6 OPKIM - Operasi Khidmat Masyarakat di Rantau Panjang

Salam semua. Since beberapa hari without entries aku sebenarnya berada di Rantau Panjang untuk follow Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM)  anjuran Kelab Fasilitator UiTM Shah Alam. Bermula dari 28 Julai hingga 2 Ogos di Taman Rantau Mas, Rantau Panjang, Kelantan Darul Naim. Sesiapa yang berkawan dengan aku di Facebook dan follow aku di Twitter memang tahu apa aktiviti aku sepanjang disana. So, meh aku cerita serba sikit apa yang aku buat kat sana. 


Perjalanan ke sana menaiki bus UiTM tu memang lah tersangat lama! Nearly 11 jam macam tu! Aku siap cakap yang punggung aku ni dah cramp! Kebas! Sebab lama sangat berjalan. Paling geram kalau stop kat perhentian area Merapoh dan makan mahal menggila! Semangkuk mee sup biasa dan tawar RM 5! Terjegil bijik mata aku ni! Sampai sana dah maghrib, so urusetia terus agih-agihkan kami kepada keluarga angkat! Satu family terima dalam 4-8 orang anak angkat. Bergantung pada kemampuan. So, ini keluarga angkat saya! 


sebelah kiri baju oren, itu abah aku! Dalam family ni, aku yang paling bongsu! :D

Sehari hilang macam tu je. Esok paginya, ada gotong royong. Aku punya group diassign untuk bersihkan kawasan surau dan sekitar. Tapi memandangkan dah bersih. Aku join group lain untuk buat gotong royong! Aku bersihkan area longkang taman tu je.



gambar ni time die orang jumpa belut kat longkang!

Petang tu pulak bergotong royong untuk buat kenduri sekampung! Makan untuk ramai-ramai orang dan malam tu juga ada ceramah dari pihak polis tentang keselamatan. Tapi aku rasa ceramah tu tak ubah macam ceramah politik! Bernanah telinga tunggu lama-lama. Tapi tu diluar kawalan pihak urusetia. So, layan je lah sampai habis. 

Kalau nak cerita perjalanan program seminggu ni dalam satu entri, memang korang semua penat scroll kebawah je lah. Biar aku cerita kasi ringkas, tepat, padat dan mutakhir. Sepanjang kat sana, kita orang buat aktiviti kemasyarakatan. Contohnya sukan rakyat, sembelih lembu, makan durian beramai-ramai, berbuka puasa beramai-ramai, adakan forum perdana hal ehwal islam, ke sekolah memberi kesedaran tentang pentingnya ilmu dan sebagainya.



Kira kita orang ni konon-kononya melakukan amal-jariah dan berkhidmat untuk masyarakat lah. :) Mulia kan? hahahahaha. Paling best kalau dah jalan-jalan kat sekitar pekan Rantau Panjang! Macam-maca aku borong. Ye la, nak beli jersi ORI mana aku mampu, fake pun fake lah! kekekeke. Aku ada shout sesiapa yang nak kirim, tapi aku shout salah timing kot time tu, so x de respond. Atau korang ni memang jenis pakai barang ori je beb? 

Aku ada gak ambik peluang ni untuk berjalan-jalan sekitar kawasan Rantau Panjang ni. Kita orang berjalan ke Empangan Lubok Stol Rantau Panjang. Cantik kawasan sini. Empangan ni untuk tujuanpertanian. Bukan yang besar gajah dok  buat empangan hidroelektrik tuh. :)


time ni tengah lawan siapa baling batu paling jauh. mestilah aku menang, apa guna tangan, lengan besar... :) keh keh keh

Kalau nak cerita pengalaman sebenar apa yang aku lalui disana, aku continue kat entry yang akan datang. Sebab aku just nak bagi gambaran ringkas ape aku buat sepanjang seminggu disana. :)

 yang kiri sekali tu, adik angkat kami! baru form 5. badan besar macam *%#&#%!

muka teruja habis!

p/s : rindu nak usha-usha blog kawan-kawan. Tu yang tak dapat nak tulis banyak-banyak. heh!

6 komentar:

saya_arief said...

rantau panjang kelate ye.. patot macam ku kenal..
haha.best giler..macam2 barang ade kat sane. xkesah la yang xori pown.
:D

Nas said...

wahh.. cam best
cuti terisi
hehe

izzah said...

weyh,gambar pki bb ke??

hakimfaridzul said...

@saya_arieforang sana ke???janji jersi...keh keh keh

hakimfaridzul said...

@izzahdah tu, kau nak aku snap dslr celah mana pulak??? hahahahaha

hakimfaridzul said...

@nasalhamdulillah...at least, aku dapat something cuti ni nas... :)

Post a Comment

yeah!

nak tinggalkan comment ke???

tunggu reply aku tau!!!

Mari langgan entri terbaru cepit!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Share

Widgets