4 Kerana itu aku masih mampu untuk rasa bahagia walaupun kadang-kadang duduk dalam derita.

Salam semua. Sedia maklum, yang blog aku ni bukan hanya blog info atau gosip artis berbikini mahupun blog SEO semata. Aku pernah cakap yang blog ni juga merupakan blog personal dimana tak satu, dua atau tiga mesti akan ada enti personal untuk aku catat dan terjemah.

******************************************************************


Aku rasa yang minggu sebelum ni dan minggu-minggu akan datang takkan sama dah. Totally change. Betul cakap orang keliling, sampai bila kau nak macam tu. Sampai bila kau perlu tunggu andai itu yang pasti kau tak mampu miliki. Mungkin entri ni ada banyak ayat bunga-bunga. Maklumla, aku gemar dengan penulisan novel. Kira, aku pun sebenarnya sudah punya beberapa helaian catatan yang aku rasa seakan novel. Asbab, penuh drama dan babak yang aku sendiri tak pernah jangka, dunia realitis sudah jadi saksi untuk semua itu.


Kata orang, kita hidup ni kena betul-betul merancang, tapi bukan ke kalau kita membiarkan kehidupan ini terjadi dengan sendirinya lebih mengujakan. Maksud aku dari segi keadaan kehidupan itu berlaku. Benda-benda yang kita tak jangka. Bukan itu yang lebih bererti dan indah? Aku akui, aku terlalu merancang kehidupan ni. Sampai satu tahap, aku tak mampu dah nak rancang. Cuma kini aku ikut je aliran yg entah kemana bawa aku ke akhirnya nanti.

Dalam diam, aku bukan tak peduli dengan sekeliling. Cuma barangkali, aku lebih suka memerhati. Sebab aku memerhati bukan memerhati kosong. Sebab kalau aku tak memerhati, ayat aku laju je meluncur sampai nanti ada hati yang mati. Baik aku diam, beri ekspresi dan bereksperimentasi! Nice kan? Sudah la, aku penat dengan kehidupan akhir-akhir ni. Banyak sangat benda-benda mengujakan berlaku depan mata sampai aku terkebil tak terkata! Layu tak bersuara...

p/s : barangkali asbab aku terlalu sunyi belakangan ini. :)

4 komentar:

Fariehan Ibrahim said...

yup, stuju2.
kdg2 kita perlu diam dan ikt jer aliran kehdpn kita nie.

jgn terlalu menghrp sesuatu, nti xdpt boleh kecewa. =)

nur maisarah said...

all is well :)

suffer8zine said...

sunyi? kene cari teman bro

Terkini : Fakta Menarik Tentang Perempuan

Anonymous said...

Merancang? X salah kita merancang perjalanan hidup kita untuk masa akan datang....
Kecewa? Sebab apa yang dirancang x menjadi....
Diam? Buat kita adakalanya bertambah buntu....
Muhasabah diri? Itulah yg sebaik2nya kita kenali dan dekati diri kita barulah persoalan yg diatas tu terungkai akm.... Insyaallah....

Post a Comment

yeah!

nak tinggalkan comment ke???

tunggu reply aku tau!!!

Mari langgan entri terbaru cepit!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Share

Widgets