Showing posts with label tips blog. Show all posts
Showing posts with label tips blog. Show all posts

8 Tutorial membuat headline news untuk blogspot.

Whoa. Salam semua. Dah lama tak buat entri tutorial atau entri membina blog bersama-sama. Dulu kawan baik aku ada request suruh buat tutorial letak "like" fb. Tapi sampai la ni, aku tak buat. Btw, dia dah buat sendiri pun! Syabas! Hak3

So, hari ni aku nak ajak korang buat headline macam kat blog aku ni! Boleh letak kat celah bawah "bottom" atau letak ka celah atas "top". Tak tahu apa itu headline? mari aku snap sikit gambar! :


Sudah tahu? Mari teruskan pembelajaran hari ni! So, ikut langkah dibawah dengan berhatihati supaya tidak tersilap langkah!

  1. Log in account Blogger korang, pilih "Layout" - "Page Elements",
  2. Klik "Add a Gadget" dan pilih "HTML/JavaScript",
  3. Tak yah nak mengada letak tajuk itu ini, biarkan kosong je, kemudian copy-paste kode di bawah ini:

<script type="text/javascript">
 var hn_url_blog = "http://BLOGKAMU.blogspot.com";
 var hn_jumlah_post = 5;
 var hn_warna_latar = "#EEEEEE";
 var hn_warna_garis = "#000000";
 var hn_posisi = "top";
 var hn_tampilkan_judul = true;
 var hn_backlink = true;
</script>
<script src="http://copycat91.googlecode.com/svn/trunk/headlinenews.js">
</script>

Kat bawah ni pulak ialah penjelasan yang korang perlu ubah ikut kesesuain headline yg korang nak:

  • hn_url_blog adalah URL blog korang sendiri.
  • hn_jumlah_post adalah jumlah tajuk post yang korang nak keluarkan kat headline news.
  • hn_warna_latar adalah kode warna untuk latar belakang headline news. (code warna)
  • hn_warna_garis adalah kode warna untuk garis bingkai/border headline news. (code warna)
  • hn_posisi ini untuk nak letak kat bawah atau atas headline news kamu kalau atas ("top") kalau nak letak kat bawah ("bottom"),
yang lagi dua tu aku rasa tak yah la korang nak ubah apa-apa. Simple je benda ni! Tak perlu korang nak susah-susah butakan mata cari satu-satu code kat html tu kan? Simple. Selamat mencuba!


kredit kepada : http://infotentangblog.blogspot.com

13 Mari belajar buat blockquote cantik-cantik - tutorial ni!

saya mengerti kalau semua yang berlaku ini adalah ujian yang getir dan memeritkan. tapi, kena ia begitu memeritkan sehingga aku kadang-kadang tak mampu mengharunginya!

Nampak quote kat atas tu? Nak kata cantik, biasa je kan. Tapi kalau korang terus baca tutorial ni. Korang akan ubah blockquote korang yang putih bersih dan suci tu bertukar menjadi warna warni! Sehebat pelangi! Mari teruskan dengan pembelajaran kita hari ni ye!

Perkara pertama yang perlu dibuat ialah sila ikut arahan dan jangan memandai nak gatai tangan ubah tang tu, tang ni, tang depan, tan belakang! Just ikut arahan ni ye kawan-kawan!

  1. Log in blogger!
  2. Sila click design, diiukuti button edit hmtl.
  3. Selepas itu korang akan nampak satu skrip html yang memeningkan! Jangan panik! 
  4. Seterusnya ialah cari button tick "expand widget templates" 
Kebahagian yang lebih rumit ye kawan-kawan! Sekarang, dengan perasaan yang yakin, sila copy code dibawah ini dan seterusnya tekan ctrl+f. Masukkan code dibawah ini yang telah anda copy sebentar tadi!

]]></b:skin>

Selepas itu  masukkan pulak code dibawah ini diatas code yang korang dah cari tadi! Senang je! Letak betul-betul dekat bahagian atas code ]]></b:skin>

     blockquote {
    margin: 10px 10px 10px 20px;
    padding: 10px 15px 10px 15px;
    line-height: 1.6em;
    color: #000000;

    background: #e0ffff;

    border: 2px solid #4aa02c;
    border-left: 20px solid #4aa02c
    }

Dah selesai tu, korang boleh ubah warna font, warna borde, background ke ikut suka hati korang la nak ubah macam mana. Boleh refer sini untuk code warna yang menarik dan menawan! Untuk ubah warna font, background dan border, sila ikut petunjuk dibawah ini!

color: #000000; -> warna teks dalam kotak.
background: #e0ffff; -> warna background kotak.
border: 2px solid #4aa02c; -> warna border

Selamat mencuba, ada masalah sila hantarkan pertanyaan anda di formspring, facebook, atau twitter! Good luck!

