Showing posts with label jalan-jalan. Show all posts
Showing posts with label jalan-jalan. Show all posts

0 India : Upacara perkahwinan, emas yang utama!

Whoa. Salam semua. So, pagi tadi jam 3, aku selamat sampai disini. Kalau tak awal sikit sebab flight delay dan sebagai-bagainya masalah. So, aku tak tau nak cerita pengalaman aku macam mana di India. Aku just tulis je bila aku teringat! So, aku nak cerita tentang upacara perkahwinan di India ni ye. Hebat! Yang utama ialah emas! Sila lihat gambar di bawah!


So, nampak gambar diatas? Itu adalah pengantin perempuan ye. Tengok kat dada perempuan tu, eh2, jangan tengok benda-benda lain ye. Aku nak cakap sila lihat emas pada perempuan tu ye! Semua itu adalah emas betul! Original! Berat? Haih, jangan cerita ye. Perkahwinan di India, even kau muslim, memang emas yang utama! Nak tahu jumlah semua emas tu?

Total barang kemas yang dipakai melebihi RM 120, 000 ye! Sebab, jumlah emas bergantung kepada status pendidikan si suami. Suami dia ni mechanical engineer! So, mybe jumlah nye dalam macam ni. Huhuhuhu. Dan emas ni dari pihak pengantin perempuan ye. Bukan dari pihak lelaki!


So, atas ni time malam berinai! Awesome kan? Berat gila weyh sari mari ni. Kesian aku tengok pengantin! Dah la panas, lilit-lilit bagai. Then siap beremas-emas, bling-bling, manik-manik..eh, berat tu. Hak, nanti aku upload video upacara malam berinai ye. Aku kurang kesihatan la.

Sebab aku kurang kesihatan ialah, muka aku gatal gila. Aku ada resdung dan muka aku sangat teruk sebab air kat sana kotor, udara berdebu dan tahap kebersihan sangat teruk. Aku bersin teruk! Sampai nak tercabut hidung dan mata aku!hak3. Enjoy gambar kat bawah ni ye! :





0 Auto di India, syok tu!!!!

Whoa. Salam semua. So, semalam tak seperti yang dirancang since hujan lebat di sini. Duduk rumah, makan, makan dan makan sampai aku rasa perut aku dah senak dengan rempak ratus.hak3. Yang penting aku suka gila papadom since dia orang yang kat rumah ni buat,so, fresh ye!

Esok aku harap aku dapat la tunggang gajah ataupun shopping barang barang cenderahati untuk korang semua dan pemenang entri aku. Hati gila gelisah sebab aku still tak tau tempat mana ada jual cenderahati ni.hak3.


esok ada blogger gathering kan?aku memang teruja habis sebab ramai blogger famous turun. Nak sangat pergi but then, ye, aku masih jauh.jauh untuk rasa pengalaman bersama blogger-blogger hebat.hak3


nway, hari ni aku dah dapat naik auto.syok habis!siap ada video. Nanti aku update vlog pertama aku ye since aku tak pernah bervlog!!!hak3. Sila la tatap keterujaan aku naik auto tu.muka memang sengih habis la.non-stop smiling!bahahahaha. Nantikan ye.


0 Esok menunggang gajah, cukuplah keadaan sesak hari ini.

Whoa. Salam semua. Waktu kat sini masih pukul 11.30. Padahal kat Malaysia dan hampir pukul 2 pagi. Beza waktu 2 jam setengah. So, nak cerita India ni panas dan ramai orang pun tak best sebab bagi aku, semua dah sedia maklum tentang itu. Ramai umat! Even time kat airport pun aku pelik sebab passenger tak ramai, tetiba kat lobby airport penuh manusia.hak3. Kejutan budaya sikit tadi.

Aku dah nampak auto, dah nampak orang mandi bogel kat sungai, dah nampak bus kecil tapi penuh macma tin sardin, kedai-kedai yang macam nak runtuh tapi sangat sesak dengan manusia dan macam-macam lagi yang mengujakan aku. Cuma aku tak berapa suka keadaan disini.

Antaranya ialah aku tak tahan habuk-habuk dan juga keadaan terlalu berasap which is time kat jalan raya. Haih, time sampai dekat rumah Uncle Usman yang besar gilos ni, aku rasa muka aku dah tebal seinchi dengan minyak plus habuk time on the way ke rumah dia. Rimas aku. Habis gatal muka, susah jugak kalau kulit ni sensitif sangat kan?

So, aku tak mau la cerita banyak-banyak sebab tak de gambar kan? Tak best! Nanti aku update cerita lagi ye. Aku dengar esok aku gi tengok gajah. OMG! Aku teringat time aku camping kat pahang dekat Kuala Gandah, tempat sanctuary gajah.hohohoho. Tunggu je la aku letak gambar aku tertonggeng dengan gajah ye. Hak3. Aku nak tido la sebab badan dan otak aku masih set untuk jam Malaysia. Oh ye, flight tadi 5 jam! Siap delay lagi~hak3.

0 Pengumuman pemenang contest si cepit! Tahniah

Whoa. Salam semua. So, tepat jam 12 malam tadi, contest aku berakhir dengan jayanya. Alhamdulillah. Ni kali kedua aku buat contest dan ramai masuk. Percubaan pertama gagal, berjaya di percubaan kedua! Pertama sekali, biasa la, ucapan terima kasih, sayang lebih la sebab masuk dan (sila sambung sendiri ikut imaginasi)....hak3.

