Whoa. Salam semua. Ok, hari ni aku nak kongsi sikit-sikt tips untuk jejaka di luar sana. Jejaki pun boleh baca, supaya korang boleh usha pakwe-pakwe kat luar sana, ada sikap ini atau tidak!hak3. Ok, ini bukan jiwang tapi sekadar pendapat yang hendak dikongsi melalui pembacaan.
Aku rasa, ada beberapa perkara yang perlu ada pada lelaki. Antaranya ialah :
- Maskulin
Nak cerita pasal maskulin ini bagi aku ialah seorang lelaki yang dilihat dapat melindungi wanita. Means, kelakian dia cukup untuk menampakkan dia seorang lelaki dan juga wanita di sampingnya rasa selamat untuk bersama. Ada?
- Aura sensual
Eh2, tak yah nak pikir bukan-bukan sebab aku nak cakap pasal aura sensual ni ye. Pemahaman aku melalui pembacaan, aku rasa aura sensual ni ialah aura yang membuatkan perempuan untuk melekat dengan seseorang lelaki tu. Setiap perempuan punyai berbeza kehendak aura sensual. So, pernah tengok pakwe muka macam nak pecah rumah tapi, makwe, pergh! cun melecun! Maknanya, lelaki tu punya aura sensual yang memikat wanita tersebut!
- Peramah
Mesra dengan semua orang! Tapi bukan keterlaluan. Kadang-kadang wanita benci lelaki yang control macho ni. Peramah merupakan kunci asas yang menggambarkan lelaki itu mampu tarik perhatian dengan cara yang betul. Tapi kalau dah terlebih peramah, orang meluat gak. So, biar peramah tu "yang sedang, sedang saja!)hak3
- Berpenampilan menarik
Bagi aku tak semestinya kacak itu menjadi ukuran untuk kelihatan menarik di hadapan wanita. Andai kata kamu pandai menyesuaikan diri di setiap tempat, berpewatakan menarik dan bijak bergaya. Ya, anda mampu untuk menarik minat kaum wanita. Sekarang ni, ramai wanita prefer seorang lelaki yang pandai menjaga kebersihan dan penampilan dirinya!
- Berdikari
Ramai wanita nakkan seorang lelaki yang boleh apa sahaja. Means, mereka boleh menyelesaikan masalaha dan memberikan idea yang bagus untuk membantu. Lelaki perlu berdikari. Sebab sepatutnya, wanita yang bergantung dengan lelaki, bukan lelaki bergantung dengan wanita.
*sekadar hiasan*
So, amacam? Ada pada anda? Kalau ada tingkatkan ia! Pupuk semua sikap diatas ini. Ini hanya pandangan aku yang merepek dan kelaut semata-mata. Aku pun bukannlah lelaki yang didambakan wanita.Hak3.
p/s : soalan di formspring semakin merepek! otak kering? ok je, banyakkan membaca dan anda akan ada idea yang bernas untuk mengupdate entri! Selamat hari isnin semua!
0 komentar:
Post a Comment
yeah!
nak tinggalkan comment ke???
tunggu reply aku tau!!!