semula untuk rawatan radioterapi kerana keadaan jantungnya yang lemah. Allahyarham terkenal dengan lakonan versatilnya dan pernah membintangi pelbagai drama dan filem antaranya Congkak dan Lembing Awang Pulang ke Dayang.-Bernama 

Antara drama dan filem lakonan beliau ialah :

2009
:
  Lembing Awang Pulang Ke Dayang - (Pelakon Pembantu)
2009
:
  Skrip 7707 - (Pelakon Pembantu)
2008
:
  Brainscan: Aku Dan Topi Ajaib - (Pelakon Pembantu)
2008
:
  Histeria - (Pelakon Pembantu)
2008
:
  Congkak - (Pelakon Utama)
2007
:
  Impak Maksima - (Pelakon Pembantu)
2007
:
  Cinta Yang Satu - (Pelakon Pembantu)
2006
:
  Misi 1511 - (Pelakon Pembantu)
2006
:
  Cicakman - (Pelakon Pembantu)
2006
:
  Diva Popular - (Pelakon Pembantu)
2006
:
  Man Laksa - (Pelakon Pembantu)
2006
:
  Persona Non Grata - (Pelakon Pembantu)
2006
:
  Main-Main Cinta - (Pelakon Pembantu)
2006
:
  Castello - (Pelakon Pembantu)
2005
:
  Lady Boss - (Pelakon Pembantu)
2005
:
  Cinta Fotokopi - (Pelakon Pembantu)
2004
:
  Bintang Hati - (Pelakon Pembantu)
2004
:
  Bisikan Remaja - (Pelakon Pembantu)
2003
:
  Lang Buana - (Artis Jemputan)
2003
:
  MX3 - (Pelakon Tambahan)
2003
:
  Mr. Cinderella 2 - (Pelakon Pembantu)
2003
:
  Diari Romeo - (Pelakon Pembantu)
2003
:
  Gila-gila Pengantin - (Pelakon Pembantu)
2002
:
  Mr. Cinderella - (Pelakon Pembantu)
2002
:
  Idola - (Pelakon Tambahan)
2000
:
  Anaknya Sazali - (Pelakon Utama)
1999
:
  Puteri Impian 2 - (Artis Jemputan)
1998
:
  Badai Mentera - (Pelakon Pembantu)
1993
:
  Perempuan,isteri dan.....? - (Pelakon Tambahan)
1989
:
  Awang Spanar - (Pelakon Pembantu)
1989
:
  Oh Fatimah - (Pelakon Pembantu)
1986
:
  Kembara Seniman Jalanan - (Pelakon Pembantu)
1986
:
  Bujang Lapok Kembali Daa - (Pelakon Pembantu)
1984
:
  Tujuh Biang Keladi - (Pelakon Tambahan)
1984
:
  Azura - (Pelakon Pembantu)
1983
:
  Darah Satria - (Pelakon Pembantu)
1983
:
  Mekanik - (Pelakon Pembantu)

0 Malaysi di tempat ke-52 dalam senarai negara berhutang!

Whoa. Salam semua. Pagi ni aku just nak kongsi sikit information dengan korang. Aku gi la laman web CIA ataupun Central Intelligence Agency (klik ini untuk kesana) jalan-jalan sikit. Usha-usha nak cari ilmu la. Sebab, aku suka gak tengok-tengok lama web berfaedah macam ni sebab aku boleh tambah ilmu. Korang suka-suka kan la ye, jenguk-jenguk web-web cam gini. Ni tak, asyik yang biru je. Wahahahahaha

So, kalau last year aku usha laman web ni, ranking hutang Malaysia time tu tempat ke 50. But then hutang mencecah RM 50 billion. But, tadi aku usha, dah turun dan hutang tu. Jadi lebih kurang RM 48 billion macam tu ranking ke 52!!!! Best! Suka aku tengok ranking ni sebab aku gembira hutang negara dah berkurang. Hak3. Rujuk gambar dibawah.


Aku suka baca-baca ranking dan juga pasal ekonomi ni. Hahahahaha. Terfikir nak jadi pakar ekonomi la macam ni. Dapat jadi Gabenor Bank Negara pun okay la. Hahahahaha. Boleh sign atas duit kan? Best! So, sila la tambah ilmu anda ye. Blogging bukan sekadar cerita kosong semata, sebab ada yang membaca blog kita. So, sharing la facst sikit ye. Tak banyak takpe, janji ada! Wasalam

Mari langgan entri terbaru cepit!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Share

Widgets