Whoa. Salam. Lama betul aku tak update tentang resipi kuih raya ni kan? Huhuhu. Best gak jadi Chef ni kan! Chef kat blog! Pandai cari resepi dan letak kat blog semata-mata! Hahahaha. Kali ni, aku nak suruh korang cuba biskut raya ni pulak! Biskut Makmur! Selamat mencuba!
Bahan-bahan ( hasil lebih kurang 80 biji )
- 500 g tepung gandum
- 1/2 tin kecil minyak sapi...apa2 brand pun boleh
- marjerin secukupnya
- INTI:
- 200 g kacang tanah
- gula pasir secukup rasa
- gula aising / gula pasir yang dikisar halus untuk disalut pada kuih
Cara-cara
- tepung gandum disangrai, sejukkan pas tu diayak.
- masukkan kesemua minyak sapi, gaul hingga sebati...campuran akan jadi berderai.
- masukkan marjerin sedikit demi sedikit , uli hingga menjadi doh yang lembut.
- bulatkan atau bujurkan dan pas tu isi inti. bakar pada 160 darjah celsius selama 20-25 minit....atau hingga masak
- dah masak, golekkan atas gula aising
- cara buat inti...goreng kacang tanpa minyak, buang kulit, blend jangan halus sangat tau pas tu campurkan gula pasir.
kredit kepada : http://www.myresipi.com/
3 komentar:
macam penah masuk mulut aku je kuih ni..
tapi da lupe da..
;p
hohohoo
ko dah boleh buat buku dah nih
banyak resipi dah
hohohoho
P/S : Lagi Sekali Entry Aku Berkisar Tentang Kenapa Aku Meminati Filem Tamil Dan Bollywood!
P/S : Kepada Sesiapa Yang Ingin Mengiklankan Product Anda Di Blog Saya Sila Click Entry Ini Berkenaan Ruang Iklan Di H.P.B Blog
kakak attye pon pandai buat kuih ni hohoho
Post a Comment
yeah!
nak tinggalkan comment ke???
tunggu reply aku tau!!!