4 Remaja dan merdeka. Pengisian dan terjemahan.

Whoa. Salam semua. Sebelum apa-apa, rata-rata tahu hari ini hari kemerdekaan negara yang ke-53. So, kepada rakyat Malaysia yang membaca entri ini [perasan ada orang luar negara baca blog aku], salam kemerdekaan untuk anda . Malam tadi geng pre-law semester 3 gigih bakar mercun meraikan kemerdekaan negara! Yeah! Illegal but itu semangat merdeka yang masih ada! Semangat itu yang perlu dihargai walaupun penterjemahannya salah!


Sebagai seorang remaja, aku rasa if setiap remaja masih ingat bila hari kemerdekaan, punyai semangat merdeka tak kira la bakar mercun, nyanyi kuat-kuat lagu jalur gemilang dan sebagainya, masih kenal apa itu merdeka.... Aku boleh anggap remaja kita masih punyai semangat patriotik! Cuma cara penterjemahan dan pengolahan itu salah atau mungkin kurang bertepatan. Jiwa remaja, muda dan belia, apa kita kesah? Janji kita puas. Ye dak?

Pemaham kemerdekaan setiap orang tu berbeza. Ada rasa maksud merdeka jika :
  • otak kita bebas dari benda negatif 
  • mampu berdikari
  • menyumbang sesuatu kepada agama, bangsa dan negara
  • masih belajar dan bersungguh-sungguh untuk berjaya

Meskipun pengertian itu pelbagai. Namun hakikatnya, prinsip kemerdekaan itu masih jelas dan masih utuh, biarpun cara penyampaiannya berbeza. Siapa cakap remaja kita hari ni dah hilang semangat dan pengertian merdeka? Sesetengah mungkin mampu mengolah dengan baik, tapi sesetengah yang lain pula mempunyai pengolahan yang berbeza. Manusia kan pelbagai!

p/s : selamat hari kemerdekaan ke-53 Malaysia!  

4 komentar:

saya_arief said...

saya sayang malaysia..

senandung semalam said...

malaysia saranghae...
;)

Danial Jaafar 🇲🇾 said...

selamat menyambut hari kemerdekaan ke-53 si cepit! =)

Annisa said...

salam merdeka Malaysia!(^-^)

Post a Comment

yeah!

nak tinggalkan comment ke???

tunggu reply aku tau!!!

Mari langgan entri terbaru cepit!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Share

Widgets