6 Resepi Popia Mini Pedas

Hey-hey-hey. Salam semua. Ni ha, lagi satu resepi untuk korang semua cuba untuk juadah raya nanti! Popia mini pedas! Sedap weyh! Aku selalu beli je kat kedai jual kerepek-kerepek. Hahahahaha. Cara nak buat rumit sikit la. Tapi if korang boleh dah berjaya buat, apa salahnya~ Selamat mencuba!


Bahan-bahan:


  • 1 bungkus besar kulit popia
  • Lidi satay utk menggulung
  • Telur sebagai bahan pelekat
  • Minyak masak untuk menggoreng
  • 1 sudu besar bawang putih yang telah dikisar
  • 3 sudu cili kering yang dikisar
  • 6 sudu gula
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit cuka

Cara penyediaan:

1. Gulung kulit popia gunakan lidi satay, , tinggalkan dlm 1-2cm untuk lekatkan dgn telur. Buat hingga habis. Tutup bekas berisi popia gulung dengan kain lembab untuk mengelakkannya mengering dan susah dipotong.

2. Panaskan api. Sementara itu Potong kulit popia yang telah digulung secara serong dengan gunting/pisau jarak 1-2cm.

3. Goreng potongan kulit popia dengan api kecilhingga garing. Angkat dan toskan minyak.

4. Tumis bawang putih, cili kisar dan gula sehingga air gula berbuih dan likat. Masukkan garam dan cuka secukup rasa. Tutup api dan digaul sehingga rata.

5. Biarkan sejuk pada suhu bilik dan simpan dalam bekas kedap udara.

kredit kepada : http://www.resepi4u.com/

6 komentar:

senandung semalam said...

sedapnye...
mne ko dpt resepi2 ni?

saya_arief said...

selamat mencuba semua..
haha..aku plak yang jadi cikgu nye..
:p

DOLCEshasha said...

haih , kaw letak resepi semua yang aku suka nih ..

hakimfaridzul said...

@senandung semalam : aku kan ada letak kredit kat bawah tu..sila la terjah~

hakimfaridzul said...

@saya_arief : hahahahahaha

hakimfaridzul said...

@shasha : owh, feveret aku ke????

lepas raya bagi aku rasa kau punya kuih ye!!!!

Post a Comment

yeah!

nak tinggalkan comment ke???

tunggu reply aku tau!!!

Mari langgan entri terbaru cepit!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Share

Widgets