*follow hakimfaridzul via twitter @hakimfaridzul*

8 Page View Semakin Tinggi Setiap Hari! Rahsianya?

Whoa. Salam semua. Seperti biasa, keadaan teruja dan ingin berkongsi membuak-buak di dalam diri. Tapi aku nak bagi amaran, ini bukanlah entri menunjuk-nunjuk atau entri mendongak hidung sebab ramai lagi di luar sana yang hebat yang punya page view sehingga 10 ribu sehari! Gila! Entah macam mana la traffik sebulan kan? 10 ribu sehari? Mau pengsan aku! Seminggu hampir 10 ribu pun dah kira okay!

wah...aku gembira sangat dengan prestasi cepit ni!

Classmate aku, si semut hijau, tanya, apa yang kau buat sampai page view tinggi macam tu? Page view kau macam dekat 3 kali ganda Unique Visitor kau! Aku nak berkongsi disini. Kalau korang dapat buffered earning, better korang tingkatkan page view banyak-banyak! Kasi pulun habis! Sebab buffered earning ni bergantung pada page view gak! Lagi banyak page view dibuka, lagi bagus! Aku rasa la. Ini pemahaman aku sahaja.

Baiklah, antara cadangan aku untuk korang meningkatkan page view ialah :

  1. Selalu linkkan entri korang dengan entri terdahulu yang berkaitan! Contohnya, Korang pernah buat entri pasal adik korang kuat makan. Hari ni, korang buat entri pasal lembu korang sehat. Korang cerita yang lembu korang kuat makan dan bla bla bla bla. Perkataan "kuat makan" tu mungkin korang boleh linkkan dengan entri korang pasal kuat makan yang dulu tu. Faham?
  2. Korang boleh letak widget "linkwithin". Ala, kotak yang kat bawah tu! Kotak-kotak yang ada gambar menunjukkan entri yang berkaitan! Tu pun salah satu cara naikkan page view jugak!
  3. Korang boleh letak widget "entri terdahulu". Aku kan pernah buat tutorial pasal tu. So, boleh mencuba ye! Klik [sini] untuk belajar.
  4. Boleh juga letak ruangan "entri berkaitan" atau "related post" kat akhir entri korang macam aku buat ni! Ini juga membantu aku rasa!

Akhir kata dari aku untuk entri ini ialah, belajar la. Timba ilmu banyak-banyak kalau korang nak berjaya dalam satu benda tu. Gigih dan usaha! Aku tak pernah heran orang cakap kalau aku ni gila blog dan sebagainya. Blog is my passion! So, aku selesa dengan cara aku sendiri! Ilmu blogging ni luas! Cari dan grab! Aku cari, aku fahamkan, aku apply dan akhirnya, aku rasa hasilnya! Alhamdulillah.

p/s : ada apa-apa tutorial yang korang nak tahu, boleh tanya di formspring aku! [http://www.formspring.me/hakimfaridzul]

12 Tutorial memasang post terkini dan komen terkini di sidebar.

Salam semua. Dah lama rasanya tidak berkongsi sesuatu yang bagus iaitu tutorial untuk memantapkan lagi blog kita bersama!  Mari saya tunjukkan sikit cara nak letak post terbaru korang dekat sidebar blog! Bagus untuk kita sebab boleh tunjuk kat readers 5 entri terbaru kita ni! Senang je nak buat! Mudah! Semudah A, B dan C!

macam kat atas ni, ada entri terbaru dan komentar terbaru!

Cara-cara memasang semua itu seperti dibawah ini :

1. Sila login ke akaun blogger korang .
2.Design > Page Elements > Add a Gadget > pilih Feed.

3.Masukkan url Feed.
Kalau nak buat ruangan entri terbaru, letak url feed macam ni :
http://www.hakimfaridzul.com/feeds/posts/default
* gantikan url blog ( www.hakimfaridzul.com dengan url blog korang sendiri)
4.Sila klik Continue dan Save
********************************************************
Kalau nak buat komen terbaru pulak. sila buat step 1 hingga ke tiga. Tapi, tukarkan url feed dia tu! Sila masukkan url feed begini ye kawan-kawan :
http://www.hakimfaridzul.com/feeds/comments/default
Sila gantikan url blog ( www.hakimfaridzul.com dengan url blog korang sendiri)
4. Klik Continue dan Save

P/s : selamat mencuba! Nanti bagi tau aku kalau berjaya ye! Ini dapat membantu mencantikkan dan juga menyerlahkan blog anda! Tak lupa juga untuk pertambahan page view. Huhuhuhu. Semoga berjaya! Nak apa-apa tutorial, sila tanye ye. Nanti aku try carikkan!
kredit kepada : www.kujie2.com


22 3000 Unique Visitor Sehari? Memang melampau!

