9 Berblogging pun boleh terasa kehilangan?


Whoa. Salam semua. Selamat malam! Maaf sekali lagi tidak kerap melawat blog-blog anda ye. Bukan apa, lately, macam-macam sakit. Baik lutut saya yang kadang-kadang tak berapa selesa seperti saya ceritakan di entri terdahulu dan juga pening-pening lalat beberapa hari ini.Saya tahu, saya telah mengecewakan hati anda untuk menyambut kedatangan saya kan? Hak3

Anda pernah rasa kehilangan? Apa rasa nya? Perit bagai ditusuk sembilu? Parah bagai di gilis lori kontena? Pedih bagai di tusuk tombak? Haih, macam-macam sakit kan? 


Kenapa saya kata berblogging pun boleh terasa kehilangan? Cuba bayangkan blog yang anda lawat setiap kali anda meluncur internet tidak di update. Anda tunggu. Setiap hari anda lawat blog itu. Namun tak juga muncul entri atau post terbaru, apa anda rasa? Selama berbulan-bulan lamanya.


 Boleh gila? Oh, tak la separah itu ye. Tapi bagi saya, memang terasa kehilangan. Blog yang membuatkan saya gelak sorang-sorang depan lappy, senyum-senyum kambing dan sengih-sengih tak hengat dunia tiba-tiba hilang tanpa berita.

Tapi, saya teruja gila-gila sampai kira harga makan customer pun salah. Time tu kat restoran, kat restoran saya ada WiFi, connect guna handphone dan terus meluncur ke laman web kipandthecouldhavebeen.blogspot.com.

Kemudian tanpa notification awal supaya jangan terkejut, blog ini ada entri terbaru! Berbunyi : I'm Allive!!. 


Dalam entri tu, kip ada tulis  "thanks to hakim faridzul sbb btungkus lumus cari haku,, terharu woOo.. hehehe,, nti haku crita la apa yang berlaku spanjang 2bulan haku sepi ni."

Woi kip, kemana kau pergi hah? Jepun? Korea? tak habak kat aku ye! Itu adalah kata-kata dalam hati je weyh.


Blog dia ni best sangat! Bagi aku la. Kip selalu cerita pasal shopping dia yang ribu-ribuan tuh, percutian dia ke Semporna, cerita jamban modified jadi spa, komen-komen dia tentang hotel dan shopping outlet, dan macam-macam lagi yang membuatkan saya baca entri dia berulang kali.

Ayat dia bagus dan rasa dekat dengan readers. Sebab tu saya rasa kehilangan seorang rakan bloggers selama hampir 2 bulan!

 kip

Kip ni saya hanya kenal melalui blog dia je. Orang Sabah yang paling penting! Metroseksual! Kuat shopping! Anak orang kaya rasanya! Anda terjah la blog dia ni. Cuba lihat dan perhati betul atau tidak saya cakap bahawa blog dia dekat dengan kita.


Nway, saya masih menjejaki si Kip ini. Tak tahu hilang kemana.




Sesiapa yang jumpa mamat Sabahan ini di mukabuku, kawan ters, ruang saya dan macam-macam lagi, sila inform pada saya sebab saya mahu kasi penangan sikit sama ini mamat!

Anda pernah rasa kehilangan kawan-kawan bloggers? Apa rasa anda? Selamat malam readers~





 

9 komentar:

Misshy Innz said...

hurm ~
pernah.
dy da delete blog dy dah.
tapi kadang-kadang muncul jadi anon kat blog.
hee ;)
suke3 ;D

Unknown said...

kkip??
macam pernah nampak dia dekat @15 :)

L.Lawlett said...

pernah sangat
dia buat website pun tak lama
tapi nasib baik dia berlakon
dia lah -liyana jasmay =)

cik helena said...

paling penah rasa adalah kat diri sendiri,,hahaa boleh?kip nih ensem,,haha

hakimfaridzul said...

i n n z : owh...yang mamat ni, hilang begitu sahaja weyh~

hakimfaridzul said...

cik epal : hi cik epal!!!

agagagaga

teruja anda menjengah blog saya!!

promote pun okay gak ape..

kat @15???

ye ke???

hakimfaridzul said...

L.Lawlett : owh...

jatuh cinta la tuh!

hakimfaridzul said...

Cik Hel : gatai na..

agagagaga...

nanti saya tolong promote cik hel kat dia la~


agagagagaga

kip said...

wahaha haku ada disini! ngeh2.. tenkiu la geng buat cerita dongeng ni utk haku, rasa diriku begitu berharga.. ekeke..

P/s: wlupun haku ntah kemana, blog ko sering haku tgk woo.. teehe.

Post a Comment

yeah!

nak tinggalkan comment ke???

tunggu reply aku tau!!!

Mari langgan entri terbaru cepit!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Share

Widgets