13 Kementerian lelaki. Apa fikiran anda?

Whoa! Salam semua. Seperti biasa. Setiap hari ada saja benda and entri yang saya nak di kongsi bersama. Kalau anda semua perasan. Lately ni, entri-entri mungkin berbentuk pemikiran. Persoalan yang perlu kita jawab bersama dan rungkai. Adakah benar atau palsu semata-mata. Atau impian yang tidak akan jadi nyata? Justeru, entri kali ini yang  sudah 3 hari di draft, akhirnya publish juga. Hahahahaha.

Tajuk di atas ialah Kementerian lelaki. Masa on the way nak ambil adik-adik balik dari sekolah, seperti biasa saya akan on radio dulu dan semestinya Fly Fm kan? So, time tunggu tu, dengar berita bahawa ada pihak yang telah mencadangkan supaya ditubuhkan Kementerian lelaki. Terfikir dan termangu sebentar. Apakah? Perlukah? Relevankah cadangan ini?



Bagi pendapat peribadi saya, saya amat bersetuju jika kementerian ini ditubuhkan. Ye la, untuk wanita, mereka sudah ada Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat. Apa salahnya jika ditubuhkan satu kementerian khas untuk lelaki. Pertama sekali untuk perkara ini ialah nama kementerian itu sendiri. Saya berpendapat biarlah nama kementerian ini berbunyi Kementerian Kepimpinan dan Hal Ehwal Lelaki, tak pun Kementerian Pemantapan Lelaki dan Keluarga. Apa-apa je la yang relevan.

Mungkin anda juga boleh menyatakan idea disini!
Seterusnya, memandangkan banyak sangat masalah yang berlaku melibatkan pihak lelaki belakangan ini seperti : 

1 - Isteri pukul suami

2 - Hak kaum lelaki dipertikaikan

3 - Kaum lelaki di pandang rendah dan sebagainya~



Maka dengan itu KAUM LELAKI juga perlu dibela dan diletakkan di satu tempat dimana hak kaum lelaki juga terjaga dan terpelihara! Bukan saya nak mengatakan kaum lelaki lemah dan sebagainya. Tapi, dengan adanya kementerian ini, akan ada peruntukkan, belanjawan, program, aktiviti untuk kaum lelaki aktif.
Ye la, takkan la hal-hal kaum lelaki, Kementerian Wanita Keluarga dan Masyarakat nak jaga? 

  • Jika kaum wanita ada melacur, begitu juga lelaki! 
  • Jika kaum wanita ada yang meninggalkan keluarga tanpa berita, begitu juga lelaki. 
  • Jika ada wanita tua hidup melarat tanpan bantuan, begitu juga kaum lelaki. 
  • Jika ada kaum wanita yang mengalami masalah sosial dan perlu diberi perhatian, begitu juga kaum lelaki.


Justeru kita perlukan Kementerian Lelaki untuk menangani masalah yang melanda kaum lelaki juga! Anda fikir, ada kebaikan juga jika kementerian ini ditubuhkan! Betul atau tidak? Tepuk dada, tinggalkan pendapat anda!




13 komentar:

Anonymous said...

....dan krn mmentingkan kaum lelaki, hak nak kahwin banyak pun akn ditegaskan dgn lbih2 lg.hak utk wanita bsuara dalam politik akn dpsoalkn smula oleh kmentrian llaki ini dn wanita akan lbih dtindas lg,smula. igtlah dulu, knapa kmentrian pmbgunan wanita kluarga dan msyarakat ditubuhkan?
dan knapa wanita byk dtindas skrg ini?

Shahrul Yusof said...

Kementerian Lelaki? Tak perlu. Lelaki sudah cukup kuat untuk membela dirinya. 1000 perempuan belum tentu dapat menumpaskan seorang lelaki.

DOLCEshasha said...

KEMENTERIAN LELAKI ?

1. tak perlu
2. membazir
3. banyak lagi relevant kementerian . haha
4 . nanti kaum hawa pun nak jugak kementerian untuk mereka , oke kami ( :

Nur Suaidah Bachok said...

ehem menarik!!

tp dah tak dengar fly fm pulak skg ni. hehe. hitz layan laa :)

nway, kementerian lelaki macam kedengaran agak okay disitu. tetapi untuk membangunnya?

wahhhh, siapa nk jadi menteri? aku layak tak? haha :D

excalade89 said...

I don't think forming a Minister of Men will do anything. Plus, we're more individualistic in nature when compared to girls. agree?

qilamahadi said...

erk erkk
aaahhh NO
big enough N.O
fullstop
muahhahaha

cik helena said...

nak buat berpa banyak kementerian tu boleh tapi sejauh mana berjalan nye?

Jard The Great said...

erkk.. ku tak setuju.. wakakaka

Sharinginfoz said...

boleh aja.....

Anonymous said...

Kementerian Kepimpinan dan Hal Ehwal Lelaki? Perlu ke? Untuk ape?

Berapa sangatlah suami yang dipukul isteri? Di manakah kepimpinan suami pada keluarga sampai dipukul isteri?

Hak kaum lelaki dipertikai?
Contoh yang bagaimana yang akm maksudkan? Berkahwin lebih dari satu tanpa rasa tanggungjawab sehingga siisteri tanpa hak bersuara dan pertikai?

Lelaki dipandang rendah?
Kenapa berlakunya pekara tersebut? Adakah kerana atitude lelaki yang tidak baik harus disanjung? Berkelakuan songsang harus diterima masyarakat? Penagih dadah dan perosak bangsa harus di julang?

Kamu jawablah sendiri dan pikirkanlah oh Lelaki.....

Aidi-Safuan said...

haha...sekarang pon banyak gangguan seksual berlaku pada lelaki. wajib kot ade kementrian lelaki. :p

darkbatman said...

kementerian lelaki? cam xbest.. cuz sume laki..biler nk cuci mate?ahaha

Farhan Zafry--;LITHIUM said...

bagus la..... aku plg layak jd menteri pertama..... ko xreti komen blog org k.. nk org komen blig ko ja

Post a Comment

yeah!

nak tinggalkan comment ke???

tunggu reply aku tau!!!

Mari langgan entri terbaru cepit!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Share

Widgets