7 Betulkah yayasan selangor menuju kehancuran.

Salam semua. Kali ni aku bukan nak cuba bermain politik atau sentimen sebab aku rasa aku belum layak untuk berpolitik mahupun berkempen. Tapi aku rasa aku layak untuk menulis entri ini sebab aku pernah jadi anak tajaan Yayasan Selangor dan aku sayang Yayasan Selangor. Aku cuma nak ajukan persoalan atau cuba berdiskusi kepada pembaca yang tahu  tentang isu yang melanda Yayasan Selangor. Kalau sesiapa yang tidak tahu pun boleh juga memberikan pandangan peribadi anda. Aku cuba fikirkan dalam-dalam.


kredit kepada www.kitagempur.com
Pernah ingat isu Institut Kemahiran Yayasan Selangor di Kuala Selangor ditutup? Walaupun ketika itu, ada pelajar yang sedang belajar dan mengikuti kursus di institut tersebut. Bantahan dibuat. Ibu bapa mula mogok angkat sepanduk persoalkan tindakan Yayasan Selangor. Aku pun pelik time tu sebab sebelum aku meninggalakan zaman Asrama Yayasan Selangor Klang. Institusi tu okay je. Katanya kerajaan negeri menutup instituti tersebut kerana tidak memberi untung dan sebagainya. 

Persoalannya sekarang ni, itukan institusi pendidikan, macam mana nak diukur aras keuntungan tu? Kalau lah semua graduan ataupun pelajar yang belajar kat IKYS tu semuanya keluar jadi penjenayah dan perompak, baru lah kita boleh kata IKYS tidak memberikan keuntungan dari segi melahirkan pelajar~ Takkan pelajar yang masih belajar dan menuntut nak peroleh pendapatan berjuta-juta sehingga kerajaan negeri nak cakap IKYS takkan ditutup sebab bagi keuntungan. Keuntungan yang macam mana ye?


So far, aku ada terbaca dua entri di Unspinners dan KitaGempur pasal isu kehancuran Yayasan Selangor. Betul ke semua itu atau hanya dakwaan sesetangah pihak? Harapan aku ialah, tolong la jangan disebabkan politik pendidikan anak bangsa digadai dan diperkotak-katikkan~ Pendidikan langsung tiada kena mengena dengan politik. Biarkanlah pendidikan tidak dicemari dengan unsur politik. 

p/s : aku harap pihak yang terlibat, perbetulkanlah isu ini. Segan jugak jadi anak Selangor kalau isu ini terus-terusan diperbesar dan di jaja sana-sini~

p/s 2 : janganlah ditutup asrama yang lain ye. Itulah tempat anak-anak Selangor mendapatkan pendidikan lengkap!

Fikirkan, aku perlukan ketelusan dan reflek sesiapa yang tahu benar isu ini~ Wasalam.

7 komentar:

muhammad syafiq samsuddin said...

hoho.. urm.. ak rase klu penutopan ikys tu ade hikmahnye.. sbb bndenye btol tak bwk untong dalam situasi ekonomi ys yang tak bpe nak stable..besides..bebudak ikys bkn kne buang but dipindahkan.. kemane aku pon tak cerap ag.. haha.. then psl dakwaan tu aku rase dorang pakai sebat jek tu.. mmg la ape yang dorang ckp relevan.. juz ape yang dorang aspect.. klu tampok pemerintahan bru.. so bnyk la perubhn yang die nak wat.. cbe la bg mse cket kat orang bru tuh..ni orang tu bru pgg jawatan tak sampai setahon rase aku.. dah disebat.. tunggu dan lihat dlu.. at least 3 thn.. mmg tak slh nak kritik.. tapi bg la rasional kan.. huhu

qilamahadi said...

hurmm
nati saya tnya ama
ngeee

Fariz Razali said...

sakit ati... tapi nak buat macam mana...
baca ni.. related story...
http://fariziliofernando.blogspot.com/2010/08/asrama-aku-roboh.html

muhammad syafiq samsuddin said...

tetap lah ye fariz promote blog die.. hahaha

hakimfaridzul said...

syafiq : tau tak pe, aku konfius la...tak tau mana satu betul mana satu salah~

haih~

hakimfaridzul said...

@qilamahadi : ama?erk~

hakimfaridzul said...

@fariziliofernando : promote nak hebat ye kau!hak3

Post a Comment

yeah!

nak tinggalkan comment ke???

tunggu reply aku tau!!!

Mari langgan entri terbaru cepit!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Share

Widgets