33 KAMI BENCI KEKEJAMAN POLIS MALAYSIA! - JUSTICE FOR AMINULRASYID (apa pandangan anda???)

Whoa! Salam semua! Sehat? Sudah dinner? Alhamdulillah! Ada baca surat khabar atau dengar berita baru-baru ni? Ada apa-apa yang menarik perhatian anda untuk dikongsi? Okay-okay, mari kita berbincang isu ini! Isu pelajar berusia 15 tahun mati ditembak polis 2 hari lepas di Shah Alam. Anda tahu bagaimana kejadian ini berlaku? Anda tertanya-tanya kenapa pelajar ini ditembak? Lihat ini (click berita ini) dan cuba bezakan dengan keterangan rakan mangsa dan juga persoalan saya diakhir entri ini!!!!

Group KAMI BENCI KEKEJAMAN POLIS MALAYSIA! - JUSTICE FOR AMINULRASYID telah mencecah 17,169 setakat jam 8.45 malam ini.

Biar saya bawa anda semua ke Shah Alam. Kita dengar dan baca apa yang diperjelaskan oleh rakan mangsa! Menurut rakan mangsa :



Pada 26/04/2010 jam lebih kurang 12:00 pagi saya keluar menaiki kereta kawan saya bernama AMINUL RASHID BIN HAMZAH pergi ke sek 7 Shah Alam kedai mamak Ali Corner untuk berjumpa dengan kawan saya bernama Mohd Basir yang mengalami masalah motor pancit.






Semasa hendak pergi ke tempat kawan saya, kami telah tergesel dengan sebuah kereta nombor pendaftar dan jenis kereta tersebut tidak ingat menyebabkan AMINUL RASHID menjadi takut dan melarikan diri untuk balik ke rumah di Sek 11 Shah Alam.

Selepas keluar dari kedai mamak, kami dikejar oleh beberapa buah m/sikal no. tidak ingat kemungkinan kawan-kawan kepada kereta yang kami gesel tadi.


Sampai berhampiran Bulatan Kayangan di Sek 12 Shah Alam, salah sebuah m/sikal tadi hendak memotong kereta kami tetapi terlanggar bahagian belakang kereta menyebabkan penunggang m/sikal terjatuh.

Oleh kerana terlaku takut, AMINUL RASHID memandu ereta dengan laju dan memotong sebuah kereta Polis MPV menyebabkan kereta polis tersebut mengejar kami.

AMINUL RASHID menjadi bertambah takut dan membawa kereta dengan laju tanpa menghiraukan keselamatan kami dan juga orang awam.

Kereta polis terus mengejar kami sehingga ke Stesyen Minyak Caltex Sek 11 dan saya terdengar tembakan bertubi-tubi mengenai tayar belakang kereta menyebabkan kereta yang dipandu AMINRUL RASHID terhoyong-hayang dan tergelincir dan masih dapat dikawal.

Dan semasa saya terdengar tembakan kali terakhir terkena pada kepala AMIRUL RASHID menyebabkan beliau jatuh diatas riba saya dan saya nampak bahagian belakang kepala AMINUL RASHID berlubang dan berdarah.

Kereta kemudiannya tidak dapat dikawal lalu terlanggar tembok rumah orang lalu berhenti.



Saya keluar dari kereta untuk menyerah diri saya dan salah seorang daripada anggota Polis menendang saya dan belakang dan kemudiannya Polis yang lain terus terus memukul dan memijak saya beramai-ramai.

Saya meronta-ronta dan dapat melarikan diri daripada anggota Polis tersebut lalu balik kerumah.Saya mendapat cedera di tangan kanan, kaki dan sakit kepala.

Tujuan saya buat laporan adalah untuk menceritakan semula perkara sebenar yang berlaku ke atas diri saya dan kawan saya yang...
laporan ini sampai disini sahaja! Tidak dapat dibaca sehingga habis!



