10 Pengarah Kampus Masuk Blog Aku Selepas Sahur.

Salam. Sebelum apa-apa, aku nak ucap dulu terima kasih kepada Pengarah Kampus atas sikap beliau yang peka terhadap masalah yang korang sendiri nampak atau tidak nampak! First of all, korang pernah baca entri aku bengang dengan dining kolej Malinja? Kalau pernah, Prof Zaliha telah memberikan gambar jelas kepada aku apa sebenarnya yang berlaku dan apa yang beliau sedang lakukakan. Beliau telah komen di Wall aku dengan memberikan jawapan ini :


Salam saudara Hakim Faridzul. Adalah tidak adil saudara menyebut nama dining Kolej Malinja di tulisan saudara. The culprit dalam masalah ini adalah Caterer didining tersebut Syarikat Shake Cuisine yang bermasalah. Berkenaan aduan saudara, tidak benar yang ianya tidak diperhatikan malah saya dan pihak pengurusan telahpun mengambil tindakan tegas dengan memanggil pihak Shake cuisine dan telah memberi amaran keras. Sudah tentu pihak pengurusan perlu mengikut prosedur tertentu dalam menangani isu ini dan tidak boleh menamatkan kontraknya secara drastik.Pihak Shake sedang dipantau dan memang kami tidak nampak perubahan yang dibuat walaupun beliau telah berjanji untuk memperbaiki perkhidmatannya.

Terimakasih saudara Hakim kerana telah membantu pihak pengurusan UiTM menambahkan lagi bukti-bukti yang telah dikumpul supaya menjadi lebih kukuh apabila pihak universitimengambil tindakan ke atas Shake Cuisine nanti. Saya nasihatkan saudara supaya menulis blog entri directly referring to catere Shake Cuisine agar beliau merasa perlunya membuat perubahan dengan segera dan tidak membuat sikap sambil lewa. Biar orang diluar sana tahu prestasi buruk caterer ini. "Bekerja dengan ikhlas"

Faham dengan penjelasan tersebut. Maknanya, pihak UiTM bukan boleh automatically berhentikan perkhidmatan tersebut. Kena bagi chance dan warning kepada mereka terlebih dahulu! Alhamdulillah ada ambil tindakan walaupun kita sebenarnya hanya nampak kerusi dan meja sahaja yang berubah.


Kalau korang dah clear dengan jawapan tersebut, korang kena tahu juga apa sebab musabab dan munasabah Bazar Ramadhan di UiTM ini ditutup. Sila baca penjelasan Prof Zaliha tentang masalah ini :



Slm dan trima kasih ats keprihatinan pelajar semua.berkenaan penutupan bzar ramadan, langkah tersbut terpksa diambil kerana: 

1. Tindakan dan sikap peniaga yg enggan mengambil suntikan typhod w/pun telah diingatkan 

2. Mencuri (tapped) bekalan elektrik yg boleh menyebabkan kebakaran dan gangguan elektrik 

3. membuang sampah sesuka hati dan tidak menjaga kebersihan.

4. tidak mengemas sepenuhnya gerai mereka selepas berniaga - tempat letak kereta tidak dpt digunakan sepenuhnya. 

5. ada peniaga yg tidak mmbayar sewa tapak dan tidak berdaftar tetapi turut berniaga.

6. Ada peniaga bersikap kasar, biadap, mengugut dan mengancam nyawa pegawai bertugas dengan mengatakan mereka adalah ahli kumpulan samseng malah menggunakan pekerja asing menjaga gerai mereka 

7. perniagaan foodcourt/dewan makan makin terjejas sedangkan mereka membayar sewa yg agak mahal.‎

8. keadaan tmpat berniaga keseluruhannya tidak terurus, berselerak dan memburukkan pandangan seperti pasar borong. perkara ini telah ditegur oleh pihak UiTM Shah Alam yg datang melawat. 


p/s : W/bagaimanapun pelajar dibenarkan keluar membeli makanan diluar dan juga boleh membeli makanan di f/court dan dwn mkn. Terima kasih.


Amacam? Sudah faham? So, sebenarnya pihak UiTM dan Prof sendiri bukanlah nak pentingkan  pihak dining semata-mata. Tapi lebih kepada memikirkan masalah dan kemaslahatan para pelajar. Once again, terima kasih kepada Prof Zaliha atas jawapan dan penerangan beliau!

Korang semua boleh add Prof Zaliha di Facebook beliau! Klik [ini] untuk ke page beliau! Tanya la apa yang korang nak tanya, insyaallah akan dijawab!

p/s : Kenapa MPP lambat menyampaikan semua penerangan ini kepada pelajar ye??? Haih~

10 komentar:

qilamahadi said...

erkkk
nati mesti makhluk paling seksi erkk si siswa siswa tegedik gedik main lari lari di kolej kami mahsurii
choiiii

Hizami Li said...

wah.
good job!
:)

arm nomi said...

hakim,,,bagus!! ^^

saya_arief said...

hebat la ko ea..
bagus2..
bese jadi pengawas ea dulu.
hahaha.

Danial Jaafar 🇲🇾 said...

bagus ah bro. kalau mpp lambat, tak berfungsi sangatlah tu kot? berilah teguran membina kepada mpp. hehe
good job! ;)

hans said...

owh
baru aku tahu

P/S : Aku Dah Kata Lisa Surihans Dengan Aku Memang Ditakdirkan Bersama Di Sini..Hahahaha!

DOLCEshasha said...

bersihny kolej malinja . haha . Kolej Mahsuri jugak terbaik !

hanis aleeya aka gadis sepi said...

huhu.. Mpp kitorang cepat dan pantas. Fb je yg jadi penghubung paling aktif. nak call apa semua susah la sbb dorang pun kuliah gak, kan? hehe.. nice la. kitorang tak tau pun fb pengarah kampus kitorang..

hologramisfera said...

ok aku baru tahu even dah nak habis puasa.

pape pun. kau masih ada hutang dgn aku.
tak belanja aku lg haha
cepit2,

hologramisfera said...

ok aku baru tahu even dah nak habis puasa.

pape pun. kau masih ada hutang dgn aku.
tak belanja aku lg haha
cepit2,

Post a Comment

yeah!

nak tinggalkan comment ke???

tunggu reply aku tau!!!

Mari langgan entri terbaru cepit!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Share

Widgets