20 Prinsip cinta saya. Anda bagaimana?


Whoa. Salam semua. Amboi, buat muka kat entri saya ye? Cakap entri kali ni jiwang? Oh, tidak sama sekali. Cuma entri kali ini lebih romantik untuk dikongsi bersama agar kita sama-sama bahagia hingga ke anak cucu cicit dan seterusnya ye. Mari-mari, dekatkan mata anda, buka luas-luas agar apa yang saya cuba kongsi ini bakal mengubah hubungan anda menjadi lebih bahagia dan ceria selalu. Bak kata patah-patah, kalau benda baik baik kita kongsi bersama. Tips cintan cintun ini baik ke? Eh, lantak lah. Mari-mari abang, kakak, mak cik mahupun yang dah berumur tu, jangan la segan, baca je. Mana tau, lepas ni lagi initim! ahahahaha

Tajuk "prinsip cinta saya" menyebabkan anda kata saya jiwang? Cakap lah apa yang anda nak cakap sebab anda akan cakap saya lah doktor cinta anda! Ahaks! Justeru biar saya takrifkan apa itu cinta. Oh, tidak mampulah. Terlalu abstrak. Tak pe, biar saya kongsi pepatah omputih ini kepada anda sebagai pembuka selera sebelum ke bahagian utama :

" loving someone doesn't need a reason. If you can explain why you love someone, it's not called 'love'...it's called 'like'. " 

Setuju dengan statement di atas? Setuju kan? Itu yang saya cakap saya tak mampu takrif apa itu cinta. Tidak tahu pula anda bagaimana? Mungkin anda ada takrifan sendiri yang nyata lebih hebat dan canggih dari saya. Boleh panggil anda proffessor cinta juga kalau mahu! Mahu?

Ok, bermula sekarang. Sila pejamkan mata dan dengar ini. Erk, maaf-maaf. Buka mata dan baca ini. Prinsip cinta saya ada satu iaitu... Jeng, jeng, jeng. Whoa, suspen ni ye. First time bagi tau orang tips cinta. Malu campur segan pun ada ni. Aish, berdetak-detak jantung macam nak terkeluar dah ni.


Prinsip cinta saya satu. Iaitu, jadikan kekurangan dan kepelikkan pasangan anda sebagai satu keunikan. Dapat? Nak ulang? Jadikan kekurangan dan kepelikkan pasangan anda sebagai satu keunikan. Nak explain ke? Baik lah.

Begini. Kalau anda gemar perhatikan pasangan anda, eh, bukan perhati benda tak sepatutnya ye. Kalau anda perhatikan tingkah laku, kerenah dan cara pasangan anda dalam pelbagai perkara. Mesti ada kelemahan yang anda bakal discover kan? Jadi, untuk membuatkan anda jatuh cinta dan terus mencintai. Jadikan lah kekurangan itu satu keunikan yang anda akan ingat selamanya.

Contoh nya ialah saya. Saya amat susah dikejutkan tidur oleh dia! Dia selalu kejut pagi guna panggilan dan apa jawapan saya? Uh, ah, uh, ah dan bla-bla-bla. Merepek dan biarkan begitu saja. Saya tahu dia geram. Ye la, bayangkan petang atau tengah hari, saya kata "kenapa tak kejut?". WTH laki ni, aku dah kejut, kau buat-buat tak sedar kan? Ish!


Ha, itu dia! Penangan uh ah uh ah dan merepek awal pagi menyebabkan dia cakap saya lain dari yang lain! Wahahaha. Anda bagaimana? Mesti ada kekurangan dan kepelikkan yang boleh dijadikan keunikan juga kan? Cari la. Dan anda akan menghargai, menyayangi dan mencintai pasangan anda disebabkan keunikan yang tersendiri! Betul, ini tak tipu! Tips ini juga boleh menyebabkan anda baik dengan si dia dalam masa singkat kalau bergaduh sebab anda akan ingat keunikan dia yang membuatkan anda sengih-sengih sorang! Cuba dan alami sendiri! Cewahhhh!!!


20 komentar:

Jard The Great said...

cinta dtg bersama tanggungjawab.. kalau dah bersedia untuk itu.. cinta lah tuh..


kalau tak..

itu adalah NAFSU. =)

MAMA.HOT.BOUTIQUE said...
This comment has been removed by the author.
hologramisfera said...

Cinta tak senang. :)

Aqma Nazri said...

suka la quote tuh..
(T__T)

Anonymous said...

yelah tu akm.....

Ada-ada saje kamu ni ....

Aidi-Safuan said...

takde awek. so xbercinta. then xde prinsip. so xlayak komen la ni sebenarnyer. :p

cik fara said...

agagaaa
kegeliaan melandaaa bce enrty ko
hahaha

btw
sngt stuju dgn sttemnt andaa :)
:)

Anonymous said...

naver take it serious in love..even if u have f**k her..

Misshy Innz said...

saya tak reti bercinta.
ajar kan ;p

Anonymous said...

from my personal impion (no offence)
semua kejadian dlm dunie nieh bersebab kalo x bersebab bende 2 x jadi..
xkanlah ko tibe2 je syok orang 2 tanpe sebab.. dari sebab la ko syok dier.... ade phm.. peace..

Atika Ramlan said...

hmm,falsafah cinta ni byk.but tgu la makin tua-semua bwk ke laut je

Anonymous said...

hahahahahaha~suke yg kali ni punyer..hik33...falsafah cinta kamu memang terbaeeekkkk...hik33

Unknown said...

bila dah cinta..segala kekurangan di tolak tepi. janganlah di jadikan alasan untuk berpisah.

Nor atau Nad said...

ahahaha
yg penting korang dua memang pelikk
sorangg tercepitt
sorang lagi hantuu air
aiiiih
aku je yg normal
T__________T

arm nomi said...

owhhhhh...cnta....payahh arrr kim....

cik helena said...

kekurangan dia adalah kelebihan bagi saya..

Berd said...

amboi

semua awek yang komen. gua nak masok pon segan.

<>_<>

heh

Unknown said...

stuju dgn quote tu
kelebihan dan kelemahan stp org mmg bende yg unik :)

Unknown said...

bila bercinta biarlah dari hati suci (mak aiyh jiwang seyh)

Adziim said...

biasanya kebanyakan orang jadikan kekurangan/kelemahan pasangan sebagai alasan untuk gaduh dan seterusnya break up.

Post a Comment

yeah!

nak tinggalkan comment ke???

tunggu reply aku tau!!!

Mari langgan entri terbaru cepit!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Share

Widgets