Whoa. Salam semua. Sekarang aku kat station bus Sungai Petani sebab malam ni aku akan pulang ke rumah (shah alam). Ye, pulang kerumah dan aku rasa memang ada hikmah untuk aku pulang ke rumah memandangkan aku dalam keadaan kecewa dan aku perlukan rehat serta keadaan yang tenang.
Tujuan aku buat entri ni bukan aku nak buka kebodohan aku kepada semua pihak. Aku cuma nak kawan-kawan aku yang menerima nasib seperti aku juga tabah dan terus pandang kehadapan. So, sekarang aku rasa aku dah boleh lambai tangan kat fakulti LAW dan say hi to other fakulti. Ya, aku bodoh. MUET aku band 3. Faham. So jangan nak ngader jumpa aku kat UiTM buat-buat tanya result MUET aku berapa. Faham?
Aku tak nak explain lebih-lebih kalau korang tanya macam tu. So, ini juga antara tujuan aku tulis blog supaya aku tak nak orang lain tanya aku, eh hakim, result kau berapa. Ya, aku tak sepandai yang lain untuk raih MUET band 4 or 5 or 6! Cukup untuk aku untuk berada pada tahap 3.
Malam ni, aku akur. Aku sorang. nak sedih-sedih pun tak best. So, aku rasa aku nak mula cari course-course yang bakal menarik minat aku untuk degree nanti. Ada cadangan? Since aku dah mula minat dengan ekonomi dan juga hal-hal dunia, so, aku akan cuba cari course degree nanti ke arah itu.
Buat kawan-kawan yang masih belum check result MUET anda, sila la berbuat kemudian. Sebab aku rasa better korang prepare untuk course degree nanti daripada korang menangisi MUET ni. Pada yang berjaya, korang memang terbaik la. Hebat! Dah jadi lawyer berjaya jangan lupa aku ye. So, ini dia, update ringkas tak ringkas dari aku. Bus dah sampai. Out-out. Hak3. Doakan aku selamat sampai~Wasalam~
p/s : kalau ada typo sorry, nak cepat~hak3
0 komentar:
Post a Comment
yeah!
nak tinggalkan comment ke???
tunggu reply aku tau!!!