Showing posts with label contest. Show all posts
Showing posts with label contest. Show all posts

10 Lisa Surihani Masuk Blog Aku. Terkesima sekejap!

Whoa. Salam semua. Hari ni aku teruja sedikit sebab Lisa Surihani masuk blog aku! Faham? Masuk blog aku! Tapi cuma gambarnya sahaja la! Hahahaha. Rupanya iklan terbaru Nuffnang tentang contest Magic Happens with lip ice! Actly, tak banyak kontest aku pernah review. Cuma kali ni teruja sedikit dengan iklan Nuffnang tu! Muka Lisa Surihani pulak tuh! Comel! Bawah ni bukti dia[gambar] masuk blog aku. Hahahahaha

Tu dia. Nampak tak yang tengah pegang lip ice tu!

Contest ni macam menarik je aku tengok! Senang! korang cuma perlu gunakan spacebar dan juga left clik sahaja! Masa terpantas akan diambil sebagai pemenang contest ni! Best! Aku dah try sekejap main! Malam nanti aku fikir nak sambung main la! hahahaha. 

Mari main!!!! Pilih je sama ada si Amber tu boleh fikir perkara itu ketika belajar atau tidak!


Boleh join facebook Lip Ice untuk tips bibir mugil! [klik sini]

Sumpah yang ini aku teruja! Aku tak mintak banyak la nak menang ni! Aku just nak hadiah tempat ketiga pun cukup la! Dapat Nintendo Wii. Kan? Syok wo kalau dapat tu! Sure-sure cuti sem aku nanti lebih meriah dan bermakna! Dapat i-pod touch pun boleh la, sekurang-kurangnya wish list birthday aku dah tertunai satu!hahahahaha. 


p/s : tajuk biar menarik! Baru orang teruja nak masuk! Hahahahaha

0 Selamat datang ke dot com!

Whoa. Salam semua. Yup, hari ni hari yang penuh teruja sampai aku fokus sikit-sikit time kat kelas tadi. Hak3. Gembira bukan kepalang. Sampaikan sepatutnya aku umumkan pemenang esok dah jadi hari ni. Sorry guys. But then actly, memang aku nak awalkan tarikh tutup since aku sangat-sangat busy sekarang.

So, now, officially blog seciput ini sudah bertukar new domain! www.hakimfaridzul.com. Mungkin bagi orang lain, apa la sangat berdomain-domain ni kan? Orang lain yang lebih hebat pun tak berdomain. But then, macam aku cakap. Ini adalah pencapaian peribadi yang perlu aku bangga dan simpan sebagai memory! Aku gembira sangat.


Since aku dah letakkan target kalau followers aku mencecah 400 dan ranking alexa aku bawah 1 juta, aku akan tukar ke domain. Ye, aku bertukar! Kita slow-slow dulu, mula-mula domain, then Wordpress and then self hosted. Insyaallah~ Doakan la rezeki dan keupayaan aku dalam berblogging ni berpanjangan. Terima kasih semua.

Terima kasih pada cikhel sebab tolong guide time tukar domain ni tadi. Lepas tu, tak lupa juga pada kak tash yang sibuk gelak-gelakkan sebab tadi blog ni tak leh direct dengan domain baru. Geram ada, kelakar pun ada. Hak3. Thanx jugak sebab ramai yang support aku. Sayang lebih la~ Hak3.



Ye, ini satu lagi anjakan untuk aku dalam blogging. Semoga aku terus cemerlang dan boleh berdiri setanding dengan yang lain. Nak jugak merasa perkataan topblogger pada diri aku yang kerdil ni. Sekian. Salam kegembiraan dari hakimfaridzul dot com! Hak3. Bye-bye~

0 Pengumuman pemenang contest si cepit! Tahniah

Whoa. Salam semua. So, tepat jam 12 malam tadi, contest aku berakhir dengan jayanya. Alhamdulillah. Ni kali kedua aku buat contest dan ramai masuk. Percubaan pertama gagal, berjaya di percubaan kedua! Pertama sekali, biasa la, ucapan terima kasih, sayang lebih la sebab masuk dan (sila sambung sendiri ikut imaginasi)....hak3.

So, secara rasminya, aku dah ada pemenang. Aku suka entri dia orang ni sebab sempoi dan bersahaja. Dia orang ni ada message tersendiri yang cuba disampaikan. Gambar kurang sama dengan orang lain dan lain dari yang lain. Olahan kreativiti pun aku rasa cukup bagus untuk menang! So, inilah, pemenang contest :

Pertama : 

Peserta kedua terakhir yang join kontest ni! Best entri nya! Sponge bob dan Patrick berjaya menambat hati!!!! Tahniah!!! Gigih kau buat kan??? Like la!



