7 Maxis memberhentikan Blackberry Internet Service (BIS) Bonus RM 20 sebulan.

Salam semua. Semalam aku ada tweet-tweet tentang Maxis yang akan memberhentikan Blackberry Internet Service Bonus berharga RM 20 yang memang sangat menjimatkan dan menguntungkan kepada pelajar macam aku ni mulai 31 Julai 2011. Aku tertanya-tanya kenapa Maxis nak memberhentikan perkhidmatan dengan kadar itu sedangkan ia diterima baik oleh ramai pengguna yang mahukan servis laju dan efisien dalam kadar berpatutan. 



Kadar Blackberry Internet Service (BIS) yang terbaru pula telah diperkenalkan dengan dua plan pilihan iaitu BIS Lite Package dan BIS Social Package:

RM 30 sebulan? Tersedak lah jugak!

 Aku bukanlah nak mengeluh lebih-lebih untuk harga RM30 sebulan tu. Tapi package yang sebelum ni BIS Bonus RM 20 dah cukup bagus dah. Semua boleh walaupun limited untuk 150mb. Dah bebaloi sangat untuk pengguna dan student macam aku ni. So, kalau Maxis bersedia untuk adakan semula BIS Bonus tu, aku antara orang terawal yang gembira sebab Maxis punya servis lagi laju berbanding syarikat telekomunikasi yang lain setakat ni. 


Kalau RM30 pun, letak lah quota juga untuk layari internet. Untuk foursquare, untuk Blackberry Apps World. Kan molek sikit. Quota 150Mb pun dah cukup berbaloi dah. Harap-harap Maxis baca entri aku ni dah adakan semula BIS Bonus tu. Tak pun, pertimbangkan cadangan aku supaya diletakkan quota untuk web browsing... Itu pun kalau tak nak kehilangan pengguna Blackberry Internet Servis.


p/s : kawan-kawan aku dah sibuk nak beralih kepada syarikat telekomunikasi lain. Apa yang bagus dan laju ye selain Maxis ye?

7 komentar:

Nazli Asyraf said...

kalau xsilap aku tunetalk pun murah gak..ko try tgk..

Anonymous said...

maxis nak cari untung je...bila dah ramai guna mula la dia cari cara untuk dapat keuntungan yang lebih.

a s z said...

SO far yang paling murah setakat ni ialah celcom rm25/month 250mb..tapi celcom slow sket berbanding maxis...

lifedreamhope12 said...

try la pakai digi..lagi pun rm25 je sebulan...
yg paling best unlimited..takde mcm maxis tu siap ade quota lagi..leh bukak benda tu je..kalau kat digi takde quota dan boleh bukak ape je..nk lebih lanjut kat sini http://www.digi.com.my/whatshot_v3/blackberry/landing.do

aku harap sgt pasni digi ade 3g kat mne2 aku pon da muak kat maxis yg makin mahal tu..wat sakit ati je..

Anonymous said...

teruknyaaa...aku baru je subscribe BIS kpd RM30 tu,..nak on internet xbole,..bole bbm je,..nak wat yg lain sume x bole,..aku cadangkan kerajaan ambil tindakan terhadap maxis ni,..ini sudah teruk,..takkan skrg aku kena byr RM98 untuk apa yg selama ni aku cuma bayar RM20??? Ananda Krishna,..kau jagala...hidup dunia ni xkekal...ptui!!

Anonymous said...

jom pakat gune digi...menyesal gune maxis...ini kali terakhir gune maxis bbm

Anonymous said...

Mmg limited Maxis punya servis ni. Geram. Nak browse internet pun tak dapat. takkan nak subscribe mobile internet pulak. Bertambah2 mahal la pbelanjaan. x cukup untung ke dgn pengguna yg ramai ni? 1st time use maxis terus hampa dgn servis.

Post a Comment

yeah!

nak tinggalkan comment ke???

tunggu reply aku tau!!!

Mari langgan entri terbaru cepit!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Share

Widgets