9 Ikhlas : kau satu dalam berjuta. Fakrul Roslan.

Sticky post 24 hours. Scroll down for new entry. (ada ke entry baru masalahnya) hahahahahaha

Selama hidup, dah ramai aku jumpa manusia yang boleh digelar kawan atau kenalan! Kalau nak dibilang kenalan yang aku jumpa memang tak terkira ramainya. Ntah dah berapa sekolah aku pergi, ntah dah berapa aktiviti aku sertai dan ntah berapa kali aku pernah panggil manusia itu kawan! Tapi ada beza kalau kamu gelar dia sahabat dan kawan! Ada beza yang kamu semua boleh nampak! Ada sempadan untuk kamu letak antara kawan dan sahabat.

Aku jarang nak up entry untuk ucap syabas dan tahniah atas kejayaan menakuk lagi satu angka dalam hidup! Berjaya tambah umur! Berjaya untuk hidup lagi satu tahun kehadapan. Berjaya untuk tempuh hidup lalu dan sekali lagi jumpa tarikh keramat dalam hidup! Oleh itu, entry ini memang ikhlas untuk anda Muhammad Fakkurullah Bin Roslan (910222-08-****) - http://www.fakrulroslan.blogspot.com/


Untuk Fakrul ;

Selamat ulang tahun kelahiran yang ke-20. Tahniah. Berjaya untuk kau takuk satu lagi angka. Seperti biasa ucapan yang tak pernah putus dari manusia yang lain ialah semoga panjang umur dan murah rezeki. Begitu juga aku. Insan biasa yang cuma anggap hubungan kawan antara kau dan aku luar biasa! Sahabat lebih tepat :)

Dalam perkenalan hampir 2 tahun ni, memang banyak benda yang aku nak ingat dari lupa. Banyak benda yang aku nak kenang dari buang. Banyak benda yang aku nak mengerti dari biar ia mati. Banyak tragedi gembira dari sengsara. Banyak adegan tertawa dari kecewa. Banyak hakikat ketenangan dari kesengsaraan. Banyak sampai aku akur yang aku bersyukur ada kau sebagai sahabat!

Masuk kali ni, memang zaman universiti aku kau ada, sebab kita roomate! Balik bilik muka kau, tengok bawah katil muka kau, pandang sebelah muka kau, dan memang muka kau juga kat sebelah meja study! Keluar karaoke muka kau, pergi lepak kat sana sini pun muka kau selalu juga ada. Bukak blog pun nampak url blog kau jugak!

Banyak cerita yang aku yakin dan aku cakap dalam diri tak rugi aku berkongsi dengan kau. Banyak peristiwa yang aku luah dan aku yakin aku tak silap meluahkan dengan sesiapa sebab aku berkongsi dengan kau. Banyak emosi yang aku lahirkan dan aku rasa aku zahirkan tepat pada orang yang mampu pujuk rajuk hati ni untuk terima apa yang dah jadi. Banyak masalah yang datang dan aku rasa dengan menjemput kau untuk sambut masalah tu, aku tak salah mengundang sesiapa.

Banyak-banyak dan memang banyak kalau nak aku tulis kat blog aku ni. Cuma setakat ini sebab makin lama aku nak tulis makin aku teringat esok kelas pukul 8.30 dan esok aku perlu submit jawapan soalan 27 buku akaun warna putih tu! Sekali lagi.

Selamat hari ulang tahun kelahiran. Semoga apa yang kau pernah impi dan mimpi berubah menjadi realiti! Dalam diri ni, aku bersyukur aku punya sahabat seperti kau Fakrul Roslan

"gambar bawah ialah sedikit gambaran sambutan hari kejadian kau di Tasik Shah Alam"









p/s : cari siapa dia Fakrul Roslan :) boleh kenal melalui blog beliau. Dia single dan available. Calon suami berbudi pekerti, penuh sifat kebapaan dan penyayang! 

9 komentar:

suffer8zine said...

wahhh lawa2 gambar

Terkini : 10 Jambatan Terpanjang Di Dunia

hanis aleeya aka gadis sepi said...

ceh.. hahaha.. ni entri promo single mingle ke dik? hahaha...

hanis aleeya aka gadis sepi said...

oh ye.. link da tukar. http://www.hanisaleeya.gomofm.org

Blogger Addict said...

wah ramai nyer cikaro......

fakrul_roslan said...

Tq cepit...
what a beautiful words..
kamu juga satu dalam berjuta..
my greatest and highest appreciation for you..
friendship forever bro..

hakimfaridzul said...

@suffer8zineguna phone camera je bro..edit2 sikit lawa la..keh keh keh

hakimfaridzul said...

@aleeya husnankeh keh keh, ala akak ni, biasa la, sesekali kena promote kawan..hahahaha

hakimfaridzul said...

@amybanyak cikaro baru hidup ceria bro!hahahahaha

hakimfaridzul said...

@fakrul_roslangracias!

Post a Comment

yeah!

nak tinggalkan comment ke???

tunggu reply aku tau!!!

Mari langgan entri terbaru cepit!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Share

Widgets