Whoa. Salam semua! Tajuk memang tak boleh blah kan? Itu impian aku sekarang ni! Hakikatnya, itu adalah UV untuk seminggu. huhuhu. Blog ciput macam ni nak UV macam tu? Kau gila apa? Lain lah macam RedmummyAriffshah, Hamis Jalikha, Eyriqazz, Dahlia Journal, Kak Yan ke, Kak jie ke... Boleh la jugak! Kalaulah UV aku sehari 3 ribu, aku pun pengsan weyh! Hahahaha. Amin, semoga impian menjadi kenyataan!

Pertama sekali aku nak ucap terima kasih kat korang semua yang selalu singgah kat blog hakimfaridzul [dot] com ni. Perkongsian kali ini adalah sebagai satu entri motivasi untuk aku meningkatkan lagi kualiti dan juga kuantiti blog ni. Tak kisah la kuantiti tu traffik, followers dan macam-macam lagi! Kualiti pun perlu ditingkatkan juga!

Jadi, aku ambil semua statistik ni dari Nuffnang. Nak ambil dari google analytics pun boleh, tapi itu untuk performance bulanan kot. Sekali lagi, ini untuk kenangan dan motivasi diri sendiri! Alhamdulillah aku dapat maintain traffik lately.

1- Analytics seminggu dari Nuffnang ialah - 3016 [Unique Visitor] &5738 [Page views ]

* analytics dari Google analytics ialah - 2591 [Unique Visitor] & 4885 [page views]


2 - Referrel terbaik ialah dari Dahlia Journal [ 457 ]

kuasa backlink yang hebat dari DahliaJournal

3- Keyword yang pelbagai dan menarik!

stock keyword kuih raya je kan?tak rugi mencuba!

4 - Top page dan bounce rate!

bounce rate gila tinggi. ni yang kena usaha lebih!

5. Traffik source ada peningkatan!

Ariffshah cakap, bagus kalau kita boleh dapatkan traffik dari search engine lebih dari 50 % dari traffik kita!

Dah la. Aku rasa cukup setakat ini sahaja. Aku bukanlah blogger hebat yang boleh mempersembahkan traffik berjuta seminggu atau berpuluh seminggu. Tapi ini pun dah cukup untuk aku setakat ini. Berblogging ni, kita kena sabar, kutip seberapa banyak ilmu dah apply kat blog kita sedikit demi sedikit. Nescaya, nanti korang dapat tengok hasilnya.

Ambil ilmu dari yang dah berpengalaman. Macam mana dia orang manage blog dia orang, content blog, entri, SEO, dan macam lagi! Bukan dengan cara jahat. Maksud aku, bukan dengan cara mengutu, menghina dan memaki. Pelik la manusia sekarang ni. Pasal blog je pun terus gaduh besar. Itu sahaja. Yang baik kita ambil, yang jahat, jauh-jauhkan la ye~

45 Trafik mencanak, thanx to Dahlia Journal!

Whoa. Salam semua. Actly cuma nak berkongsi perasaan gembira sahaja. Bukan nak menunjuk-nunjuk sebab aku juga blogger kecil-kecilan yang masih belajar apa itu erti blogging sebenarnya. Kalau korang ada masuk blog ni semalam. Korang akan perasan entri Video ribut di bazar Ramadhan Jasin Melaka pada waktu pagi sebelum beralih ke entri Resepi Biskut Semprit pada malam untuk autopublish!

ketika jam 9.30 malam

Trafik semalam adalah yang paling tinggi pernah aku dapat sepanjang blogging. Dengan pageviews mencecah 1000++ dan unique 700++. Gila excited weyh~! Bagi yang UV dan PV ribu-ribu tiap hari, just ignore je ke-excited-an aku ni! Ini semua sebab :