Dibawah ini ialah gambar laporan yang dibuat di pejabat polis dan gambar ibu mangsa yang mahu anak dia dibela dan nama keluarga dibersihkan kerana ada yang mendakwa anak dia yang berumur 15 tahun ini seorang penjenayah!















Alasan pihak polis menembak remaja ini adalah kerana remaja ini memberikan ancaman kepada mereka! Ancaman?? Saya tak faham..secara logik..saya akan terasa diancam jika kereta yang dipandu menghala ke arah saya..saya merasa diancam jika saya yang "dikejar"..mengapa polis merasa diancam apabila mereka mempunyai pistol dan pada waktu kejadian saya berani katakan polis tidak dapat melihat sebarang senjata yang boleh membawa ancaman kepada mereka. siapakah yang terancam? sedangkan mereka yang mengejar arwah. disini kita boleh lihat arwah merupakan seorang budak, bawah umur, yang telah ditembak mati oleh polis. tapi pada waktu kejadian, sekiranya saya adalah polis, saya melihat sebuah kereta cuba melarikan diri dari saya. tindakan saya? sebagai logik dengan menggunakan MPV saya mampu untuk mengatasi kereta iswara itu. namun hairan mengapa MPV polis yang semestinya baru gagal mengejar kereta itu. kalau benar parang itu wujud,ia berada di belakang bonet! dan kalau benar mereka ini penjenayah, apakah hak polis untuk menembak kepala budak tersebut? dimana, polis hanya menjumpai parang jika benar hanyalah selepas menembak mati budak itu, dan bila masa polis dapat bukti yang mengatakan mangsa adalah penjenayah?

Oleh itu, saya mahu mengikuti kes ini dan berharap andaikata pihak arwah benar, biar lah keadilan diberikan kepada keluarga arwah. kita sama-sama doakan agar roh arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan beramal soleh!

33 komentar:

qilamahadi said...

poor boy
da la comel
tk patut

Danial Jaafar 🇲🇾 said...

perghh malaysiaku..

Dya Rohimi said...

stahu aku,
polis hanya boleh melepaskan tembakan sekiranya nyawa mereka diancam..
dan kalau ada kejadian tembak menembak pun, penjenayah tu dulu yg bertindak ganas @ melepasakan tembakan dulu,
baru polis ada kuasa untuk melepaskan tembakan fr their safety!

pd pendapat aku, bukan tembakan yg patut dilepaskan!
mmg arwah ada mmbuat salah..
memandu dgn brbahaya and di bwh umur..
tp kejar la dulu sampai dpt mcm yg kau fikir!
dan aku yakin kepakaran memandu diorang jauh lebih baik dr arwah, budak baru belajar!
disini, kuasa mcm bwk laju zip zap menyelit nyelit tgh jalan tu, contact cawangan utk tlg diorang, boleh digunakan utk memudahkan pintasan..
bukan kuasa menembak!
dan dpt kan explanation dr arwah..
tak ada nyawa yg terkorban!
tak ada pesalah yg trlepas..
win win situation..

tp bodoh jugak polis tu..
takkan mcm tu pun tak boleh fikir
..
taksub sgt dgn kuasa menembak yg diorg ada..
tu la jdnya..



and kejadian ni jugak tak patut kita hukun whole organisation of police..
sbb bukan semua polis mcm tu ;))

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

Masih dalam siasatan, baik berdiam diri. Semoga Allah melancarkan segalanya. Yang salah tetap akan dihukum, yang dianiaya akan mendapat pertolongan.

cik helena said...

sedih sangat sedih sangat..

tapi saya bersetuju dengan dya..

kesian kesian..

Anonymous said...

salam Akm n bakal2 peguam....
Sesuai sangat cerita ni dibuat kajian untuk tesis kamu akan datang...