Kedua :

Tertunailah hasrat dihati si empunya diri dapat hadiah dari aku! Thanx untie sebab sudi join kontest saya! Hebat entri untie! Suka la pasal babi vavi hitam tuh! Hak3




Ketiga :

Pak Cik ni punya entri tak la gempak macam yang lain but aku memang minat gambar dia. Kedua-dua gambar terakhir entri dia ni memang aku minat. Gambar warung India ada di bulan. Smart ar. Awesome!



Kepada yang kurang berjaya, bukan entri korang tak menarik. Menarik, tapi "dalam kelas yang tersendiri" theeee~. Insyaallah, kalau aku ada rezeki lebih, dan aku ada beli ole-ole lebih, walaupun sekecil keychain, aku akan post kat peserta yang join kontest aku ni tanda terima kasih. 

Jangan kecil hati. Adat bertanding kan, ada menang ada kalah. Sekali lagi tahniah kepada pemenang dan tahniah juga kepada yang join kontest blog picisan ini kerana anda berjaya membuat satu entri tentang India! Terima kasih ye. Nway, doakan aku selamat pergi dan pulang~

p/s : aku akan hubungi korang wahai pemenang secepat mungkin untuk alamat surat menyurat dan size t-shirt~

34 Contest : India ada, Malaysia tiada.

(ini entri sticky post, scroll ke bawah untuk entri terbaru) Whoa. Salam semua. Ok, seperti yang dicanang-canangkan. Aku Nak buat kontest memandangkan aku akan ke India bulan Julai ni. Insyaallah. So, aku rasa syarat kontest ni senang je. Sila tengok syarat-syarat di bawah ini dan sila tanya di formspring, kalau ada segala kesulitan ye. 


Syarat :

  1. Anda mestilah geng cepit (followers) blog picisan ini ye.
  2. Sila buat satu entri bertajuk "India ada, Malaysia tiada".
  3. Entri anda mestilah kreatif dan menarik untuk dibaca.
  4. Gunakanlah sebarang gambar untuk mencantikkan entri anda tersebut.
  5. Sila letak gambar di bawah ini dan link kan kepada blog "ini cerita si cepit"
  6. Letakkan link entri anda sebagai comment di entri ini.
  7. Tarikh tutup ialah 3 hari sebelum aku berangkat ke India iaitu 5 Julai. Ditutup awal untuk mendapatkan size t-shirt anda!

Hadiah :

  • Tempat pertama : Ole-ole dari India+t-shirt bernilai RM 100 ringgit!
  • Tempat kedua    : Ole-ole dari India+t-shirt bernilai RM 70 ringgit!
  • Tempat ketiga    : Ole-ole dari India+t-shirt bernilai RM 50 ringgit!

Berminat? So, mula generate idea dan otak anda mulai sekarang untuk membuat entri seperti di atas! Aku amat menghargai penyertaan korang ni! Sayang lebih la! Lagi satu, ole-ole diatas mungkin akan di patri atau di tulis nama blog anda! Bestkan? Join ye! Sebarang pertanyaan sila kemukakan di formspring aku! Wasalam!

14 Cadangan Contest Hadiah Dari India

Whoa. Salam semua. Actly, contest ni aku nak buat dah lama. Cuma, aku agak ragu-ragu dengan peserta yang nak masuk nanti. Sebab, before ni, aku pernah la buat kontest, but then itu percubaan pertama yang aku kira gagal dan kurang berjaya.hak3. Kini aku kembali dengan azam yang jitu dan semangat yang berkobar-kobar!bahahahaha.

So, menjelang bulan Julai ni, aku dan sekeluarga akan ke India untuk holiday dan makan angin sikit kot. So, aku juga ada bercadang nak belikan sesuatu untuk readers dan followers yang selama ini menyokong penulisan aku yang tak seberapa ni. Tapi, aku mana la mampu kan nak beli untuk semua. Walaupun readers dan followers tak la sampai beribu.


Aku dah ada beberapa cadangan kat otak untuk buat contest ni. Tapi, belum lagi finalized nak choose yang mana. So, aku akan publish untuk kontest tu paling cepat pun malam ni. Aku nak buat kontest yang simple-simple je. Sebab bagi aku, takkan ada orang nak masuk kontest susah-susah kan?Aku pun malam nak masuk kontest kalau susah-susah dan leceh.hak3

Nantikan malam ni ye. Ouh, mesti tertanya-tanya hadiah apa kan? Hadiahnya ialah cenderahati+t-shirt+ole-ole dari India! Special untuk anda! Aku ada bercadang juga untuk memberikan kepada 3 pemenang! So, nantikan contest tu ye. Aku harap korang semua masuk! Wasalam!

26 Lelaki bermisai yang berjaya menggoda saya! Kini saya gay!

Whoa! Salam semua. Sila teruskan pembacaan anda jika anda mahu tahu siapa lelaki bermisai yang menggoda hati saya! Ini adalah pembacaan yang berbaur romantik dan cinta! Amaran keras kepada sesiapa yang sudah berumah tangga, beranak pinak, bercucu cicit sebab lelaki bermisai ini juga bakal menggoda anda!Gay itu sama dengan gembira @ happy ye!


