Whoa. Salam semua. Semalam masa aku mandi pagi, aku rasa ada something yang menyakitkan dan memedihkan tengkuk aku! Sampai bilik aku ingat luka biasa. Apa lagi, gosok sikit kasi sedap! Hahahaha. Sampai kat kelas, sumpah pedih! Pedih macam melecur! Sakit sangat. Aku suruh helmi check. Dia cakap aku kena gigit dengan Charlie! WTH. Selama aku duduk asrama, ini kali pertama aku kena gigit Charlie! Nak tahu apa itu Charlie?
Charlie atau nama saintifiknya Rove Beetle ialah sejenis serangga dari keluarga kumbang yang duduk dikawasan ladang kelapa sawit, padi dan tempat pertanian kebiasaannya. Ia hidup secara berkumpulan. Charlie mempunyai gigitan yang berasid dimana mampu meninggalkan kesan atau parut buat tempoh waktu yang lama! Lama dan mungkin selamanya! Yang aku kena ni sikit la, tak teruk mana. Tapi pedih tu memang terasa! Gambar leher dan Charlie jika anda belum kenal!
parut dileher semakin jelas kelihatan hari ini! gambar semalam
ini dia Mr Charlie dan Mrs Charlie yang selalu membuat parut pada pelajar di UiTM sini!
Kan kampus aku kat Kedah. Pembantu perubatan yang bagi ubat sapu dekat aku cakap yang Charlie ni sedang mengamuk sebab sawah padi di sini sudah mula di tuai! Macam last semester, bukan setiap hari ada orang kena gigit Charlie, cuma ada seminggu dua macam tu ramai yang kena sebab time tu musim menuai. Habitat mereka diganggu! Mari aku tunjuk apa Charlie ni mampu buat kat kulit korang!
Nampak kesannya? Hebat bukan? Seranggan macam tu mampu beri korang kenangan sampai bila-bila! So, beware. Kalau nak tido tu, check katil, selimut, bantal dan semuanya! Kalau nak guna tuala, kibas dulu! Charlie-charlie, akhirnya berjaya kau buat parut kat badan aku! Haih~
p/s : budak UiTM Kedah, sila beware! Charlie mengganas!