Jika kamu mengendalikan kes tersebut...
dipihak manakah kamu berada..............????

hans said...

dua2 pihak melakukan kesalahan
tetapi kesalahan pihak polis tu sangat besar
memang terbukti mereka bersalah sebab ancaman sebenarnya tak ada langsung dekat diorang
tapi arwah pun bersalah
sebab memandu secara berbahaya
dan aku musykil juga macam mana dia boleh bawa kereta sedangkan umur baru 15
kes nih rumit dan menarik
aku mahu tahu lebih lanjut

senang cakap kita semua kena berhati2 dengan kuasa apa yg kita ada dan patuhilah undang2
jika tidak masalah macam nih akan sentiasa berulang2 dan kita akan saling salah menyalahi sesama pihak

s.c.h.u.l.t said...

bodoh kalau menembak tak guna otak!

patut tengok movie dan belajar shoot pada tayar (eh tapi bahaya nanti kereta terbabas)

entah.

ajal maut di tangan Allah. DIA yang lebih tahu.

al-fatihah

Bo the Nerd said...

Polis mmg rata2 dari kalangan yang gila kuasa. Dapat senjata lagilah.

Bila kita bt report ttg pecah masuk atau kena rompak, esok lusa baru nak dtg. Hampeh. Baru2 ni naik gaji plak. Tak layak terima duit cukai kami.

Doa2 arwah mendapat keadilan dan di tempatkan di kalangan org yg beriman. Amin.

MUHAMMAD AZRI said...

itulah yg terjadi bila polis mengambil tindakan tanpa berfikir panjang..aku sangat setuju dengan point dayah..mana2 anggota polis hanya boleh melepaskan tembakan bila merka dlm kondisi TERANCAM..

konfliknya sekarang ni..
pihak polis yg mengejar arwah,dan arwah tidak melepaskan sebarang tembakan atau membaling parang yg kononya wujud sewaktu itu..

jadi..
apakah relevannya tindakan pihak polis ini??
bertindak secara berhemat,atau terburu2??

biarlah kes ini dibawa ke muka pengadilan supaya yg salah akn DIHUKUM!

Afzainizam said...

Salam ziarah salam kunjungan pada kamu…. Salam dari kejauhan
Salam dari kami
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

Salam kunjungan salam ziarah…. Thanks kerana berkongsi story pada kami. … kami sedang berusaha membaca older post entry kamu… Wow entry yang menarik

Salam sebuah persahabatan salam perkenalan dari kami salam dihulur tanda sebuah perkenalan ….

Semoga kami menerima respon yang baik dari kamu…. Thanks againt…

NINA SYARFA' said...

1. Saya bersimpati kepada keluarga adik ini dan berharap pembaca blog beragama islam menyedekahkan Al-Fatihah. Saya berharap keluarganya redha kalaupun sedih dengan insiden yang berlaku.

2. Acapkali ditanya pendirian saya tentang insiden seperti ini. Dan acapkali saya akan memberi jawapan yang sama; biarkan siasatan berjalan lancar dahulu sebelum kita membuat spekulasi yang terlampau. Saya amat yakin, sekiranya ia terbukti berlaku kecuaian atau kesalahan, pucuk pimpinan PDRM juga tidak akan melindungi tindakan yang tidak diluluskan oleh undang2.

3. Seperkara yang menarik perhatian saya adalah karenah remaja. Hari ini kita melihat banyak kes remaja cuba melarikan diri daripada tahanan yang sah oleh polis, JPJ atau pihak berkuasa. Di Pantai Timur, pernah seorang remaja bermotorsikal melarikan diri bila ditahan pegawai JPJ dalam satu sekatan jalanraya mengakibatkan dia terjatuh atas kegopohan untuk lepasdiri. Hasilnya, pegawai JPJ itu dipukul oleh orang berhampiran dan dipersalahkan.

4. Begitu juga dalam tragedi kemalangan bilamana ibubapa remaja penunggang motorsikal yang mati berlanggar dengan kenderaan lain. Pasti pemandu itu yang menjadi sasaran. Dan banyak lagi contoh lain.