  1. Keyword - Video Ribut Melanda Bazar Ramadhan Jasin Melaka.
  2. Backlink dari Dahlia Journal yang menghala terus ke entri tersebut!
Terima kasih dekat carian google yang menempatkan aku untuk keyword tersebut dikedudukan pertama sebelum diambil alih pula oleh ceritaras dan blog1of4. Hahahaha. Gigih aku ping blog semalam semata-mata nak dapatkan tempat di carian google. Mungkin sebab pagerank aku yang zero! Maklumlah, baru tukar domain.

jam 9.30 malam

Secondly, aku jugak nak ucap terima kasih dekat cikgu dahlia sebab link entri aku kat entri dia tu. Terbaik la! Tak sangka dapat link sebab, masa aku publish entri tu, dia pun baru je publish. Aku rasa sebab time dia check kat carian google, dia nampak blog aku kot. Hahahaha. Terima kasih cikgu sebab bagi saya pengalaman rasa trafik banyak semalam!

walaupun Nuffnang cakap kat situ 186 je dari Dahlia Journal, aku rasa lebih dari itu!

Sekali lagi, thanx sangat-sangat kepada yang masuk blog ini untuk resepi-resepi biskut dan carian lain! Sememangnya bermain dengan KeyWord and SEO ni menjamin blog anda terus bernyawa walaupun tiada entri untuk hari tersebu dan seterusnya! Tak silap aku, hari ni pun still ada trafik dari DahliaJournal dan carian tentang entri video ribut tu! Terima kasih! Wasalam!

p/s : kenapa Alexa Rank aku tak berubah sejak minggu lepas ye? Something wrong ke blog aku ni? Help me please.

0 Teori : idea blogging di dalam toilet.

Whoa. Salam semua. If semalam aku dah cukup ngeri dengan entri aku sendiri. Seriusly aku cakap tak lalu nak makan, tapi tengah hari tadi memang habis segunung pinggan nasi kat cafe tu. Bahahahaha. Yang penting kawan-kawan aku memang bagi feedback baik punya kat entri tu. Ada yang cakap geli la, ngeri la, seriau la. Tak lupa jugak yang nak jadi penternak ulat berjaya. Hahahahaha.

So, entri kali ni aku nak cakap sikit pasal idea time aku blogging ni. Aku tak tau la kalau korang (blogger) kat luar sana tu boleh terima teori macam mana aku boleh dapat idea untuk tulis blog. So far, aku memang setuju dengan idea ni dan memang mostly entri aku banyak datangnya time mandi. Bukan entri porno mahupun lucah ye.

Bagi aku, time kat toilet (bukan dalam keadaan cangkung mahupun duduk), tengah mandi tu. Aku rasa otak aku sangat free. Bukan sebab aku imagine benda tak senonoh ye (awas!). Tapi aku rasa senang time mandi. Pancuran air atas kepala. Rasa macam bebas. Dan selalunya, memang kalau aku betul-betul kosongkan minda, banyak idea-idea blogging datang. Best!

Aku tak tipu, korang try la. Masuk time nak mandi tu kan, korang cuba bukan shower dan biarkan je lama-lama atas kepala korang. Free kan diri. Sure rasa lega dan time tu la idea nak blogging datang mencurah-curah macam air shower tu. Usually, aku akan fikir betul-betul idea apa yang aku nak tulis. By the time, aku akan cuba improve penulisan aku supaya nampak lebih kemas dan ilmiah sikit.
Sebab, bagi aku, aku ni pelajar, tak best kot kalau nak asyik gosip dan benda merepek-repek kat blog. Blog kan tempat berkongsi. Kalau aku tak nak berkongsi, sure-sure dah privatekan blog ni ek. Kalau nak berkongsi, biarlah secara baik dan mendatangkan positifnya walaupun sedikit. Ye tak? Hahahahaha.

p/s : aku dengar Yayasan Selangor dah nak bankrup? betul ke? tunggu next entry ye!

13 Tutorial naikkan traffik, google ranking dan search untuk blogspot.

Whoa. Salam semua. Ini merupakan entry yang tergendala lama. Ada masalah time aku nak update entry ni. Aku tergerak nak buat satu tutorial menaikkan Page Rank. Kalau korang nak blog korang beramah mesra dan selalu bergurau senda dengan google search atau yang seumpama, korang mesti letak code ni dalam html. Aku dah cuba dan menjadi. So far, aku dah cuba memasangkan code ni dekat 12 buah blog. Hak3. So, aku harap korang pun sama-sama dapat naikkan Page Rank masing-masing.