Beberapa fakta menarik tentang lelaki bermisai ini! Sila bayangkan dengan sepenuh hati anda. Ikuti penerangan saya tentang lelaki bermisai ini! Saya pasti anda akan teruja dan berdebar-debar!

Fakta menarik 1 : Tiada cholesterol dan lemak berlebihan!
Sudah tentu bayangan anda adalah seorang lelaki yang tough dan bermuscle tanpa lemak berlebih-lebihan di perut mahupun di peha! Lelaki bermisai ini pandai jaga badan tau! Amalkan gaya hidup sehat! Sebab tu, saya pun terpikat!hek3

Fakta menarik 2 : Tiada yang tiruan!
Lelaki bermisai ini bagus! Dia kata semuanya adalah original! Tiada apa-apa yang tiruan tentang dia! Baik pewarna mahupun perasa! Semua nya ori! Ditanggung halal la, siap ada pengesahan halal Malaysia!

Fakta menarik 3 : Lelaki bermisai 20% lebih rendah lemak berbanding yang lain
Selain pandai menjaga badan, lelaki bermisai juga ada cakap yang dia ni lebih bagus dari lelaki-lelaki bermisai di luar sana sebab lelaki bermisai kurang 20% lemak di badan! Sudah tentu pujaan wanita di luar sana mahukan lelaki tanpa perut maju kedepan dan peha lebar ketepi!

Fakta menarik 4 : Lelaki bermisai sudah bertukar wajah lebih kemas dan terurus!
Masa seawal perkenalan saya dengan lelaki misai ni, dia nampak serabut! Tak kemas! Time tu, terpikat sikit-sikit je. Tapi, sejak akhir-akhir ni, lelaki misai dan handsome dah! Berwajah baru! Kemas, teratur, sedap mata memandang!

Fakta menarik 5 : Lelaki bermisai ada band! 4 orang lagi!
Kalau semua nak tahu, lelaki misai ni ada band! Terdiri daripada Encik Original, Encik Sour Cream & Onion, Encik Hot & Spicy serta Encik Flame Grilled BBQ. Mereka ni, aih...tak usah cakap! Sedap sangat! Menjilat jari! hehehehe

Sudah! Cukup 5 fakta menarik tentang lelaki bermisai! Nak tahu lanjut, anda boleh la berkenalan dengan Encik Lelaki Bermisai ni! Dia friendly, sedap pun sedap, lazat disukai ramai! Baiklah, mari saya tunjukkan anda siapa lelaki bermisai itu! Ini dia, lelaki bermisai yang merubah saya menjadi gila dan gay happy!
Ini dia lelaki misai pujaan saya sampaikan tidur pun saya masih berteman lelaki misai. Tak percaya, lihat gambar di bawah!


Teruja lihat saya berkasih sayang dengan lelaki misai???hehehehe, sebenarnya, ini adalah contest dari Mr Potato yang menawarkan hadiah berjumlah RM 1,000 kepada johan! saja try luck, mana tau, dapat RM 1,000!yee ha!!! Cuba la rasa Mr Potato yang baru ni! Lazat berkrim disukai saya! Sekian, terima kasih kepada juru gambar dan rakan sebilik yang tolong gelakkan saya untuk cari idea!hehehehe

Dibawakan khas untuk anda oleh hakimfaridzul, Mr Potato dan mamee~

42 Contest dari saya Tiket Screening Movie Prince of Persia

ini sticky post (kebawah untuk entri terbaru)Salam semua. Disebabkan saya tidak dapat menghadirkan diri di Screening Movie The Prince of Persia! Saya dengan ini berbesar hati menganjurkan contest dari blogger picisan a.k.a newbie ini! ekekekeke


Contest mudah! Sila buat entri tentang blog ini! Apa yang anda tahu tentang blog ini, apa perasaan anda. Anda cerita la sedikit mahupun sebanyak-banyaknya pun tak pe berkenaan blog picisan ini! ahahaha. bajet ada orang nak join kan? Secara jujurnya, promote la blog picisan saya ini! ahahahahaha.dah habis jujur dah!



Butiran contest seperti berikut :

  1. Contest ini bermula dari 19 May - 24 May 2010
  2. Buat satu entri yang hanya berkisar tentang si pemilik blog ini aka hakimfaridzul dan blognya.
  3. Top referral akan dipilih sebagai pemenang untuk 2 tiket ke Screening Movie The Prince of Persia di Cathay Cineplex Damasara pada 27 May jam 9.30 malam!
  4. siap dapat makan mister potato semasa menonton tau!
  5. Letakkan link entri tersebut disini!
Mudah, hanya membebel dan promote! Terima kasih kepada sesiapa yang sudi nak join. walaupun saya tahu, tak de orang nak join~sigh~saya pertama kali buat contest!tak tahu nak detail-detail!selamat mencuba!

Mari langgan entri terbaru cepit!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Share

Widgets