5. Yang menjadi masalah bagi saya adalah apakala kita gagal menghentikan kebinasaan ini. Kita, orang dewasa, membiarkan sahaja anak saudara, anak, anakbuah atau remaja kenalan kita memandu atau menunggang tanpa lesen. Kita benarkan mereka atas alasan tersendiri seperti nak ke sekolah, ke kedai sekejap, ambil adik tuisyen dsbgnya. Tak termasuk yang curi curi memandu kereta ibubapa atau motorsikal keluarga. Kita yang benarkan bila kita beri izin atau tak sorok kunci.

6. Apakah kita terlupa bahawa mereka ini tidak layak menunggang atau memandu kerana tiada kelayakan seperti lesen. Akibatnya, semua akan cuba lari bila ditahan atau merempuh sekatan jalanraya. Lupakah kita bila tiada lesen, ini bermakna mereka belum diperakui layak mengimbangi dan mengendali jentera itu. Bila tidak layak, ini bermakna ilmu mereka cetek. Bila ilmu cetek, respon mereka terhadap cabaran di atas jalanraya sangat tumpul dan membahayakan nyawa mereka sendiri dan orang lain. Dan bila terlibat pulak dalam kemalangan kecil, mereka akan sedaya upaya cuba lari!

7. Bagi remaja, kelebihan memandu kereta dan menunggang motorsikal, kalaupun tanpa lesen, adalah aset untuk menunjuk. Tambahan pula dapat mengelak cubaan tahanan pihak berkuasa; sah sah jadi bahan berbangga dengan kawan seangkatannya!! Walhal, kalaupun ditahan, dia akan hanya disaman, keluarga akan dipanggil dan itu sahaja. Tetapi, remaja tetap akan memilih untuk melarikan diri walaupun terpaksa melanggar sesiapa pun! Kenapa? kerana hak berbangga itu.

8. Bercakap tentang hak, jangan terlupa bahawa hakikatnya, sesiapa juga di Malaysia dilindungi oleh undang undang yang sama. Seksyen 99 dan Seksyen 100 Kanun Keseksaan jelas menyebut hak ini. Hak mempertahankan diri. Tertakluk kepada Seksyen 99, seseorang, mengikut peruntukan Seksyen 100 kanun yang sama, boleh melanjutkan hak mempertahankan diri walaupun membawa kematian dalam 6 keadaan-(saya ringkaskan supaya senang difahami)

a) Perbuatan yang diyakini boleh mendatangkan kematian SERTAMERTA kepada dirinya atau oranglain
b) Perbuatan yang diyakini boleh mendatangkan cederaparah SERTAMERTA
c) Serangan bertujuan ROGOL
d) Serangan bertujuan LIWAT
e)Pecahrumah malam hari
f) Khianat api.

9. Jadi, apabila ada laporan media atas insiden seumpama dan dengan hadirnya elemen ketakutan munasabah serta keadaan2 seperti di atas, saya harap kita semua dapat menantikan hasil siasatan supaya kita tidak dimanipulasi oleh pihak pihak yang tidak bertanggungjawab yang akan cuba memperbodohkan kita dengan meniupkan pelbagai sentimen kononnya demi menuntut pembelaan walhal sebenarnya untuk cerita dijaja demi kepentingan mereka sendiri.

10. Ingatlah, sehingga kiamat dunia, yang hak takkan boleh terpadam oleh perdaya yang batil.

orang awam said...

cian budak 2...muda lagi...p 2 la..malaikat maut xanta memo dlu b4 cabut nyawa kta...al-fatihah wat arwah..

setuju la ngn dya...xptt kta salahkan semua polis ats kejadian ni...xsemua diowg gtu...
kdg2 cian jgak ngn polis nii..wat keja kena marah, dok diam2 dlm opis pun lagilah owg bising2...emm..

xtau nak kta apa lgi, kebenaran kes ni lom kta tau lgi..
"theres 3 truth, my truth, ur truth and da truth..."

AKU said...

kerajaan kena tuduhkan suruhanjaya diraja...siasat benda ni...masalah skang ni ada segelintir polis ni terus gunakan pistol untuk setelkan masalah...xkan nak kena kat anak menteri baru nak amik tindakan...

