Showing posts with label doa. Show all posts
Showing posts with label doa. Show all posts

14 Doakan serta maafkan saya.

Salam semua. Ini merupakan entri autopost dari saya! Ketika anda membaca ini, kemungkinan besar saya sedang memunggah barang ke dalam kereta atau sedang dalam perjalanan menghala ke utara! 

Terima kasih kerana sudi membaca, jangan lupa, sila doakan saya selamat sampai ke destinasi yang dituju.amin~teruskan membaca bebelan saya malam jumaat ni.



Kenapa saya ke utara bukan ke selatan mahupun ke timur? sebab saya nak menghabiskan sisa-sisa pengajian asasi undang-undang yang tinggal satu sem tu! yeee haaa~dah last sem! pejam-celik, pejam-celik, eh, tak bertukar tahun pun, cuma bertukar semester!

Kepada yang membaca, doakan saya berjaya memboloskan diri untuk degree di Shah Alam nanti. Mungkin berkat dari anda doa anda, saya berjaya menggapai cita-cita bergelar peguam dan hakim. eh, sekarang pun dah bergelar hakim! hak3.

Rakan bloggers sekalian, terima kasih sebab cuti sem ini bermakna dengan adanya ANDA! ye, anda! suka sangat melihat blog picisan ini sudah ada 318 followers dan ranking 6994 di Malaysia. 

Nak listing kan nama semua disini, tak terkira ramainya...terima kasih, yang beri tunjuk ajar, yang puji, yang bagi semangat dan juga tak lupa yang menghina. anda pendorong saya untuk terus berblogging. 


p/s : 

  1. saya tak tahu kenapa malam ni saya sedikit resah.insyaallah tak de apa yang berlaku~doakan ye kawan~
  2. maafkan saya kalau saya pernah sombong, buat tak tahu, lupa daratan, mengutuk dan apa-apa sahaja perbuatan yang menyakitkan hati anda. manusia, saya belajar dari kesilapan~
  3. all the best for blogger!nantikan post terbaru saya sesudahnya sampai di bumi Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

hakimfaridzul

Mari langgan entri terbaru cepit!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Share

Widgets