Showing posts with label bola sepak. Show all posts
Showing posts with label bola sepak. Show all posts

4 Pemain bola sepak terbaik dunia 2010 milik Messi.

Salam semua. Beberapa hari lepas, kawan aku ada message tanya siapa kau rasa pemain bola sepak  terbaik dunia 2010? Aku yang blur-blur sebab tengah tidur terus tak reply message tu memandangkan aku penat bersukan. So, pagi ni bukak Berita Harian, oh ye, Messi dapat anugerah itu untuk kali kedua berturut-turut! Tahniah! Berita selanjut petikan Berita Harian:

pemain terbaik dunia 2010

ZURICH: Prestasi cemerlang Lionel Messi untuk Barcelona mengatasi kehampaan Piala Dunia, sekali gus memastikan penyerang Argentina dinamakan sebagai pemain terbaik dunia 2010.

Messi memenangi anugerah FIFA itu untuk tahun kedua berturut-turut, mengatasi rakan sepasukan di Barcelona, Andres Iniesta dan Xavi Hernandez.
"Ia adalah hari istimewa untuk saya," kata Messi menerusi jurubahasa ketika menerima anugerah itu di sini.
Pemain berusia 23 tahun itu meraih 58 gol tahun lalu untuk Barcelona yang mengekalkan gelaran liga Sepanyol dan mendahului pada musim ini.

Namun, Messi gagal menjaringkan gol di Afrika Selatan ketika Argentina tersingkir di peringkat suku akhir. Sebagai perbandingan, Iniesta dan Xavi pula beraksi untuk Sepanyol yang menjadi juara Piala Dunia. - AP 


23 Gambar keluar stadium awal sebab Selangor kalah teruk!

Ok, aku godek handphone then jumpa satu gambar aku punya semangat pakai baju jersi Selangor, siap headband! Tapi aku keluar awal 30 minit sebab separuh masa kedua Selangor dah kena bantai 4-0! Gila weyh! Akhirnya, Selangor lungkup 6-0 dengan Singapura! Malu tok sah cerita sebab aku gila eager nak tengok sampai habis, aleh-aleh, separuh masa kedua dah tinggal sikit je orang!

***********************************************************
Aku suka statement sorang sorang penyokong ni! "Alasan penat sebab semalam main kat Kelantan? Bola Sepak kat pekerjaan mereka, mereka kan professional! Kena nak bagi alasan penat? Itu kan kerja!" Nice gila ayat dia weyh!

punya semangat tapi balik awal! :P

p/s : aku terfikir untuk buat ruangan sukan kat blog ni!wahahahaha

4 Live Menonton Piala Sultan Selangor Malam Ini.


Salam semua. So, aku nak say hi kat Stadium Shah Alam malam ni. Selangor lawan Singapore untuk Piala Sultan Selangor. Pak cik aku dapat 10 tiket free and kami berkampung kat sana malam ni! Hahahahaha. Teruja sebab dah lama tak jejak kaki kat Stadium dan tengok match bola sepak live! Masa belajar kat MRSM dan UiTM memang tak dapat join langsung! Kekalahan Selangor semalam sangat mendukacitakan sebab aku target nak tengok final Piala Malaysia kat Bukit Jalil nanti. So, impian ranap!


So, siapa-siapa nampak aku malam ni kat Stadium Shah Alam, jangan lupa tegur! Doakan Selangor menang weyh! Adios! Selamat berjimba di malam minggu! Selepas kekalahan semalam, aku doakan Selangor menang malam ni! Hooorayyyy! Nantikan update aku untuk gambar-gambar sepanjang perlawanan tu nanti! Hahahaha. 

p/s : jakun sedikit sebab dah 3 tahun tak berkunjung ke Stadium Shah Alam!

Mari langgan entri terbaru cepit!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Share

Widgets