Page Rank menurut Dahlia Journal Page Rank (PR) ialah ialah satu syarat/terma yang digunakan oleh pihak Google bagi menentukan kepentingan atau populariti sesebuah halaman web atau blog. Semakin tinggi nilai PR maka semakin tinggilah ranking/kedudukan sesebuah web atau blog tersebut di dalam Google. Pihak Google biasanya membuat kemaskini bagi sesebuah PR laman web atau blog setiap 3 atau 4 bulan sekali.  Faham? Aku ni tak reti nak explain lebih detail sebab apa yang aku faham bukan korang senang faham.hahahaha

Masa aku pasang ni dulu, aku jumpa entri tutorial ni kat blog Puan Cantik iaitu blog www.rarcandyfloss.com. Aku cuba dan berjaya. So, aku nak korang pun cuba dan berjaya. Mungkin yang membaca blog aku tak kenal siapa Kak Rara kan? So, aku dah apply sikit kat sini ilmu yang dia ajar pada semua dengan olahan aku sikit! So, mari mencuba!

Langkah pertama - 1
Log in www.blogger.com dan pergi dashboard. Kemudian click pada Layout > Edit HTML. Tick "expand widget template".

Langkah kedua - 2
Gunakan CTRL+F dan search

<title><data:blog.pageTitle/></title>

Langkah ketiga - 3 
Tukar code diatas dengan code ini 

<b:if cond='data:blog.pageType == &quot;index&quot;'>
<title><data:blog.title/></title>
<b:else/>
<title><data:blog.pageName/> | <data:blog.title/></title>
</b:if>


Langkah keempat - 4
Klik save. Lepas tu, boleh klik pada mana-mana entri korang dan lihat bahawa tajuk korang kini berada didepan. Bukan dibelakang lagi!

Ok, now, boleh tengok contoh kat bah ni iaitu sebelum dan selepas memasang code ini! Terima kasih kepada cik Amalinutt sebab bagi pinjam blog untuk di godek!

Sebelum

kalau sebelum, tajuk blog didepan, baru tajuk entry di belakang!!!


Selepas


selepas letak code tu, tajuk korang akan berada di depan dan diikuti oleh nama blog!!!


Kesimpulannya, kalau korang nak main dengan SEO atau search engine, mestilah korang nak tajuk entri korang dijumpai kan? SO, kalau letak code ni, orang akan jumpa korangnye entry dulu baru jumpa nama blog. Kira, nama entry la dulu keluar. Code ni untuk mesrakan korang dengan SEO dan SERP.

Selamat mencuba, tak berjaya boleh email aku. Nanti aku godekkan!

0 Selamat datang ke dot com!

Whoa. Salam semua. Yup, hari ni hari yang penuh teruja sampai aku fokus sikit-sikit time kat kelas tadi. Hak3. Gembira bukan kepalang. Sampaikan sepatutnya aku umumkan pemenang esok dah jadi hari ni. Sorry guys. But then actly, memang aku nak awalkan tarikh tutup since aku sangat-sangat busy sekarang.

So, now, officially blog seciput ini sudah bertukar new domain! www.hakimfaridzul.com. Mungkin bagi orang lain, apa la sangat berdomain-domain ni kan? Orang lain yang lebih hebat pun tak berdomain. But then, macam aku cakap. Ini adalah pencapaian peribadi yang perlu aku bangga dan simpan sebagai memory! Aku gembira sangat.


Since aku dah letakkan target kalau followers aku mencecah 400 dan ranking alexa aku bawah 1 juta, aku akan tukar ke domain. Ye, aku bertukar! Kita slow-slow dulu, mula-mula domain, then Wordpress and then self hosted. Insyaallah~ Doakan la rezeki dan keupayaan aku dalam berblogging ni berpanjangan. Terima kasih semua.

Terima kasih pada cikhel sebab tolong guide time tukar domain ni tadi. Lepas tu, tak lupa juga pada kak tash yang sibuk gelak-gelakkan sebab tadi blog ni tak leh direct dengan domain baru. Geram ada, kelakar pun ada. Hak3. Thanx jugak sebab ramai yang support aku. Sayang lebih la~ Hak3.



Ye, ini satu lagi anjakan untuk aku dalam blogging. Semoga aku terus cemerlang dan boleh berdiri setanding dengan yang lain. Nak jugak merasa perkataan topblogger pada diri aku yang kerdil ni. Sekian. Salam kegembiraan dari hakimfaridzul dot com! Hak3. Bye-bye~

2 Apa itu Intense debate dan Com.luv?

Whoa. Salam semua. Ok, aku rasa aku berjaya ikut cara yang Ariffshah terangkan kat blog dia tentang cara nak pasang intense debate dan com.luv ni. Senang je. Tapi pening-pening gak la sebab ringkas dan padat caranya! Hak3. So, aku dah berjaya, dan aku nak berkongsi!hik3. Mari, kita belajar apa itu intense debate dan comment luv.



