16 Duduk bawah pokok sambil ngumpat-ngumpat anak orang lain!

Salam semua. Aku nak update pasal perlawanan bolasepak antara Selangor dan Singapura. Tapi disebabkan kemaluan yang amat. Aku tunda lagi untuk hari mendatang. Kenapa kemaluan? Lu pikir la sendiri ye! Kena baham 6-0! Hebat! Hahahaha, itu semua nanti aku story morry! Banyak gambar jakun aku nak upload! Nantikan ye!

************************************************************************
Apa kata hari ni aku cerita apa yang berlaku kalau aku pergi amik adik aku balik sekolah. Rata-rata mak-mak ni duduk bawah pokok dengan dia orang punya geng motor. Duduk-duduk sambil ngumpat. Aku dah perhatikan ada satu geng mak-mak motor ni selalu sangat dok gelak kuat-kuat sambil tutup-tutup mulut sebab takut orang nampak gigi dah kosong.

Aku bukan main tuduh sebarangan sebab aku pernah duduk tepi geng-geng mak motor ni, aku dengar apa dia orang bualkan! Nak cakap lawak! Kadang-kadang ada gak! Mana tak nya, dok sembang pasal hal rumah la, pasal suami la, pasal itu la, ini la. Tak lupa ada selit-selit hal anak jiran sebelah rumah.


Lagi hebat kalau mak-mak ni dok bercerita anak orang ni kena tangkap khalwat, anak orang ni masuk lokap, anak orang ni hisap dadah, anak orang ni main pompuan. Amboi, anak orang je korang lenjan cerita sensasi! Anak kau? Baik sangat la? (itu aku cakap dalam hati). Mak-mak ni hebat! Luar dalam dia tau! Anak tu dengan sapa, anak ni dengan sapa, bila kena tangkap! Semua lengkap! Pemberita agaknya!

Paling kecoh kalau mak-mak ni dok cerita pasal suami dia orang! Haih, dok cakap suami dia macam ni la. Yang lagi sorang sibuk cakap suami dia hebat! Eh, cerita batin yang censored pun ada gak! Aku duduk kat situ sambil tunggu adik aku pun dah boleh sengih-sengih! Hahahaha. So far, cerita dia orang ni selalunya pasal anak-anak orang and anak-anak jiran! Hebat dok mengata! 

p/s : seronok gak aku tengok dia orang ni mengumpat sakan! Nak join, aku muda lagi!hahahaha

p/s : mengumpat ni macam dadah! Ketagih! 

16 komentar:

suffer8zine said...

ishhh azab kat akhiran tau x ngmpat2 ni, fuhhh

Danial Ikhwan Jaafar said...

hahah komuniti suri rumah memang meriah dengan berita2 macam ni. sebab tu ramai orang suka gossip artis, nak tahu apa si F buat, si N buat. haha.

ah..pompuan semua bende kongsi sesama geng. censored ke tak, semua balon. cerita pasal anak sendiri kena tendang U/ kena tangkap basah je tak. =P

cik fara said...

biase laah tu weh!
drng x de keje nak wat
hahahaha

nor said...

pasal ko ada tak pitt??
baru thrill
=DD

Kyuubi said...

haha.. dah namanya wanita tu kuat bergosip.. kih3
lagilah kalau dah jadi suri rumah tu.. hahaha

Lelaki Ini said...

hahaha..
tau xpe..
dgr x pe..
percaya jgn!

hakimfaridzul said...

@suffer8zineaku nak bagi tazkirah kat makcik2 ni, tapi aku sendiri pun lebih kurang je..hahahahaha

hakimfaridzul said...

@Danial Ikhwan Jaafartau tak pe, semua yg buruk anak orang!yang baik anak dia sorang je....

hakimfaridzul said...

@cik farasuri rumah memang begitu kebanyakkannya~

hakimfaridzul said...

@norlain kali la...nnt aku ambik gmbr sekali!hahahahaha

hakimfaridzul said...

@Kyuubihaih...wanita2~hak3

hakimfaridzul said...

@Lelaki Inipercaya gak la!sebab ada yang betul la~hahahaha

izzah said...

haha..ni dadahnjenis ape??heroin???ganja??ecstacy??
habaq mai!!

qilamahadi said...

kekekek
saya dgn kawan kawan ibu saya layann jee luar dalam
muahahaa
update pn !

DOLCEshasha said...

weyy, cerr sal batin pun ada?? omaigod!

Anonymous said...

X kuasa mak nakkk ooiiii....duduk dlm kereta lagi best...buat tambah dosa buat pe...kannnnnnnn

Post a Comment

yeah!

nak tinggalkan comment ke???

tunggu reply aku tau!!!

Mari langgan entri terbaru cepit!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Share

Widgets