Unknown said...

semuga kebenaran akak terungkai juga..dah memang ajal dia kan...al fatihah buat arwah.

uncle said...

uncle sangat teliti dalam bab ini..selain menyatakan rasa simpati terhadap si mangsa..kesipalan polis mengilut prosedur betul-betul menjadi satu isu yg serius perlu di perhalusi sebelum merebak menjadi kemarahan rakyat malaysia..

umumnya ramai yang sudah maklum rekod polis dengan orang awam tak berapa bagus, lari dari slogan yang meraka pegang selama ini...

tapi kita harus faham juga polis di malaysia adalah antara yang tercekap di dunia tapi itulah..kerana nila setitik habis susu setempayan..tak semua polis sebangsat yang menembak mampus budak tu ..tapi dek kerana kemaruk nak tiru aksi jamse bond.."licencse to kill" maka begini lah jadinya.

dari sudut lain uncl eamat bersetuju dengang apa yg diperkatakan oleh Nina Syarfa..apa yg di ulas mmg se irama dengan uncle. budak tak cukup umor bawak kereta..apa kes? ini akan menjadi ancaman kepada pengguna lain atas jalan..kerana membahayakan keselamata diri sendiri dan orang ramai.

ok itu je ulasan dari uncle..harap kita tunggu je kes ini sehingga diumumkan kelak.

hologramisfera said...

Sedih betul.Dah lah abang dia handsome.

Dua-dua pihak salah. tapi polis tak boleh lepaskan tembakan suka2. banyak kali pulak tu.

Haa..Encik akim.anda bakal lawyer. pegang kes ini. :P

cranberries said...

support nina syarfa nyer statement!
tp ak nk bg opinion ak,nape kalo hal2 cmni berlaku msti kita nk salahkan polis..
bg ak dua2 salah tp terang-terangan remaja tu salah..
perlanggaran undang2 sdh jls disitu..
kalo xsilap ak remaja bwh umur mmg xleh merayau mlm2..then,memandu kete tanpa lesen..ade yg kte lesen tu juz syarat,but the point is"law is law"!
so,we must be a law-abiding citizen..
kdg2 kte msh nk menyalahkn org len..
polis mgkn jge perlu bertindak demikian krne s.alam,klang,pj is a hot spot for crime..
kalo kte rjin tgk news pun sllu kuar psl geng2 yg mcm2 nme kne tembak dgn polis..
kalo kte yg jd polis ape yg kte wat dlm situasi tu?tgk kete yg dipandu dlm keadaan laju dan tergesa2..
secara logik sdh terlintas difikiran kelakuan tu blh dicurigai..
biasenye msti polis dh bg amaran dlu srh berenti ke tepi kalo tul polis tu ikt standard operation procedure(SOP)..

per2 pun kte arap mnde ni disiasat seadil-adilnye..mgkn slh polis xikt SOP atau remaja itu sndri..
tp jgn pula ade pihak2 yg cbe mengeksploitasi kn kes2 cmni..
ibubapa jge perlu bertanggungjawab utk mengelakkn ank2 mnjadi mangsa keadaan.
"BERSIH,CEKAP,AMANAH"

rambutan said...

cik miera ;
ni bkn isu boleh ataupun x driving. kerajaan da tetapkn umo yg blh amek lesen msti ade sebab. bdk bwh umo msih perlukn pengawasan dari ibu bapa. n of coz msih blum matang ntuk carry bnde2 bhaye yg boleh melibatkn nyawa. ni bkn mslh umo ataupun x. len la kalo u boley buktikn budak bwh umo bley drive lbey baik. juz prove ur words.

then u salakn polis yg tertembak arwah. u shud read CRANBERRIES.

polis bkn sng2 nk tembak owg awam. tp knape owg awam xley nk bgi kejesama pde polis? kalo polis ley wt kje, standby kul 2 3 pgi ntuk jge keselamatan awam, knape kite taknak bgi support? parents kne jge ank2. bile jdi kes cmni, msti nk salakn polis. msti nk pertikaikn kje polis. knape u x pertikaikn di mne spatutnye bdk 15 taun berade kul 2 pgi? knape u x pertikaikn knape bdk 15 taun boley bwk keta tnpe lesen yg da trang2 mmbahayekn keselamatan awam?