So, secara rasminya, aku dah ada pemenang. Aku suka entri dia orang ni sebab sempoi dan bersahaja. Dia orang ni ada message tersendiri yang cuba disampaikan. Gambar kurang sama dengan orang lain dan lain dari yang lain. Olahan kreativiti pun aku rasa cukup bagus untuk menang! So, inilah, pemenang contest :

Pertama : 

Peserta kedua terakhir yang join kontest ni! Best entri nya! Sponge bob dan Patrick berjaya menambat hati!!!! Tahniah!!! Gigih kau buat kan??? Like la!



Kedua :

Tertunailah hasrat dihati si empunya diri dapat hadiah dari aku! Thanx untie sebab sudi join kontest saya! Hebat entri untie! Suka la pasal babi vavi hitam tuh! Hak3




Ketiga :

Pak Cik ni punya entri tak la gempak macam yang lain but aku memang minat gambar dia. Kedua-dua gambar terakhir entri dia ni memang aku minat. Gambar warung India ada di bulan. Smart ar. Awesome!



Kepada yang kurang berjaya, bukan entri korang tak menarik. Menarik, tapi "dalam kelas yang tersendiri" theeee~. Insyaallah, kalau aku ada rezeki lebih, dan aku ada beli ole-ole lebih, walaupun sekecil keychain, aku akan post kat peserta yang join kontest aku ni tanda terima kasih. 

Jangan kecil hati. Adat bertanding kan, ada menang ada kalah. Sekali lagi tahniah kepada pemenang dan tahniah juga kepada yang join kontest blog picisan ini kerana anda berjaya membuat satu entri tentang India! Terima kasih ye. Nway, doakan aku selamat pergi dan pulang~

p/s : aku akan hubungi korang wahai pemenang secepat mungkin untuk alamat surat menyurat dan size t-shirt~

39 DVD skandal Ariel Peterpan dijual di pasar malam. Aku dah jumpa!

Whoa. Salam readers. Jika entri aku semalam ada sentuh tentang Buffered Earnings, hari ni aku nak share sikit pasal si Ariel Peterporn Ariel Peterpan. Ala, mesti la korang faham aku nak cerita pasal apa kan? Cerita scandal dia tuh. Dah kantoi satu dunia dah! Popular sekelip mata!


Semalam, aku pergi pasar malam kat Sungai Layar, pasar malam yang terdekat dengan UiTM ni. Ini antara aktiviti mingguan yang aku selalu layan memandangkan aku suka makan dan roomate juga sangat suka makan! hak3. Beli makanan banyak-banyak pastu melahap dalam bilik! Mati kalau dia orang tahu aku cakap pasal dia orang.^^

Kalau korang dah biasa ke pasar malam. Biasa la, dah nama pasar malam kan? Mesti ada jual cd mahupun dvd cetak rompak. Aku bukan la penggemar cetak rompak, tapi, bagi aku, murah dan berbaloi-baloi.hak3. Time aku usha-usah DVD kat situ, abang kedai DVD tu hulur kat aku ini. Sila lihat gambar dibawah!



Hak3. Dah di DVD kan! Sedap lagi! hak3. So, jika anda mencari-cari DVD skandal panas ini. Sila la berkunjung ke pasar-pasar malam ye!huhuhu. Mana la tahu, anda ketemu juga! DVD ni 10 hengget je. Original dari indon tu!!! Yang penting, aku tak beli ye! Cuma dipromote! Kalau nak tahu, cover dia ni buka ori, sebab, kalau aku tunjuk yang ori, terbeliak mata korang. Ni cover yang dah di cetak rompak semula!huhuhu

Aku juga ada dengar yang video-video lucah si Ariel ni ada banyak. Yang aku dengar setakat ni je dah 30 orang! Ramai! Semua artis. So, nantikan aku reveal satu persatu artis perempuan yang bernasib baik tu ye!hak3. Best gak jadi paparazzi ni. Amacam? Ada bakat?hak3


Dengar kata juga, Ariel ni boleh di saman dan di penjara selama 12 tahun kalau video-video ni betul. Mybe sebab memalukan Indonesia dan juga memalukan industri muzik dia orang! Aku juga ada baca yang katanya si Ariel Peterporn ni dah ke luar negara. Mungkin melarikan diri. Apa-apa pun, kita tunggu la apa jadi seterusnya ya!huhuhu. Bye-bye!

17 Ronggeng di Damansara bersama kakak

Salam semua. Ini merupakan entri autopost saya. Ketika ini saya dan kakak sedang menjerit-jerit menonton The Descent 2 tajaan Nuffnang. Ahaks! Tak tahulah seronok atau tidak! Saya akan review di entri seterusnya!


Teruja sebenarnya dapat benda-benda free ni walaupun harganya tak la beribu-ribu ringgit kan? 


Haih, apa la nasib blog ini apabila saya pulang ke kampus semula hujung bulan ini ye~ dengan internet yang macam haram tak bagus! Broadband pulak, ada limit. Tak dapat blogwalking nanti~ sigh~ kecewa dengan pihak UiTM yang masih tak nak tingkatkan keupayaan internet di kampus!


Tak pe, tunggu saya jadi menteri! Pasti, satu Malaysia ada capaian internet free dan laju! Doakan la saya jadi menteri! Impian dari kecil ni! Nak juga nama terpahat sebagai ahli kabinet! ehehehehe

wasalam~


Mari langgan entri terbaru cepit!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Share

Widgets