6 :: bukan emosi yang ku beri, cuma luahan hati ::

moody tiba-tiba,
tak sampai berapa jam aku berazam untuk study, aku kembali on laptop dan jari jemari ligat menaip itu ini. fb, ms, fs, tagged, flixters, blog, atp web, wta web... semua aku buka. damn. geram bercampur kecewa dan sedih. penat melayan karenah manusia. cuba memahami orang sekeliling kita. cuba bertegur sapa. menjawab tanya. mengerti setiap tanda.

ye, aku cuba berbaik dengan semua. dalam kehidupan, manusia mana yang mahu ditindas. manusia mana yang tak mahu dimengerti. manusia mana yang tak mahu dihargai. aku juga. kalau aku boleh cuba untuk memahami kawan-kawan sekeliling, kenapa tidak segelintir yang lain? aku tak tunding atau salahkan sesiapa pun dalam penulisan kali ni. ye, cuma menzahirkan rasa yang terperuk kat dalam dada ni.

cuba bercerita dan meluahkan. sekali lagi, aku tahu dia sebenarnya menyalahkan aku walaupun dia tak meluahkan nya secara terus. aku ngaku, aku sangat cepat marah. betul cakap dia aku ni emosi, semua benda tak kena, semua benda nak kritik. "perasan diri tu bagus sangat". aku tahu dia pernah luah kat aku ayat tu. itu pandangan dia. aku hormat lepas ni. aku akur apa dia cakap. lepas ni, insyaallah no more kritik. no more teguran-teguran lebih-lebihan. aku faham, setiap kali aku marah dan tegur dia, setiap kali itulah dia terluka sebenarnya. dia cuma tak bagi tahu je.

aku bataskan kerlingan aku selepas ni. aku cuba untuk tidak memberi respond yang tidak sepatutnya. ye, coretan aku kali ni lebih sastera. itulah aku sebenarnya. suka bermain dengan kata-kata dan bicara. itu aku yang sebenarnya. aku terpanggil untuk lebih telus dalam menceritakan hari-hari aku. sebab, bagi aku, setiap hari penuh bermakna dan tersendiri.

biarkan hari semalam menjadi sejarah yang aku perlu ingat. aku perlu tegas dalam semua perkara sejak awal. bukan memberi peluang yang akan dikhianat selepas itu. no more chance for those yang rasa aku pernah beri peluang untuk buat pelbagai perkara yang aku sendiri tak senang. benci dah untuk terus berpura-pura baik dengan semua orang. perlu jaga hati sendiri daripada hati orang lain. perlu ambil hati sendiri daripada mengambil hati orang lain. perlu juga untuk lebih individualistik berbanding berkongsi. aku pilih untuk individualistik. sebab, hati dan perasan diri ini perlu diletakkan tinggi berbanding persekitaran sekeliling. menanti hari untuk terus berubah.

6 komentar:

hologramisfera said...

Theres a point in life when you get tired of chasing everyone. n tired to fix everything.Its not giving up.Its realizing that you dont need certain people with their drama's.
Good luck

hakimfaridzul said...

yeah...
thanx a lot balada jiwa saya~

DOLCEshasha said...

haa , taw xpa . jangan duk kutuk2 aku lagi kat court =..= ( motif ?? )

p/s : aku tak dak kt list blog kaw ??? pe cerrr ???

hakimfaridzul said...

shasha..
aku letak sikit je la..
20 je..
tu semua yg baru2 update..
so, kau kena bnyk2 update untuk biaq blog kau melekat kat page aku sentiasa..
agagagaga

arm nomi said...

relaks arr hakim..jgn ambik hati sgat ape org ain ckap.. jadi dri sndri..die pun bkan prfect.. psal yg ko nak stdy 2,do da bez!! aku always sokong ko!! go hakim!! =)

amin comelll..

hakimfaridzul said...

thanx amin...
yup...
aku tahu, kau selalu sokong aku...
agagagaga...
gud luck untuk kau jugak!!!

Post a Comment

yeah!

nak tinggalkan comment ke???

tunggu reply aku tau!!!

Mari langgan entri terbaru cepit!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Share

Widgets