u ley salakn polis sbb tertembak org awam. tp kalo polis yg mati terbunuh demi rkyat sume buat x tahu.

sharridhuan said...

jngn slah kn polis erk....mmang tgasan polis...polis twu ke bpe umo bdak 2 sblom kne tmbak...pas 2 spe swoh lari...siap ade parang ag dlm kete......parents pown slah...mcm mne ble biar anak dye drive tnga2 mlm....knci kete mbek mne...umo 15 da ble drive...spe ajar...jngn sesekali slah kn polis....polis pown xtwu...mslah nye...knpe dye lari...mybe polis engt pnjnyah ke...tugasan polis bnyk tenga malam.....budak 2 tugasan pe cmpai kul 2 pg....umo 15 sptut nye dk uma....mmang slah parent....trlmpau bg kbebasan cngat kt anak 2...engat2 la noh...

sharridhuan said...

support la statement nina syarfa'..mmang btol statement 2....

hakimfaridzul said...

qilamahadi : memang comel pun!org shah alam kan??huhuhu

hakimfaridzul said...

danial : hurm~itu la negara kita~

hakimfaridzul said...

dya : betul cakap anda!setuju!

hakimfaridzul said...

rda : aku bukak kecoh pun. cuma bagi pendapat dan persoalan!aku tak buat kenyataan pun~

hakimfaridzul said...

helena : sob3x

hakimfaridzul said...

anonymous : ibu, akim akan cuba ikuti kisah ini!

hakimfaridzul said...

hans : kita tak boleh salahkan polis sangat!betul juga kata kau actly..hurm...confius2!

hakimfaridzul said...

schult : jangan kata begitu..mana tau polis betul!

Anonymous said...

kalau betul apa yang kawan dia laporkan, aku terfkir jugak, boleh ke polis lepaskan tembakan bertubi2 mcm tu? jalanraya tu dikira tempat awam ke? tanya je, sebab aku pun knfius.
mcmne plak dgn org2 bmotor y diceritakan? tidak ada yang tercedrakah swaktu mngejar budak2 yg mmandu tanpa lesen itu?
kenapa bila dah keluar cerita macam ni, byk yg nk mnyalahkan satu pihak semata2(dan dlm kes ni, phak polis?)

Anonymous said...

byk cite bohong dari cte btul. seriusly, aku x cye ape yg kononnye kwn dy cte. ni msti ade pihak yg sengaje reka2 cite. msykt yg xtawu pape, skali bace dah pecaye.

Anonymous said...

Yup Akm....Teruskan ikuti kes ni coz banyak yang bole dikaji terutama

1. Siapa betul n siapa yang salah?

2. Klu Akm mengendalikan kes
ni....Akm dipihak yang mana...

Suka ngan tajuk ni n ramai yang memberi komen yang pelbagai..

Tahniah Akm...

Anonymous said...

saya tak memilik kepada mana-mana pihak pun.. tapi jika diperhatikan kepada keadaan kereta yang dipandu arwah, amat jelas menunjukkan kereta terbabas ke tembok, dibawah kereta tu ada parit.. secara logiknya, bagaimana seorang pemandu boleh mengundurkan kereta tersebut jika terbabas ke tepi tembok, dibawah ada parit? mungkin bagi pemandu yang amat profesional sahaja, dan tidak mungkin bagi arwah aminul rasyid... fikir-fikirkan... sapa yang betul dan sapa yang bersalah dalam hal ini. orang yang bersalah sudah pasti akan mengadakan cerita bagi menunjukkan mereka tak bersalah..

waallahu'alam......

Post a Comment

yeah!

nak tinggalkan comment ke???

tunggu reply aku tau!!!

Mari langgan entri terbaru cepit!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Share

Widgets