14 Kapal Mavi Marmara misi Gaza diserang, mari sedekahkan al-Fatihah buat mereka.

Whoa. Salam semua. Mungkin sudah ada beberapa blogger yang menulis tentang berita ini. Tetapi saya masih degil dan mahu berkongsi dengan anda! Sila ambil perhatian kerana ini isu sejagat dan isu umat Islam khususnya! Anda berikan pendapat, mari kita berbincang isu ini. Baca petikan dari Berita Harian di bawah ini :

“Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan tentera Israel yang tidak berperikemanusiaan terhadap kapal Mavi Marmara itu yang membawa keperluan asas seperti makanan, perubatan dan bahan binaan bagi keperluan rakyat Palestin.


 Baca petikan dari Malaysia Kini di bawah ini :
Televisyen Al-Aqsa Gaza, menunjukkan imej video komando Israel yang berpakaian serba hitam turun daripada helikopter dan bertempur dengan kumpulan aktivis, di mana beberapa yang cedera kelihatan terbaring di atas dek kapal itu. Rangkaian televisyen berkenaan berkata, laporan awal mengesahkan dua aktivis terbunuh manakala 50 yang lain cedera.

Baca petikan dari Mstar di bawah ini :

"Niat mereka sebenarnya untuk belayar dengan bot bagi menghantar bekalan ke Gaza. Mereka tahu bahawa Israel akan menghalang mereka tapi kami tidak jangka bahawa Israel akan menggunakan kekerasan termasuk menembak dengan peluru hidup,"



Menurut Berita Harian dan beberapa sumber berita lain yang boleh di percayai seperti Bernama, Utusan dan lain-lain, seramai 15 orang sudah disahkan terbunuh dalam serangan itu. Kapal Turki Mavi Marmara itu yang membawa aktivis misi bantuan kemanusiaan di Gaza serta dua kakitangan stesen televisyen Astro Awani diserang tentera Israel pagi semalam dalam pelayaran bagi melaksanakan misi berkenaan.




Menurut laporan Al-Jazeera, seramai 15 aktivis terbunuh dan ramai yang cedera apabila komando Israel menyerang kapal Turki itu yang mendahului beberapa kapal lain dalam misi menghantar 5,000 tan bahan binaan, bekalan sekolah dan peralatan perubatan ke Semenanjung Gaza.

Nasib rakyat 6 rakyat Malaysia lain iaitu yang mewakili Perdana Global Peace Organisation (PGPO) yang menaiki kapal berbeza di laporkan selamat. Bekas perdana menteri Malaysia, Tun Dr, Mahathir telah mengutuk kekejaman serta serangan Israel.

Saya masih membaca beberapa berita dari dalam dan luar negara untuk memastikan otak di update dengan isu ini dan tidak mahu menjadi katak di bawah tempurung. Takut juga tercengang-cengang kalau rakan bercerita isu semasa, kita tak tahu apa-apa.

Klik link dibawah untuk membaca berita penuh tentang isu ini :










  1. Malaysia Kini

    ~Al Fatihah buat mereka yang terkorban dan selamat untuk mereka yang masih meneruskan perjalanan~


hakimfaridzul

14 komentar:

hafizulhakim91 said...

ALFATIHAH..

Unknown said...

salam ..al fatihah buat yang terkorban..memang korang ajarlah mereka ni

Anonymous said...

Al-Fatihah!!!!
N tahniah akm kerana peka dgn berita semasa. Tokoh seorang bakal peguam dah terserlah dah....mencari kebenaran dan penyelesaian....hehehe

DOLCEshasha said...

al - fatihah ..

kesian mereka yg x bersalah ..

Bukan Eciz said...

memang diorang ni LAKNATULLAH!! kejam!! biadap!! sedih saya tengok. Al-Fatihah..

cik helena said...

Astagfirullahalazim..

Alfatihah bagi yang terkorban..

speechless bila kenang kan hal ini..

Danial Jaafar 🇲🇾 said...

al fatihah
Israel ni macam2 dah kekejaman dia, seluruh dunia pon dah tahu. tapi tiada sesiapa yang boleh bertindak. doa sahajakah yang aku mampu berikan??

hakimfaridzul said...

pjowl : al fatihah juga~

hakimfaridzul said...

kakina : ye untie, memang kurang ajar!!!

hakimfaridzul said...

anonymous : mana de bu...biase la, baca berita on9 tadi~

hakimfaridzul said...

shasha : haih, tiap2 petang hujan, macam mana ni???

hakimfaridzul said...

eciz ; yup2! laknatullah!

hakimfaridzul said...

cik hel ; speechless???

nangis ke??

hakimfaridzul said...

danial ikhwan : haih, tu la pasal..

doa kita pun dah okay~

Post a Comment

yeah!

nak tinggalkan comment ke???

tunggu reply aku tau!!!

Mari langgan entri terbaru cepit!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Share

Widgets