6 Demam kura-kura atau Avian Flu. Aku konfius.

Whoa. Salam geng. Hari ada aku ada betul-betul masa senggang. Sempat BW kat blog-blog yang aku suka. Sempat drop komen dan baca entri dari atas sampai bawah. Sempat gi GB jap. Chat-chat sikit. Tu, aku dah kira okay dah. Sebab sempat blogwalking sedikit! Ingat! Sedikit. Dan aku sedih sebab tak dapat jenguk blog korang semua selalu.
Malam semalam lepas aku mandi balik dari final round debat intra-asasi undang-undang. Aku dah rasa semacam. Means macam nak demam. Aku dah start selsema which is aku sangat benci keadaan selsema. Hidung dok asyik sok-sek-sok-sek. Tisu perlu dibawa kesana sini sepanjang masa. 

Pagi tadi time on the way ke kelas, aku dah start rasa pening and macam nak muntah je. Tapi okay sebab aku berjaya habiskan kelas-kelas hari ni walaupun aku rasa aku tak larat sangat. Dan classmate tak perasan itu sebab aku berjaya cover. Btw, group untuk game english tadi aku tak perform bagus. Tak de idea. Kering otak. Penat. So, aku dapat markah 3.5 yang mana aku rasa aku juga boleh dapat 6 macam gebu!


Sorry geng. Aku betul-betul tak larat. Time aku type entri ni pun, mata aku berpinar-pinar. Ye, aku demam, batuk dan selsema. Kepala aku berat macam ada batu @ konkrit besar dok dalam otak. Aku sangat tak sehat dan yang bagi sesiapa yang sibuk-sibuk miss call 2 kat fone tu. Tak yah la kacau aku sebab aku memang panas gila ngan kau!

Nway, doakan aku sehat cepat-cepat ye kawan dan pembaca semua. Aku nak sehat cepat. Aku nak jogging petang, aku nak sit up, aku nak push up, aku nak buat fitness memandangkan aku perlukan semula stamina sebab court tennis dah nak siap selepas renovation! Gembira beb, court dah cantik! Bye. Doakan aku ye! Wasalam.

p/s : ini bukan demam kura-kura. Ini juga bukan demam Avian Flu ye~!

6 komentar:

NuRuLmUnA said...

jgn lp mam ubt.rest k.

senandung semalam said...

get well soon... jgn mlas mkn ubat... ;)

Unknown said...

rehat secukupnya, makan ubat, minum bnyk air kosong ea..
i.allah akan sembuh,.. ;)

Anonymous said...

uhuks!
jg diri!
makan ubat!

Unknown said...

demam bola kura kura kot.. haha~


g tdoooo.. euwwwww!

Anonymous said...

Moga cepat sembuh n lebihkan rest okey...

Post a Comment

yeah!

nak tinggalkan comment ke???

tunggu reply aku tau!!!

Mari langgan entri terbaru cepit!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Share

Widgets