Showing posts with label sukan. Show all posts
Showing posts with label sukan. Show all posts

4 Pemain bola sepak terbaik dunia 2010 milik Messi.

Salam semua. Beberapa hari lepas, kawan aku ada message tanya siapa kau rasa pemain bola sepak  terbaik dunia 2010? Aku yang blur-blur sebab tengah tidur terus tak reply message tu memandangkan aku penat bersukan. So, pagi ni bukak Berita Harian, oh ye, Messi dapat anugerah itu untuk kali kedua berturut-turut! Tahniah! Berita selanjut petikan Berita Harian:

pemain terbaik dunia 2010

ZURICH: Prestasi cemerlang Lionel Messi untuk Barcelona mengatasi kehampaan Piala Dunia, sekali gus memastikan penyerang Argentina dinamakan sebagai pemain terbaik dunia 2010.

Messi memenangi anugerah FIFA itu untuk tahun kedua berturut-turut, mengatasi rakan sepasukan di Barcelona, Andres Iniesta dan Xavi Hernandez.
"Ia adalah hari istimewa untuk saya," kata Messi menerusi jurubahasa ketika menerima anugerah itu di sini.
Pemain berusia 23 tahun itu meraih 58 gol tahun lalu untuk Barcelona yang mengekalkan gelaran liga Sepanyol dan mendahului pada musim ini.

Namun, Messi gagal menjaringkan gol di Afrika Selatan ketika Argentina tersingkir di peringkat suku akhir. Sebagai perbandingan, Iniesta dan Xavi pula beraksi untuk Sepanyol yang menjadi juara Piala Dunia. - AP 


4 Live Menonton Piala Sultan Selangor Malam Ini.


Salam semua. So, aku nak say hi kat Stadium Shah Alam malam ni. Selangor lawan Singapore untuk Piala Sultan Selangor. Pak cik aku dapat 10 tiket free and kami berkampung kat sana malam ni! Hahahahaha. Teruja sebab dah lama tak jejak kaki kat Stadium dan tengok match bola sepak live! Masa belajar kat MRSM dan UiTM memang tak dapat join langsung! Kekalahan Selangor semalam sangat mendukacitakan sebab aku target nak tengok final Piala Malaysia kat Bukit Jalil nanti. So, impian ranap!


So, siapa-siapa nampak aku malam ni kat Stadium Shah Alam, jangan lupa tegur! Doakan Selangor menang weyh! Adios! Selamat berjimba di malam minggu! Selepas kekalahan semalam, aku doakan Selangor menang malam ni! Hooorayyyy! Nantikan update aku untuk gambar-gambar sepanjang perlawanan tu nanti! Hahahaha. 

p/s : jakun sedikit sebab dah 3 tahun tak berkunjung ke Stadium Shah Alam!

1 Keputusan Super Siri Terbuka Jepun 2010

Time kat library tadi, bahagian tempat menonton TV sangat bising! Masing-masing teruja tengok match Lee Chong Wei dengan Lin Dan dan pasangan beregu emas negara. Best! Teruja aku! Sambil baca law sambil tengok TV! Hilang gak stress. So, ni dia keputusan pertandingan yang rata-ratanya didominasi China!


BERGU CAMPURAN
Zhang Nan/Zhao Yunlei (Chn) mn *8 Tao Jiaming/Tian Qing (Chn) 21-19, 22-20 [49 minit]

PERSEORANGAN WANITA
Jiang Yanjiao (Chn) mn *2 Wang Xin (Chn) 23-21, 21-18 [36 minit]

PERSEORANGAN LELAKI
*1 Lee Chong Wei (Mas) mn Lin Dan (Chn) 22-20, 16-21, 21-17 [81 minit]

BERGU LELAKI
*1 Koo Kien Keat/Tan Boon Heong (Mas) kk *5 Cai Yun/Fu Haifeng (Chn) 21-18, 14-21, 12-21 [46 minit]

BERGU WANITA
*5 Wang Xiaoli/Yu Yang (Chn) mn *3 Cheng Shu/Zhao Yunlei (Chn) 21-17, 21-6 [32 minit]

10 Roland Garros milik Rafael Nadal dan Francesca Shiavone : Wimbledon??? Samantha Stosur???

Whoa! Salam geng. Walaupun kemenangan 2 orang di atas dah lepas tapi aku still nak hupdate juga entri tentang die orang ni. Memandangkan aku tak dapat bermain tennis buat jangka waktu selama sebulan mungkin! Haih, construction berpanjangan di UiTM ni! Lagi pun, aku hupdate entri ni pun sebab nak lepas gian tak dapat tengok final hari tu kat Channel 816 Astro.


Pertama sekali aku nak ucapkan tahniah dan syabas untuk pemain ini! Rafael Nadal sebab menjulang mahkota terbuka Perancis buat kali ke 5 sama dengan Bjorn Borg! Hebat! If last year, dia dah kalah awal dengan Robin Soderling kat pusingan ke-4. So, tahun ni, dia orang jumpa sekali lagi di final dan Nadal kalahkan Soderling straight set! Nway, takhta no 1 dunia milik Nadal kembali! Roger Federer, kau kena usaha gigih lagi! 


Second, aku nak ucap tahniah dekat wanita yang tak berapa nak feminin sangat ni. Orang Italy. Wanita Italy pertama yang menang Grand Slam. Hebat. Sis Francesca Shiavone ni mempamerkan aksi yang sangat hebat dengan backhand satu tangan dia tuh! Macam Justine Henin Hardene wo!huhuhu, tahniah!


Cerita pasal Wimbledon, aku masih membuat perhitungan tentang pemain perempuan siapa yang akan menang! Aku jangkakan final akan menemukan adik beradik Williams! For men singles. aku jangka Federer akan menang trofi Wimbledon untuk kali yang ke 7. Sebab, kepakaran dan taktik Federer di gelanggang rumput masih hebat dan sukar ditandingi!

Lastly, Samantha Stosur ni. Lately, perempuan ni berjaya menambat hati aku untuk jadi pemain pilihan. Dah muscle berketul-ketul. Serve dia, pergh! Awesome! Main pun dah makin bagus. Aku harap juga dia menang Grand Slam sebab dah kempunan Trofi Terbuka Perancis sebab kalah kat Shiavone! Good luck for you Samantha Stosur!


hakimfaridzul

Mari langgan entri terbaru cepit!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Share

Widgets