Actly, aku bukan la reti sangat nak explain menatang ni since aku baru je guna. So, kalau nak cerita lebih pun tak boleh. Tapi aku just nak cakap beberapa kebaikan intensedebate ni and com.luv. Sila lihat gambar dibawah : 


klik untuk tumbesaran

Bagi aku, best guna comment luv ni. Ada backlink which aku senang nak trace semula post entri korang. Lepas tu, kalau la ada orang baca entri ni dan nampak backlink korang tu menarik. Mesti dia terjah blog korang. Betul tak? Ada reply comment which korang tak yang meyusahkan diri korang untuk type nama pengomen untuk reply kat korang nye entri. Mudah kan? 

Kalau nak belajar ni. Aku tak tahu nak buat tutorial sebab aku follow apa Ariffshah ajar kat blog dia (klik ini untuk ke tutorial pemasangan comment luv).hak3. Setakat kawan-kawan kat UiTM ni, mybe aku boleh tolong korang buat comment luv ni! Amacam, aku nak tolong ni since, sharing is caring!hak3

So, aku sarankan agar korang semua pasang menatang ni sebab aku rasa best dan berbaloi-baloi! Dapat backlink! kalau nak tahu, pengomen suka comment luv ni sebab dia orang boleh tinggalkan jejak iaitu backlink mereka! Cuba dan rasainya! Kengkawan UiTM Kedah, insyaallah aku boleh tolong kalau korang tak reti. Kawan yang lain pun sama juga!!!

32 Tips 1 : Cara dapatkan 3 buffered earnings walaupun UV sikit seciput.

Whoa. Salam semua. Hari ni hari jumaat dan aku rasa aku nak bersedekah dengan berkongsi ilmu kepada anda semua. Walaupun aku rasa aku ni tak la sehebat mana. Tapi aku rasa tak salah untuk bersharing-sharing untuk newbie macam aku ni kan? Hidup ini indah kalau kita berkongsi.

Pada yang selalu jenguk-jenguk blog aku ni. Aku tak pernah langsung kongsi tips mahupun info tentang Nuffnang ni. Kalau nak cerita apa itu Buffered earnings, Mattered dan macam-macam lagi. Aku rasa sampai ke lantai gak entri aku hari ni.Baik lah, terus proceed untuk cara dapatkan Buffered Earnings tu.

Aku selalu ikut tips-tips yang diberikan oleh DJ, Cik Hel, Sis Intan, Bean, dan ramai lagi sebab dia orang dah pakar, so mesti ikut kata pakar kan. Antara perkara utama dapatkan BE ialah :

  1. Kedudukan iklan anda! Sila la tempek iklan anda di tempat yang senang dilihat! Untuk iklan yang panjang tuh, letak la kat atas nun sana. Sebab, kalau orang masuk blog kita, orang akan pandang iklan yang panjang tu awal! Kalau letak kat nun jauh dibawah, maaf la, aku pun kadang-kadang je tengok satu blog sampai lantai!hak3
  2. Selalu update survey! Korang semua boleh buat benda ni kat laman web Nuffnang, bagi aku, update survey seminggu sekali pun dah okay. Sebab, baru la team-team Nuffnang tengok yang blog korang ni active!
  3. Traffik blog! Bagi aku, tak semestinya traffik beribu-riban sahaja yang akan dapat buffered, if traffik kau maintain 200++ pun boleh gak dapat. Sebab, Buffered earnings ni bergantung pada Page Views gak! So, sila maintain traffik anda la juga ye!
  4. Rajinkan update blog! Sila la update blog selalu. Aku pun nak start rajinkan diri update blog 3 kali sehari. Kalau makan boleh, kenapa tidak berblogging!hak3. 

Ok, aku rasa cukup kot setakat itu. Aku berkongsi apa yang aku rasa betul dan aku buat. Aku dah try and berjaya. Kalau nak tahu, traffik aku sehari pun, aku maintain 300++ macam tu dengan pageview yang okay dalam 600++ je. So, tak semestinya UV dan PV tinggi, korang akan dapat Buffered! Aku bersyukur sebab blog seciput ini sedang running 3 buffered! Alhamdulillah!

Mari langgan entri terbaru cepit!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Share

Widgets