12 Bercampur dan ini yang pertama.

Dalam, jauh dari dalam.
Kenapa ia terbit semula.
Rasa lama yang buat aku lena.
Lenyap, tapi datang menyapa.
Matian aku fikir ia hilang.
Mamah dimakan usia.
Lapuk di telan masa.
Tetapi bukan mudah untuk dilupa.

Aku tersungkur.
Acap kali.
Yang hakikatnya ramai ingat aku kuat.
Yang ingat aku hebat, aku bersemangat.
Nyata, bukan semudah ditutur.
Bukan semudah di noktah.
Bukan semudah di matikan hujungya.

Hina, terperosok dan binasa.
Semua dan ratanya.
Ya, aku belum bersedia.
Atau mungkin, aku bukan sesiapa.
Bodoh aku jadi begini.
Hidup ini perlu dilewati.
Hari esok sudah pasti.
Semalam itu janji yang tak pernah aku sangsi.
Takkan pernah aku sesali.

Mengertilah.
Lisan aku hanya bayangan yang tak mampu ditafsir. 
Hakiki, aku lebih mengerti diri ini.
Aku lebih arif menyusun hidup ku sendiri.
Biar ia teratur, elok dan kemas diakhirnya.
Aku benci rasa ini.

Jika memang itu yang tercatat.
Biarkan ia terencana.
Biarkan saja.
Sedia lihat kedepan.
Dakap semalam yang indah.
Indah....

12 komentar:

Anonymous said...

* you know yourself.
* apa kata hati.
* lakukan apa yang kamu rasa betul.

brenn said...

just live this short life=)

Anonymous said...

enjoy ur life to the max.
dun bother about those unnecessary things.
only u know what u want and what is right for urself.

Jantan Keparat said...

ngapain sih?

Anonymous said...

dear cepitt^^
teruskan apa yg kau rasa betul
mungkin belum masa
sapa tahu...
aku tahu apa kau rasa
aku sentiasa sokong kau kawan
aku akan doakan kau
semoga ada rezeki kau dgn dia nnti bila masa kau sampai
thnxx cerita semua kat aku
sekarang yg penting kita jadi mcm dulu..
kau kuatlahh cepit
jadi cepitt yg dulu,, happy.. take everything easy..
rinduu akim yg duludulu

helena's said...

hidup nih akim terlalu singkat untuk kite rasa sedih down sesal kecewa bangkitlah n belajar dari kesilapan


berterima kasih,memaafkan,bersyukur.amalkan 3 nih.

jika jodoh itu di takdirkan maka ianya ada.

hakimfaridzul said...

anonymous : ye, aku lakukan ape yang aku rasa betul!

hakimfaridzul said...

brenn : yup!i will!

hakimfaridzul said...

anonymous : im enjoying my life now!

hakimfaridzul said...

jantan keparat : haih, susah di mengerti~

hakimfaridzul said...

anonymous : ye, ini kau gebu!

hakimfaridzul said...

cik hel : ya!saya mengerti.terima kasih cikhel!

Post a Comment

yeah!

nak tinggalkan comment ke???

tunggu reply aku tau!!!

Mari langgan entri terbaru cepit!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Share

Widgets